CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25224|Reply: 258

[Tempatan] Area Lembah Klang. PKPB akan jadi PKPD #150. Negara lumpuh jika Lembah Klang bu

  [Copy link]
Post time 16-10-2020 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 20-10-2020 09:16 AM

msn.com
Jangan tolak kemungkinan PKPB dilanjut, masyarakat diberitahu
Imran Ariff 3 hrs ago
3 minutes


PETALING JAYA: Pengamal perubatan mengingatkan orang ramai supaya tidak menolak kemungkinan lanjutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Lembah Klang, Putrajaya dan Sabah.

Mereka berkata, sebelum ini lanjutan perintah itu pernah dilanjutkan dan ia boleh berlaku lagi sekiranya PKPB semasa tidak memberi hasil memuaskan dalam usaha mengurangkan kes Covid-19.

PKPB bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dijadualkan berakhir pada 27 Oktober. Bagi Sabah, ia akan berakhir sehari lebih awal.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy berkata, sekatan semasa di Lembah Klang sudah mencukupi, tetapi menambah bahawa kerajaan mungkin akan memperhalusinya berdasarkan keadaan yang dihadapi.

“Kalau tidak ada penambahbaikan bilangan kes dalam masa 2 minggu ini, kita boleh jangka akan ada lanjutan PKPB atau mungkin ada sekatan tambahan,” katanya.

“Matlamat sekarang adalah untuk melandaikan keluk dan menghalang perintah sekatan menyeluruh.”

Sementara itu, anggota majlis Akademi Perubatan Malaysia Dr Bulgiba Awang Mahmud berkata, “tempoh 2 minggu terlalu singkat untuk melihat trend menurun yang ketara kerana jangkitan semasa mungkin tidak dapat dilihat dalam masa lebih kurang seminggu”.

Katanya, keadaan semasa “sedikit berbeza” berbanding keadaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia semasa PKP fasa pertama.

Dr Lim Kuan Joo, ahli majlis Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), mempersoalkan rasional di sebalik tempoh 2 minggu itu.

“28 hari adalah penanda aras untuk diisytiharkan bebas daripada ancaman Covid-19,” katanya.

Beliau berkata pengumpulan data dan analisis perlu digunakan untuk memutuskan sama ada lanjutan perintah sekatan perlu dibuat atau sebaliknya.

   

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts

Lama lagi ke??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:06 AM | Show all posts
kompem la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah jangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:18 AM | Show all posts
Buatlah apa yg terbaik...klu covid masih tak kurang lepas pkpb 2 mggu ni. Aku nak pi blk keje pun seram, hari2 hadap risiko...wpun ikut sop, risiko tetap ada di mana2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:22 AM | Show all posts
Memang perlu dilanjutkan. Kes makin meningkat. PJ alone very alarming.
Road blocks pun makin banyak nampak tengah set up pagi ni.

ha sudah...sskjp ok ke tu..bini and anak anak kat kampung tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
CocoCily replied at 16-10-2020 11:22 AM
Memang perlu dilanjutkan. Kes makin meningkat. PJ alone very alarming.
Road blocks pun makin banyak ...

Ou tu dekat je dgn opis aku.. aku bertawakal sambil ikut sop
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:32 AM | Show all posts
masalahnya banyak new clusters hari2.. means tempat merebak tu makin meluas and cepat. risau risau..

tang ekonomi pun risau jugak.

pls govt collect balik duit dari macau scammers semua denda kaw2 kasi naik lagi cashflow leh tolong rakyat time2 susah nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:33 AM | Show all posts
Kurex replied at 16-10-2020 11:29 AM
Ou tu dekat je dgn opis aku.. aku bertawakal sambil ikut sop

Yg naik mrt ulang-alik pegi keje pun seram rex, kot2 ada yg pegi/blk dr ou tu naik mrt plak...hadoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam bangkem kata, emco je seluruh negara selama 2 minggu.. jangan keluar rumah langsung kecuali nak meninggal je.. konfem kobid lenyap terus

Kalau pkpb alang2 macam ni, sampai bila2 pon tak selesai.. kimK
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:36 AM | Show all posts
Walaupun PKPB di lakukan…
x rasa pun... sbb semua masih bebas bawa anak kecik kesana...kemari..
tp xperlah… janji penutupan sekolah diteruskan…
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangken percaya je kat china covid dah hampir lenyap..

Korang tengok la macam mana gov dorang buat masa mula2 kena dulu.. berbulan bulan duduk rumah tak boleh keluar, sampai la keadaan terkawal

Dekat malaysia ni terkawal kejap je.. pastu syok sendiri.. kimK
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:36 AM | Show all posts
orang Perak... sebelum kes mengkema meningkat macam semalam, baik berjage2 semuenye.

kami di Klang Valley ni dah terlanjur dah.... 2 minggu ke, extended ke, dah kena redha.  yang lain2 negeri tu baik berjaga2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:36 AM | Show all posts
Nak tanya, saya dari Perak nak pergi Seremban, which is memang akan lalu Selangor la kan, kalau lalu jalan biasa mesti la ada roadblock kan kat sempadan Selangor - Perak n Selangor-N.9.. Kalau sy lalu highway boleh ke ? Sebenarnya larangan rentas daerah dan negeri utk penduduk Selangor saja kan ? Kalau org luar sekadar pass by Selangor mcm mana pulak utk ke arah Selatan mcm mana? mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:38 AM | Show all posts
nail lrt pun xde social distancing sgt..duduk berlaga bahu jugak..tapi masing2 pakai mask..tawakal je rase.dah tu je transport murah skit nak gi keje...time pkpb ni tak wfh..kena keje. maybe inisiatif memasing la..kalau train da penuh tunggu next train..tapi masalahnye mane kite tau next station ramai org masuk train ke tidak..jenuh la nak keluar masuk train..haish
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:38 AM | Show all posts
kena postponed la nk tawin... adoiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:38 AM | Show all posts
pkpb ni mcm sama je hari biasa
ade beza ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 11:42 AM | Show all posts
Margarita replied at 16-10-2020 11:36 AM
Nak tanya, saya dari Perak nak pergi Seremban, which is memang akan lalu Selangor la kan, kalau lalu ...

PUTRAJAYA: Orang awam yang perlu merentasi Selangor untuk ke destinasi di utara atau selatan perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).   
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan kesulitan apabila mereka melalui sekatan jalan raya (SJR) yang akan diadakan di sempadan negeri dan wilayah terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini hingga 27 Oktober ini.   
"Mereka yang berkereta dari Johor hendak ke Kedah, walaupun menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan, mereka perlu menyeberangi Selangor.     
"Tentu saja ada sekatan jalan raya di sempadan. Kita nasihatkan supaya dapatkan kebenaran daripada balai polis atau pondok polis berhampiran sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan sewaktu melalui SJR.     

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 16-10-2020 11:33 AM
Yg naik mrt ulang-alik pegi keje pun seram rex, kot2 ada yg pegi/blk dr ou tu naik mrt plak...hado ...

Dulu aku naik bas je... Pergi balik kerja walaupun lamaaaa tunggu. Sejam setengah paling lama dapat bas. Rm3 je pergi balik. Skrg ni aku naik kereta je. Selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:45 AM | Show all posts
lepas PKP aritu.. walau sekolah bukak.. kenduri kawin on.. takdela mencanak mcm ni kes nya.. Lepas pilihanraya Sabah ha tu dia.. terus mencanak naik in fact lebih teruk dari awal2 bln Mac dulu jumlah hariannya. Cumanya kes masih tertumpu di satu2 kawasan. Jadi kalau nak PKP.. boleh je buat ikut kawasan.. PKP 3 negeri aje.. tapi PKP betul la.. 1 orang je boleh keluar.. nk keje kene surat bagai,

Ni aku kt Shah Alam.. road block mmg ada.. tapi tak cek apa pon. Relax aje lepas. Taktaula kalau hari ni dah ketatkan.. Rakyat dah jangka benda ni.. dan boleh cooperate. tapi buatla sungguh2.. jadi takdela kena buat PKP tu lama2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.085029 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list