CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3595|Reply: 42

[Tempatan] Terkuburnya komuniti digital Yahoo!

[Copy link]
Post time 23-10-2020 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Terkuburnya komuniti digital Yahoo!

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... niti-digital-yahoo/

Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI
23 Oktober 2020, 10:00 am


IBu pejabat Yahoo! yang terletak di California, Amerika Syarikat.

“Jujur saya akan merindui ruangan chat atau sembang Yahoo! Messenger (YM) kerana daripada medium itulah saya menemui jodoh bersama suami beberapa tahun lalu.

“Medium itu jugalah antara platform media sosial pertama dan terawal yang memperkenalkan saya dengan dunia maya sewaktu memasuki usia remaja.

“Emoji smiley, lovestruck, call me, hug me, blushing, clown dan surprise pasti akan saya rindui.”

Itu luahan sedih Nadia Ilani Hasbullah kepada K2 renteten keputusan konglomerat ternama Verizon, pemilik platform Yahoo! Groups memberhentikan operasinya bermula 15 Disember depan.

Yahoo! Groups merupakan laman web komuniti digital yang boleh disifatkan antara perkhidmatan utama Yahoo!.

Biarpun beberapa servis Yahoo! dikatakan masih diteruskan, namun banyak pihak mengibaratkan Yahoo! sudah terkubur disebabkan pengumuman terbaharu itu.

Jelas Nadia Ilani lagi, dia seakan-akan tidak menyangka bahawa medium internet popular seperti Yahoo! yang terkenal satu masa dahulu dan mempunyai kira-kira 200 juta akaun pengguna itu kini berdepan nasib sebegini.


MAKLUMAN mengenai penutupan Yahoo! Groups disebarkan menerusi e-mel dan disiarkan di laman webnya.

Yahoo! sebenarnya sudah bergelut untuk terus ‘hidup’ sebelum tahun 2015 lagi apabila sebuah buku berjudul Marissa Mayer and the Fight to Save Yahoo! diterbitkan pada tahun tersebut mendedahkan bagaimana Yahoo! berdepan kesulitan untuk terus bertahan beberapa tahun kebelakangan itu.

Pun begitu, beritahu wanita berusia 30 tahun itu, kenangan manis sewaktu awal berkenalan, bercinta sekali gus memeterai pernikahan bersama suami tercinta, Muhammad Bazli yang dikenali menerusi laman sembang YM pasti tidak akan dilupakan dan kekal terpahat selamanya.

Menyorot kembali sejarah perjalanan Yahoo!, ia mula ditubuhkan pada tahun 1994 oleh dua orang pelajar Stanford University, Amerika Syarikat iaitu David Filo dan Jerry Yang.

Ceritanya, kedua-dua mereka memulakan Yahoo! disebabkan minat mereka terhadap internet dan langsung tidak pernah menyangka ia menjadi salah satu jenama paling diterima pada masa itu.

Pada waktu itu, Yahoo! mencecah capaian hingga jutaan pengguna sehari dengan lebih 100,000 pengguna setia. Ia mencatatkan 345 juta pengunjung setiap bulan.

Sepanjang 26 tahun kewujudannya, Yahoo! telah melalui beberapa pertukaran logo utama. Tidak terhad kepada Yahoo! Mail, Yahoo! telah berkembang dan menawarkan pelbagai kemudahan seperti portal atas talian terbesar, portal beli-belah, penstriman video, podcast kewangan, berita, hartanah dan perkhidmatan persendirian.

Tamparan hebat

Jenama Yahoo! dikatakan ‘dibunuh’ oleh Google apabila pekerja Yahoo! sendiri mendedahkan mereka sendiri menggunakan carian Google dan pihak Yahoo! tidak melihat perkhidmatan carian suatu yang penting berbanding perniagaan berasaskan iklannya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Verizon baru-baru ini, syarikat tersebut terpaksa menutup Yahoo! Groups selepas memberhentikan salah satu segmen terkenalnya, YM pada Julai dua tahun lalu.

“Yahoo Groups telah mengalami penurunan penggunaan yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Walaupun keputusan ini tidak mudah, kadang-kadang kita harus membuat keputusan yang sukar mengenai produk yang tidak lagi sesuai dengan strategi jangka panjang perniagaan,” jelas kenyataan ringkas tersebut beberapa minggu lalu.


LAMAN web Yahoo! Groups yang dikatakan antara produk utama Yahoo! bakal ditutup pada Disember ini.

Pastinya keputusan yang mungkin dianggap agak drastik itu memberikan satu tamparan hebat buat legasi dan empayar penyedia perkhidmatan enjin pencarian popular itu. Pemberitahuan mengenai pemberhentian dan penutupan operasi Yahoo! Groups dihebahkan menerusi e-mel kepada semua pengguna selain turut disiarkan di laman web rasminya.

Tambah kenyataan itu lagi, YM yang satu ketika dahulu pernah menguasai dunia media sosial sekitar era awal tahun 2000 terpaksa ditamatkan operasinya selepas kemunculan pelbagai platform interaktif dan mesra pengguna lain seperti Facebook, WhatsApp, Telegram dan seumpamanya.

Perkhidmatan web Yahoo! Groups yang dilancarkan 19 tahun lalu iaitu pada 2001 menghadapi tempoh suram dan platform berkenaan semakin dilupakan selepas kemunculan beberapa medium baharu sesuai dengan evolusi serta teknologi tanpa sempadan kini.

“Syarikat juga tidak mempunyai perancangan untuk melakukan sebarang pemulihan kepada segmen perkhidmatan berkenaan dan ia bakal ditutup untuk kebaikan semua pihak.

“Keputusan ini juga sekali gus menyebabkan pengguna tidak lagi boleh memuat naik kandungan baharu seperti perbincangan menerusi platform berkenaan bermula 21 Oktober lalu.

“Oleh kerana landskap komunikasi yang kian membangun dari semasa ke semasa, kami lebih memfokuskan untuk mencipta dan memperkenalkan rekaan aplikasi terbaharu yang lebih memenuhi kehendak semasa pengguna,” kata kenyataan itu lagi.

Walaupun begitu, masih ada sedikit harapan buat pengguna setia jenama Yahoo! selepas Verizon menyatakan masih belum ada keputusan untuk menghentikan perkhidmatan Yahoo! Mail.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahoo mail boleh pakai lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu i ollz rajin main yahoo games dlm ni...paling hooked on adalah game reversi...RIP yahoo...thanks for the good old days
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Grup yahoo ni bila ditinggalkan spammers and scammers amik alih. Tak relevan dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:26 PM | Show all posts
Edited by brego at 23-10-2020 04:29 PM

dulu selalu lepak yahoo chat room,
chat guna microphone,
berebut masing2 nak bercakap.
yang jadi DJ tak bertauliah pun ramai

kawan aku kantoi camsex bugil dengan skandal
yang jumpa jodoh dari chat room  & games room pun ada.

ada yahoo games,
selalu lepak main pool dengan friend dalam list.

pernah YM friendlist iols full max capacity,
dah tak boleh nak add sape2,
bila iols open thread cari jodoh lebih 10 tahun yang lepas  

yahoo dalam kenangan. farewell.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:26 PM | Show all posts
getarsukma replied at 23-10-2020 03:05 PM
Yahoo mail boleh pakai lagi ke?

haah, nak tnya gak yahoo mail bleh pakai lagi ke idok sbab aku ada daftar sumthing guna yahoomail time blaja dulu..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 04:27 PM | Show all posts
getarsukma replied at 23-10-2020 03:05 PM
Yahoo mail boleh pakai lagi ke?

boleh, iols masih pakai lagi.
dah 21 tahun guna email yahoo ni.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:28 PM | Show all posts
Yahooo...yahoo dah tutup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
YM dulu fungsi dan kegunaan lebih kurang macam whatsapp sekarang ni

Berkubur akhirnya.. dulu tak terfikir pon ym yang gah itu akan lenyap..

Whatsapp, fesbuk, google semua tu rasa2 akan berkubur jugak tak nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:31 PM | Show all posts
my_irina replied at 23-10-2020 04:00 PM
Dulu i ollz rajin main yahoo games dlm ni...paling hooked on adalah game reversi...RIP yahoo...thank ...

jom Reversi.
boleh main dengan online friends guna app Plato.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 05:20 PM | Show all posts
Yahoo group take over egroup. Tahun 1998 aku ingat lagi geng reformasi punya group - anwarxtpm@egroup.com.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 05:27 PM | Show all posts
bye yahoo... dulu google nak jual dekat yahoo kan tapi yahoo sombong... cashhhh masatu google $2bn je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 05:29 PM | Show all posts
iols dulu semua pakai email yahoo...
tapi sekarang dah tukar ke domain email sendiri... untuk bisnes....
bayar rm40 tiap2 bulan dekat google workspace...

ada macam2 staff account...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 23-10-2020 04:27 PM
boleh, iols masih pakai lagi.
dah 21 tahun guna email yahoo ni.

Confirm ke? Sebab iols guna email yahoo untuk fb... malas nak tukar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:42 PM | Show all posts
getarsukma replied at 23-10-2020 03:05 PM
Yahoo mail boleh pakai lagi ke?

Yahoo email boleh pakai lagi. Tapi iklan berlambak la kalau tak nak langgan Yahoo Mail Pro.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:30 PM | Show all posts
dulu katanya banyak group pedo/seks dlm tu, smpai byk kes polis

penatt nk layan, tu dorg tutup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 23-10-2020 04:26 PM
dulu selalu lepak yahoo chat room,
chat guna microphone,
berebut masing2 nak bercakap.

Ada acc tu lagi tak...ym aktif lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:00 PM | Show all posts
Rahah replied at 23-10-2020 08:13 PM
Confirm ke? Sebab iols guna email yahoo untuk fb... malas nak tukar...

confirm ler, i hari2 bukak yahoo mail nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:07 PM | Show all posts
makadek replied at 23-10-2020 09:31 PM
Ada acc tu lagi tak...ym aktif lg ke

ym dah terkubur, takde lagi dah
ID boleh guna utk yahoo mail saja

tapi pc iols masih ada lagi YM,
last version tahun 2014,
tapi dah tak boleh login lagi dah



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:10 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 23-10-2020 05:27 PM
bye yahoo... dulu google nak jual dekat yahoo kan tapi yahoo sombong... cashhhh masatu google $2bn j ...

yahoo ni berkali kali mereka failed





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.089622 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list