View: 3042|Reply: 21
|
[Tempatan]
'Markas' lapah haiwan liar oleh warga asing
[Copy link]
|
|
'Markas' lapah haiwan
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... markas-lapah-haiwan
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 8:00 AM
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
WARGA asing yang ditahan anggota Perhilitan selepas didapati menangkap hidupan liar dilindungi menggunakan jerat kabel.
Putrajaya: Jadikan lokasi rumah kongsi pekerja ladang sebagai 'markas' untuk melapah haiwan liar yang berjaya dijerat secara haram menggunakan dawai kabel.
Itu kegiatan sekumpulan tujuh warga asing yang dikesan menyimpan kulit, daging dan tulang kambing gurun serta kijang yang diburu secara haram di hutan negara ini.
Kejayaan menjejaki semua suspek susulan pembongkaran dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terhadap peningkatan kes gajah liar, tapir dan beruang yang ditemui parah akibat terpijak jerat maut ini.
Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan semua lelaki warga asing itu dibongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Perhilitan melakukan Operasi Bersepadu Khazanah di rumah kongsi ladang tidak jauh dari Hutan Simpan Lebir, Gua Musang, Kelantan.
KULIT, tengkorak haiwan liar dan peralatan digunakan untuk menjerat turut dirampas daripada semua suspek.
Dalam operasi jam 4.30 petang semalam, penguat kuasa Perhilitan memeriksa dua rumah kongsi sebelum menahan tujuh penghuni membabitkan warga Thailand dan Myanmar.
"Hasil pemeriksaan lanjut menemui dua kepala kambing gurun dan satu kepala kijang disembunyikan dalam rumah kongsi itu
"Turut ditemui adalah kulit kijang, kuku dan daging kambing gurun selain tiga jerat kabel yang digunakan untuk menangkap semua haiwan liar dilindungi itu," katanya.
Menurutnya, suspek yang disoal siasat mengaku mendapat hidupan liar itu hasil jerat yang dipasang dalam hutan sekitar rumah kongsi berkenaan.
"Susulan itu semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang untuk tindakan lanjut.
"Kes akan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.
Harian Metro Sabtu lalu mendedahkan peningkatan kes gajah dan tapir yang cedera serta cacat susulan terpijak jerat dipasang pemburu haram.
RUMAH kongsi pekerja ladang dijadikan markas untuk melapah haiwan liar yang dijerat secara haram.
Aktiviti itu menyebabkan gajah yang tercedera mengamuk dan menceroboh masuk kawasan penempatan hingga menimbulkan konflik dengan manusia.
Susulan itu, Perhilitan terpaksa memburu gajah cedera itu untuk diberikan rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pendatang asing ni dtg dari mana ni? sian hidupan liar yg terancam... |
|
|
|
|
|
|
|
Tembak, mati jah. Berapa byk dah haiwan jadi mangsa binatang lahanat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi nak tahan buat apa
bagi mampos jela senyap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Alih2 guna duit rakyat bela leluhur parashit ni |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 30-10-2020 10:56 AM
pendatang asing ni dtg dari mana ni? sian hidupan liar yg terancam...
Kan dah tulis dalam artikel tu warga siam dan myanmar. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 30-10-2020 10:56 AM
pendatang asing ni dtg dari mana ni? sian hidupan liar yg terancam...
Tak baca habis ke sistur? Thailand dan myanmar katanya.
On other note, takyah simpan sakai2 ni di tanahair. Halau sajo seperti abangla dulu tu.
Kemain berkampung dalam hutan... |
|
|
|
|
|
|
|
pandai pulak pilih yg sedap2...
lapah la anjing liar tu |
|
|
|
|
|
|
|
pendatang asing di Sabah lagi dasat, siap bawa covid-19 & IC palsu |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya dikenakan hukuman berat sebab ia memlibatkan hidupan liar yang terancam |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 30-10-2020 11:31 AM
Kan dah tulis dalam artikel tu warga siam dan myanmar.
Alamak camne iols tak nampak tulisan sebesar2 alam? Ya ampun...tongong sket mata ari ni |
|
|
|
|
|
|
|
knp la org2 yg buru binatang liar terlindung ni otak bodo sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 30-10-2020 11:34 AM
Tak baca habis ke sistur? Thailand dan myanmar katanya.
On other note, takyah simpan sakai2 ni ...
Ya hampunnn..baca smpi abis tp terlepas perenggan penting itteww...kero mata ios pg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk gaya mcm org2 sino - myanmar/vietnam
|
|
|
|
|
|
|
|
Tembak je la. Kalau dok dlm jel, kena bg mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Eloknya potong kaki dorang ni mcmana dorang buat kat haiwan tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kucing chomel kne lapah mcm tu mmg outrage rakyat malaysia sampai mloncat2 kmarahan, kalu kambing gurun, gajah, hidupan liar lain ala2 xkisah je lantak pi la pdhal binatang2 ni la yg nak pupus |
|
|
|
|
|
|
|
di cadang supaya setiap negara yg ada rakyatnya datang secara haram
atau tamat visa supaya membayar segala kos dari A-Z
dan kos hantar pulang dibayar oleh negara berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tembak mati je terus tak leh ke? Kerajaan diorg leh amek tindakan ke sbb diorg ni dtg pun masuk secara haram takde rekod. |
|
|
|
|
|
|
|
warga asing ni lagi kes kes depa kan covid19 pun depa, now makan hazanah negara pun depa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|