CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8048|Reply: 56

[Tempatan] Tan Sri Dr Noor Hisham nafi terlibat gerakan Zionis

  [Copy link]
Post time 30-10-2020 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Noor Hisham nafi terlibat gerakan Zionis

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... bat-gerakan-zionis/

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
30 Oktober 2020, 5:14 pm


Tangkap layar tular yang mengaitkan Noor Hisham dengan gerakan Zionis.

PETALING JAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjawab persoalan netizen di laman Twitter yang mengaitkan beliau dengan sebuah persatuan amal yang didakwa mempunyai kaitan dengan gerakan Zionis.

Noor Hisham menerusi satu ciapan menafikan perkara tersebut dan menjelaskan perkara sebenar kepada netizen bagi mengelakkan salah faham berterusan.

“Saya bukan ahli persatuan itu, tetapi sekadar menerima penghargaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan memberi penghormatan kepada penaung persatuan tersebut,” katanya di laman Tweeter di sini hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Noor Hisham berdiri bersebelahan seorang lelaki warga asing dalam keadaan memakai selempang disertai dengan potongan artikel mengaitkan persatuan tersebut dengan gerakan zionis.

Noor Hisham melalui satu lagi ciapan turut menyertakan pautan ke laman Facebook miliknya bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di dalam gambar tersebut.

Menerusi pautan tersebut, pengguna akan di bawa ke satu kemaskini status bertarikh 3 Februari 2018 yang menceritakan penganugerahan Fellowship Ad Hominem of the Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd), Scotland kepada Noor Hisham.

“Bagi seorang pakar bedah dan pentadbir, penganugerahan Fellowship Ad Hominem daripada College of Surgeons yang tertua dan terbesar di dunia sememangnya satu penghormatan dan pencapaian seumur hidup tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang.

“Yang lebih penting, anugerah tersebut merupakan pengiktirafan global dari rakan sejawatan antarabangsa saya di peringkat tertinggi. Saya amat terharu dan teruja dengan penganugerahan ini yang merupakan satu penghormatan untuk saya dan negara,” katanya menerusi kemaskini itu.

Seorang pengguna Twitter dengan nama vhinoth suppiah mempersoalkan tindakan bertanya soalan sedemikian pada masa negara diserang Covid-19.

“Di saat-saat getir melawan Covid-19, Dr. Hisham perlu menjawab soalan orang sebegini,” katanya disertai dengan emoji menepuk dahi.

Seorang lagi pengguna Twitter dengan nama heyrunnnn berkata perkara sebegitu tidak perlu diciap bagi mengelakkan salah faham.

“Tak perlu nak tweet (ciap) seperti itu kerana boleh menjadi salah faham. DG (Noor Hisham) pun sekarang berhempas pulas bersengkang mata dengan pandemik ini (Covid-19),” ciapnya.-K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Benang ni mcm teori konspirasi pulak. Rasanya tu bawah topik paranormal
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh info dari twitterjaya yg selama ni acik2 forum ckp hanya bbnu je yg berkampung dkt situ.

Nasib baik DG dah menjawab persoalan adik2 bbnu tu dkt twitter
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hailah apa lagi yg akn dikorek gali pasal beliau nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman lah budak2 twiter bodoh begini dg. Bila lagi nak saman golongan pro konspirasi ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Berduyun bbnu ckp covid fake, konspirasi iluminati dajal bagai.. pastu soh byk mengkaji membaca bagai.. ntah mana sumber kau baca.. sembang bergegar...org suh gi sekolah belajar kau baca ntah apa2 teori.. pastu pertikaikan yg mati ramai2 semua fake padahal mati sakit lain.. nak kata bodoh nanti marah.. dah bagitau yg byk penyakit kronik,org tua,imun lemah susah nak lawan covid banding org biasa... sebab tu ckp mati covid walau hakikat awal mula2 sakit jantung,kidney etc bagai... tgk ig semua muka mat rempit,budak sekolah... hambikkkk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Musuh yg nyata...tapi rezeki jgn ditolak...itu konsepnya...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah terlalu free..they need a bigger cash to get their mind off this shits.. bah merah ke next??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Rotary club saja pun....
Betul lah kan ikut kan hasil investigation ummah CI rotary club jarum jarum halus yahudi illuminati dan freemason.... sembah syaiton kata nya
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha.. Lawak apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 30-10-2020 11:46 PM
Berduyun bbnu ckp covid fake, konspirasi iluminati dajal bagai.. pastu soh byk mengkaji membaca baga ...

Cuba tgk fb zul yahya..semua kata covd fake
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 08:03 AM | Show all posts
boss lama aku Indian pun somebody dlm rotary msia ni...
setau aku  buat keje amal je...
koser la aku nak korek CI bagai...
kesian DG..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 08:04 AM | Show all posts
jargon replied at 31-10-2020 03:27 AM
Cuba tgk fb zul yahya..semua kata covd fake

dia kan meniaga makan...

so kalau fake..
apa kebaikkannya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-10-2020 07:09 PM
Benang ni mcm teori konspirasi pulak. Rasanya tu bawah topik paranormal

Akhirnya DG jawab pasal ni selama ni geng antivaks dah lama label kan dia macam siap panggil dajei lagi.
Senang cite KKM mmg musuh utama antivaks
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 31-10-2020 03:27 AM
Cuba tgk fb zul yahya..semua kata covd fake


Ni mesti tengok video yg viral tu kot. Katanya ada video yg viral ada doktor apatah duk kata covid ni cuma selesema
biasa je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 31-10-2020 08:09 AM
Akhirnya DG jawab pasal ni selama ni geng antivaks dah lama label kan dia macam siap panggil dajei ...

Kecian kat kkm dan DG. Depa nak buat keje pun musti tak senang.
Golongan antivaks ni dah kenapa nak kaco idup org lain? Depa tau ke sapa dajei?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rotary club ada kat sekolah2. suka join xtvt dorang dulu2 masa sekolah... Taknak gaduh ngan KPM pulak ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 30-10-2020 11:46 PM
Berduyun bbnu ckp covid fake, konspirasi iluminati dajal bagai.. pastu soh byk mengkaji membaca baga ...

tu la psl aku dah siap sound anak buah member sibuk dgn teori bodoh lg bangang.. stakat info google berangan hebat.. bljr tak mau.. dok percaya cite dongeng

yg anti ubat spital tu pdhl dok jual produk sampah.. jual minyak zaiton harga yahudi..  detox herbal kehulu kehilir...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 31-10-2020 08:11 AM
Ni mesti tengok video yg viral tu kot. Katanya ada video yg viral ada doktor apatah duk kata cov ...

stok2 bangang ambik info sekerat okut skrip anti vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-10-2020 08:25 AM
Kecian kat kkm dan DG. Depa nak buat keje pun musti tak senang.
Golongan antivaks ni dah kenapa n ...

depa kat mati 1% je ko
hbis penuh masuk spital sapa nak rawat
dasar bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.084059 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list