CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15935|Reply: 275

[Tempatan] Penjawat awam tak sepatutnya terima BPN. Mereka golongan yg sikit habuk tak terj

  [Copy link]
Post time 31-10-2020 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 31-10-2020 04:42 PM

sinarharian.com.my
Penjawat awam tidak patut terima BPN
RAIHAM MOHD SANUSI | | 30 Oktober 2020


SHAH ALAM - Penjawat awam tidak sepatutnya menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia sepatutnya hanya diterima golongan yang benar-benar terjejas akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengasas juga Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir berkata, golongan terkesan adalah yang dipotong gaji dan diberhentikan kerja.

"Amat zalim kalau kita berikan kepada semua orang kerana adil itu tidak melangkaui batas, adil itu memberi kepada orang yang memang memerlukan.

"Jadi biarlah kita salurkan bantuan itu kepada mereka yang memerlukan," katanya pada program Sinar Live bertajuk 'Dari T20 Kepada M20' hari ini.

Program yang dihoskan Haslina AR Kamaludin turut menampilkan seorang lagi tetamu jemputan yang juga bekas juruterbang, Khairul Anwar Ajid.

Menurutnya, golongan yang tidak terjejas tidak seharusnya menerima bantuan tunai daripada kerajaan.

"Saya tidak setuju bantuan-bantuan (kerajaan) kerajaan diberikan secara rambang macam itu. Seharusnya kerajaan perhalusi kumpulan mana yang perlukan bantuan.

"Saya memang tidak setuju sebenarnya kakitangan kerajaan pun dapat BPN," katanya.

Katanya, kerajaan diminta meneliti perkara itu semula supaya tumpuan dapat diberikan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan sahaja.

"Saya doakan pihak berkuasa dan ahli politik fikirkanlah perkara ini. Letakkan anda dan keluarga anda dalam situasi mereka (kumpulan yang terjejas) dan anda akan berikan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, pada program tersebut, Khairul Anwar berkongsi mengenai Covid-19 mengubah gaya hidupnya dari udara ke darat iaitu dari juruterbang menjadi penghantar makanan.

Menurutnya, akibat hilang pekerjaan wang simpanannya hanya bertahan selama enam bulan.

"Justeru saya berterima kasih kepada kerajaan dari segi pelaksanaan moratorium dan memberi bantuan kerana setakat ini dapat menenangkan fikirkan kami serta dapat tidur dengan tenang.

"Tapi saya fikir ada lagi bantuan yang boleh disalurkan kerajaan contoh dalam Belanjawan 2021. Mungkin boleh mengambil kami yang kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk masuk ke industri yang lain," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ko tahu depa tak terkesan? Kau ingat semua penjawat awam tu gaji ribu riban ke? Mmg meminta kecaman je ni hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Aku nak tanya.. Duit2 gaji penjawat awam tu depa buat beku ka? Tak beli barang apa2..kiranya pagi pi kerja.. Balik kerja pi mengail ikan.. Dan masak sendiri.. Beras pulak ambik dari depan rumah gitu.. Sayur kutip kat belakang rumah

Duit utk merancakkan ekonomi.. Bila ada lebih maka lebih sikit berbelanja.. Sapa yg untung? Peniaga, runner makanan..

Aku yg makcik B40 PPRT SPM X habis pun faham kenapa kerajaan bagi BPN.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukan gomen servant, and aku pun xterjejas tapi dapat BPN. WFH mmg nature aku sejak pre-covid lagi, masa covid, belanja lagi banyak dari prr-covid, bil api naik hampir 50%, duit minum petang family, duit jajan family, duit buhsan2 nak makan mcD family naik 100%.

Manusia ni, kalau dia bosan, nafsu dia akan lagi tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar lah bpn berapa ratus jahh..skali mkn shellout habis..mereka bukannya cerdik nk manfaatkan duit.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni pun sembang pukul rata... bukan sume kakitangan gomen dpt bpn pun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2020 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon abe @zacks sudi memberi sepatah dua kata...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa biar je lah
Ipar2 biras2 i yg m40 seronok je dpt bpn dgn bonus segala hepi2 shoping la jalan2 la renovate umah la buat umah baru lah apa lah
Kenapa nak nafikan kebahagian dorang
Menjana ekonomi gak kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 12:25 AM
Jap.. Aku nak tanya.. Duit2 gaji penjawat awam tu depa buat beku ka? Tak beli barang apa2..kiranya p ...

Berapa lama nak dok dlm kelompok B40?

Takda ikhtizam keww utk  target ke next level M40?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:49 AM | Show all posts
Staf kerajaan level gred 41 ke atas pun boleh dapat BPN ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
lahai.. hat dapat secoet ni pun ko nk dengki sgt. baik ko komplen pak menteri yg gaji puluh ribu tp koje ngabehkan bogheh jo.. haprak xdipikir pasal rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai makcik
Bukan semua gomen staf dpt bpn
Yg dpt bpn ni lah beli brg2 niaga org terjejas covid
Bukannya simpan pun bpn
Buat belanja
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 31-10-2020 01:11 AM

Knp nk dengki dgn b40 n m40
Xkaya pun dapat bpn tu
Kalau satu family, laki kje swasta tp bini kje gov nak kira mcm mne pulak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:25 AM | Show all posts
pilot bukan gaji mahal ke? 6 bulan je bertahan simpanan? Lepastu tak puas hati dengan gomen. Gomen tu bukannya kaya pun diorang tak kaya tak miskin je hidup. Tapi PS: Tu jela work benefit kerja gomen, diorang 'memang tak terjejas'.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 31-10-2020 12:36 AM
Biar lah bpn berapa ratus jahh..skali mkn shellout habis..mereka bukannya cerdik nk manfaatkan duit.

Fes time ai setuju dgn komen chuolzs...ada before this dpt bpn beli benda y tak penting pn...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat keje aku, bini kije gomen..suami pencen gomen jugak..pencen gred 41.. bini plak gred 44 pon dot bpn sbb dlm sistem pendapatan RM0 walaupon ada pencen...huhuhuhuhu... tp cumanya aku nk tanya la, kalau kerajaan x bg BPN pada staff gomen adakah bermaksud golongan x gomen dapat double duit BPN tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila rezeki orang dia pertikaikan nescaya rezeki dia akan sempit sesempitnya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x dapek bpn pon..
Yg baru dengar ni selangor bg kt pjawat awam state je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
rezeki org bagi ambil pastu bgi kt kampung lebihan bulan itu
kebetulan dpt sbb cukai x kira gaji kasar
mcm kakak aku, aku suro minta isi untuk mak aku
aku check ic mcm dia x isi, mungkin dia ingat mak aku masih T20 kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suh x usaha dptkn kje gomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.093911 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list