CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3233|Reply: 25

Suami Mabuk Bunuh Isteri, Hantar Gambar Mayat Kepada Mentua

[Copy link]
Post time 23-11-2020 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Menyedihkan apabila dua beradik di Rusia berusaha 'membangunkan' ibu mereka yang sudah tidak bernyawa selepas dipukul sampai mati oleh bapa mereka sendiri.


Kejadian tragis di bandar Zlatoust itu berlaku apabila Dmitry Sergeev menyeksa isterinya, Svetlana Sergeeva sampai mati di depan anak mereka berusia 10 bulan dan lima tahun itu.


Lebih kejam lagi, lelaki itu sempat merakamkan foto keadaan isterinya itu sebelum mengirimkannya kepada mentua dengan menyatakan wanita itu mabuk.


Foto: IG




Jiran mereka yang datang ke rumah pasangan itu melihat bayi dan kanak-kanak itu berada di sisi ibu mereka, sambil cuba 'membangunkan' wanita yang tidak bernyawa itu.


Berdasarkan dokumen mahkamah, kejadian itu berpunca selepas Sergeev pulang dalam keadaan mabuk selepas berparti dengan rakannya.


Sergeev berang apabila Svetlana tidak membenarkannya masuk sebelum berjaya masuk ke rumah dengan memecahkan cermin tingkap.


Mahkamah diberitahu perincian kejadian, Sergeev memukul isterinya sampai mati sebagai hukuman.


Akibat perbuatan kejamnya itu, lelaki itu kemudian dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara.


Dalam pada itu, keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan merancang merayu hukuman demi keadilan mangsa.


"Keputusan ini tidak adil ia adalah kes pembunuhan.


"Kami sedih kerana ketika mengambil Svetlana di bilik mayat, kami melihat wajah dan lehernya lebam teruk," kata bapa mangsa, Anatoly Chiglinstev dalam portal The Sun. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh...bodonya 3 thn je penjara??? Patutla puak2 mental russia ni makin menjadi2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pukul sampai mati, kena 3 tahun je?
Bior betik..
Bahayanya mabuk2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun aktivis muka berkerak tebal & disokong oleh urban berkerak kemain pertahankan arak dekat sini. Tak kisah la negara mana, tetap bahaya arak ni ditahap merbahaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bunuh org hukuman 3 tahun saja?

Aku mmg tak heran dah perangai ummah suci sembuhan urban berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk vodka dgn ummah russia berpisah tiada
Sebab tu suka tgk video accident dr sana
Xrasa kesian pun, rasa kelakar yg lebih
Semua accident bodo2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82: Dia bunuh org hukuman 3 tahun saja? Aku mmg tak heran dah perangai ummah suci sembuhan urban berkerak

Mungkin sebab ketika membunuh dia dalam keadaan mabuk...sebab tu lah 3 tahun saja
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 23-11-2020 02:43 PM
Mungkin sebab ketika membunuh dia dalam keadaan mabuk...sebab tu lah 3 tahun saja

Tak adil.. Kesian kat anak2 mesti trauma sangat2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi patriap cakap haritu arak ni tak bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-11-2020 02:52 PM
Tak adil.. Kesian kat anak2 mesti trauma sangat2..

Memang kedengaran tak adil.. Kesian anak-anak dan keluarga mangsa..

*mabuk kat Malaysia terlepas macam tu je...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:00 PM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex: Tu pun aktivis muka berkerak tebal & disokong oleh urban berkerak kemain pertahankan arak dekat sini. Tak kisah la negara mana, tetap bahaya arak ni ...


thanks kurek. i baru nak bash ayamph benda yg sama. muka mcm ponti gemuk, kwn mampos sbb arak pon lg nk bekap arak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 23-11-2020 02:58 PM
Memang kedengaran tak adil.. Kesian anak-anak dan keluarga mangsa..

*mabuk kat Malaysia terlepa ...

Trauma seumur hidup.. Entah2 mmg selalu pukul2 kot sebab tu isteri dia x bagi masuk rumah.. Geram baca.. Patutnya kena dok seumur hidup dlm penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:03 PM | Show all posts
Selayaknya keluarga tak puas hati dengan hukuman dan berlaku kejam macam tu hanya dipenjara tiga tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-11-2020 02:28 PM
Dia bunuh org hukuman 3 tahun saja?

Aku mmg tak heran dah perangai ummah suci sembuhan urban ber ...

Qda satu kejadian di hotel.punya coffee house
Budak service kena lempang dengan guest mabuk
Report.polis tapi tak.guna sebab dia mabuk...entah kenapa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 23-11-2020 03:11 PM
Qda satu kejadian di hotel.punya coffee house
Budak service kena lempang dengan guest mabuk
Repo ...

Lepas mcm tu.. Sbb dianggap tak waras? Tak patut kan.. Depa sedap mabuk org lain yg terpaksa tanggung risiko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk mmg berbahaya dan mmbunuh. Kenapalah korang yg urban2 ni tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:20 PM | Show all posts
Teringat kisah di Russia gak, nenek dan atuk bakar cucu yang masih bayi dalam ketuhar hidup-hidup sebab mabuk katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-11-2020 03:13 PM
Lepas mcm tu.. Sbb dianggap tak waras? Tak patut kan.. Depa sedap mabuk org lain yg terpaksa tangg ...

Haah..
Disebabkan budak tu budak service...kesian dia..hak dia cam tak ada..polis pon cakap takboleh buat apa..ape lah

Ni iols dengar dengar masa depa staff dok susun susun cawan kat belakang iols...

See..iols mmg suka dengar gossip.mak jemah gini...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.917027 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list