Baru-baru ini, Apple telah melancarkan siri telefon terbaru mereka iaitu siri iPhone 12. Dalam siri ini, terdapat 4 jenis model iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.
Siri iPhone 12 kali ini hadir dengan spesifikasi yang menarik seperti skrin OLED untuk semua varian dan reka bentuk bersegi. Reka bentuk siri iPhone 12 ini dilihat seperti reka bentuk iPhone 4 dan iPhone 5 beberapa tahun yang lalu.
Dalam video kali ini, kami berpeluang untuk menggunakan telefon pintar terbaru Apple iaitu iPhone 12 selama seminggu. Adakah ianya berbaloi dengan harga premium yang ditawarkan? Tonton video ini untuk pengalaman penggunaan iPhone 12 selama seminggu.
Siri iPhone 12 Kali Ini Sangat Menghampakan! (Edisi Luahan Perasaan
3 Sebab Orang Tetap Akan Beli iPhone 12
Unboxing iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro Pacific Blue!