Mayat lelaki hampir reput dijumpai terdampar di pantai Pulau Kekabu
Mayat tanpa identiti itu dijumpai beberapa pengunjung kira-kira jam 3.30 petang selepas terhidu bau busuk. - Astro AWANI
MARANG: Mayat seorang lelaki hampir reput dijumpai terdampar di pantai Pulau Kekabu, Marang pada Sabtu.
Mayat tanpa identiti itu dijumpai beberapa pengunjung kira-kira jam 3.30 petang selepas terhidu bau busuk.
Menurut seorang pengunjung, dia yang mengesan 'objek terapung' tersebut pada mulanya menyangka ia adalah anak patung.
“Kami sedang berkelah di sini, selepas itu kami nampak seperti ada benda terapung.
“Kami ingatkan ia anak patung yang hanyut, namun selepas lima minit objek itu menghampiri pantai.
“Selepas itu suami saya memberitahu ia adalah mayat,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan selepas menerima maklumat kejadian tersebut.
Beliau percaya, mayat hampir reput itu hanyut dari laut sebelum dinaikkan ombak ke tepi pantai.
Mayat itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 1-12-2020 02:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kimsa-ra replied at 1-12-2020 12:55 AM
Ngeri tak? Klu biasa2 je nk tgk
Biasa kat fb ada yang tak censored. Macam kes yang kemalangan jatuh dalam air kat jambatan p.pinang tu pun dulu kat fb merata gambar clear orang shared. Sampai sekarang iols ngeri tgk yang kembung2 nih...
Author|Post time 1-12-2020 02:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Shirley23 replied at 1-12-2020 02:00 AM
Biasa kat fb ada yang tak censored. Macam kes yang kemalangan jatuh dalam air kat jambatan p.pinan ...
Kalau yg macam tu mmg tak berani tengok. Kan terbayang2 rupa mayat hancur muka sebelah takda sebab dah reput atau dimakan haiwan liar atau ikan. Nak angkat pun kena hati2 sebab boleh koyak daging badan sana-sini. Horror
Author|Post time 1-12-2020 02:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sambaldurian replied at 1-12-2020 12:26 AM
nmpak cm omputih, pelancong kah yg stay kt pulau mane2. pki boxer je pulak tu. ak saspek saje2 nk be ...
Itulah. Mungkin foreigner, sebab tak ad report orang tempatan hilang rasanya. Kulit pun dah jadi pucat putih takde darah. Masuk ni dah beberapa kali dah kes orang jumpa mayat terapung kat pantai Terengganu ni