View: 4820|Reply: 41
|
[Tempatan]
Disangka dah mati oleh ibu bapa yang baru pulang dari kuil, rupanya tak buka pin
[Copy link]
|
|
Edited by Nahnukutu at 1-12-2020 01:23 PM
Disangka maut, rupanya 'tidur mati'
MyMetroMutakhir
ANGGOTA bomba cuba membuka pintu jeriji rumah sebelum mangsa tersedar. FOTO ihsan Bomba
Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Disebabkan tidak membuka pintu rumah hampir sejam selepas diketuk, seorang pemuda disangka sudah meninggal dunia oleh ahli keluarganya.
Kejadian berlaku di Pangsapuri Kenari, Bandar Baru Kangkar Pulai di sini, semalam yang menyebabkan keluarga lelaki berusia 21 tahun terbabit menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk bantuan.
Bagaimanapun, lain yang berlaku ketika operasi dilaksana apabila pemuda yang disangka meninggal dunia, sebaliknya, hanya 'tidur mati'.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mangsa terperangkap dalam rumah pada 10.59 malam.
"Pasukan berkekuatan 10 anggota tiba di kediaman berkenaan dan segera memulakan operasi membuka pintu dengan peralatan khas, namun ketika itu juga mangsa yang didakwa terperangkap tiba-tiba membuka pintu dari dalam.
"Menerusi soal siasat, ibu bapa dan tiga adik mangsa memberitahu keluar ke kuil berhampiran dan apabila pulang, mereka mendakwa hampir sejam mengetuk pintu namun mangsa tidak membukanya.
"Bimbang kejadian buruk dan menyangka mangsa maut, keluarga itu menghubungi talian kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Riduan berkata, mangsa pula mendakwa terlalu penat menyebabkan dia tidak sedar pintu rumah diketuk.
Susulan itu, pasukan memastikan keadaan selamat sebelum pulang.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 11:28 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Parents dia takde salinan kunci ke? Bahaya betul! |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la baru ketuk kejap dah pikir org tu mati
tak try cara lain dulu ke b4 call bomba tu
aiyooo |
|
|
|
|
|
|
|
Kita mana lah tahu diorang ni
Kalau stress dan duduk sorang2,byk benda boleh jadi
okaylah pggl bomba |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyooo..buat la spare key |
|
|
|
|
|
|
|
Dok rumah sendiri tak bawak kunci ke bila kluar rumah.
Rumah aku ni, kakak aku ada pegang spare key |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti parents dia ingat dah gantung diri..biasala kan leluhur ituh |
|
|
|
|
|
|
|
Estet dan drama tamil berpisah teda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zielathefatlady replied at 30-11-2020 02:11 PM
Kita mana lah tahu diorang ni
Kalau stress dan duduk sorang2,byk benda boleh jadi
Better macam ni. Sekarang ni orang muda pun boleh heart attack ke apa ke.
My mom's friend tak dapat contact anak 2 hari. Which is weirdlah zaman whatsapp ni kan? Hari ke3 baru minta jiran call polis. Anaknya dah mati atas katil. Baru umur 18. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la yg susahnya buat spare keys bebanyak
Jiran sblh aku pun mcm ni
Pernah 2, 3x wife dia tumpang dok umah aku kejap sebab xde kunci nak masuk umah
Dengar org ketuk pintu bertalu2 tu xterkira la bilangannya |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti makpak dia dah siap nangis2 tepuk2 dada dan dahi |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 30-11-2020 04:28 PM
Mesti parents dia ingat dah gantung diri..biasala kan leluhur ituh
kikikik... |
|
|
|
|
|
|
|
weezerfan replied at 30-11-2020 04:36 PM
Estet dan drama tamil berpisah teda..
Kmudian anaknya dimatikan kerana mak bapak menanggung kemaluan besar sbab pnggil yittu bombah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal heran dorang x bawa spare key dah kalau kat dalam rumah ada orang.
Budak yang tido mati tu la yang wajib dihempuk. Otak singkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Over nor set2 neh. Menyampahhhh naa woongalai verukkiren! Pohh! |
|
|
|
|
|
|
|
Family members I kalau keluar masing2 bwk kunci sendiri. Jgn kata tido mati, kalau dok ralit tgk tv pon malas bukak pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Bomba kena bersedia dengan apa situasi termasuk yg ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dpt bayangkan betapa drama dan hiruk pikuk nya mereka sebelum bomba sampai. Mesti boleh dengar sampai rumah jiran ke 10 |
|
|
|
|
|
|
| |
|