Edited by FOTHER-MUCKER at 4-12-2020 08:22 AM
Petani Thailand beralih kepada penanaman durianDisember 4, 2020 @ 10:30am
Gambar hiasan. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.
BANGKOK: Satu kaji selidik di Thailand mendapati petani di negara itu bercadang untuk bertukar kepada penanaman durian berikutan permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.
Menjelang 2021, petani di Chanthaburi, Rayong dan Trat mengunjurkan dapat menghasilkan kira-kira 1.6 juta tan pelbagai jenis buah-buahan utama termasuk durian, manggis, rambutan dan langsat.
Laporan itu berdasarkan enam kaji selidik yang dijalankan oleh Pejabat Wilayah Ekonomi Pertanian, yang turut menyatakan permintaan tahun depan dijangka meningkat 7.11 peratus berbanding tahun ini.
Peningkatan terbesar adalah durian (11.42 peratus) diikuti manggis (4.05 peratus) dan langsat (0.52 peratus) manakala hasil buah rambutan dijangka susut 0.34 peratus tahun depan.
Harga jualan durian juga dikatakan meningkat sejak enam hingga tujuh tahun lalu, menjadikannya tanaman popular dalam kalangan petani tempatan.
Durian Thailand digemari pembeli China, sekali gus menaikkan nilainya dalam tempoh beberapa tahun berikutan pertambahan kuasa pembeli di pasaran terbabit.
Sementara itu, harga buah rambutan yang berkurangan sedangkan dan kos memetik buah berkenaan yang semakin tinggi mendorong petani beralih kepada penanaman durian.
Malah, sesetengah petani mengambil keputusan menebang pokok rambutan dan menggantikannya dengan tanaman lain. Durian, manggis, rambutan dan langsat pada kebiasaannya dituai sekitar Mei dan Jun setiap tahun. - AGENSI.
|