CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1809|Reply: 0

PELABURAN MENGGUNAKAN ROBO ADVISOR

[Copy link]
Post time 11-12-2020 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Lately banyak sangat sis terjumpa artikel berkaitan dengan pelaburan saham menggunakan platform robo advisor. Actually memang tak berapa paham sangat. Tapi sis ada la join beberapa group kat FB untuk kaji lebih lanjut lagi pasal pelaburan ni. Kat bawah ni artikel yang sis copy dari https://www.majalahlabur.com/pel ... g-ada-di-malaysia/.


Terdapat 5 perkara penting yang andaharus tahu berkenaan robo-advisor.

1. MekanismeRingkasnya, robo-advisor menggunakan algoritma dan matematik untuk menentukan aset yang akan dilaburkan di dalamnya. Semua proses seperti bila harga untuk beli, signal untuk jual, trend sedang menaik atau menurun dan segala macam indikator; sudah diprogramkan oleh pasukan IT setiap firma pelaburan.
Ada sesetengah firma robo-advisor yang menetapkan kekerapan portfolio pelaburan para pelabur akan dirombak. Sebagai pelabur, kita hanya perlu relaks, goyang kaki dan tunggu robot menjana keuntungan untuk kita.Tidak lupa juga, anda hanya perlu menentukan profil risiko anda dan apa yang anda ingin capai melalui pelaburan ini. Bakinya akan diuruskan oleh algoritma tersebut.

2. Menggunakan ETF Sebagai Aset PelaburanSetelah kita tahu firma robo-advisor menggunakan Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence dalam melaksanakan pelaburan, kita harus tahu aset apakah yang dilaburkan. Dalam kes pelaburan digital yang sedang meningkat popularitinya ini, semua firma yang berlesen menggunakan Exchange Traded Fund (ETF) sebagai aset yang dijual dan dibeli untuk menjana keuntungan.
Bagi yang tak pernah dengar apa itu ETF, ETF merupakan koleksi sekumpulan aset yang kebiasaannya dikumpulkan mengikut kelas aset. Ada ETF yang berasaskan emas, saham, sukuk, bon dan fixed deposit.
Jadi, portfolio pelaburan bagi setiappelabur akan mempunyai komposisi yang berbeza untuk setiap ETF berdasarkanprofil risiko yang dipilih atau dicadangkan oleh firma.


3. Ada 4 Firma Robo-Advisor di MalaysiaSeperti yang kita tahu, aktiviti pelaburan sangat dikawal selia dengan ketat di Malaysia untuk menjaga kepentingan pelabur. Oleh itu, di Malaysia, firma yang mahu beroperasi sebagai pengurus dana pelaburan perlu mendapatkan lesen daripada SC.
3 firma yang telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi dalam pelaburan digital ini ialah Stashaway, MyTHEO dan Wahed Invest dan yang terbaru RAIZ invenst. Yang confirm patuh shariah buat masa ini adalah Wahed Invest tapi RAIZ tu since baru lagi so tak berapa pasti la.

Ada tak forummer yang dah start melabur guna robo advisor ni. Boleh la share ilmu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060230 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list