CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3362|Reply: 2

Xiaomi Sah Ikuti Apple Tidak Sertakan Pengecas - Harian Metro

[Copy link]
Post time 27-12-2020 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Xiaomi tidak akan menyertakan pengecas dalam peranti terbaru mereka Mi 11. FOTO AGENSI


Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

Pengeluar telefon pintar terkenal, Xiaomi hampir pasti akan mengikuti langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas bagi peranti baharu keluaran mereka.

Perkara itu turut disahkan syarikat itu sendiri apabila mereka menyatakan tidak menyertakan pengecas di dalam kotak Mi 11.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lei Jun dalam satu portal berita teknologi antarabangsa menyatakan bahawa Mi 11 akan hadir dengan rekaan kotak yang baru, nipis dan ringan.

Beliau berkata, kehadiran pengecas tidak mesra alam dan ia boleh membahayakan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

"Keputusan itu dibuat mengikut piawaian antarabangsa supaya peranti pintar yang dihasilkan lebih mesra alam," katanya.

Pada masa sama, Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan pada Isnin ini dan ia antara peranti kelas perdana yang dinantikan oleh umum memandangkan syarikat berkenaan sering meletakkan tanda harga mampu milik untuk peranti premium mereka.

Sebelum ini, beberapa syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka menempelak langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas dan kini, langkah berkenaan diikuti oleh syarikat berkenaan.

Berdasarkan khabar angin, Mi 11 akan didatangkan dengan tetapan tiga lensa utama berkeupayaan 108 megapiksel menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 888 SoC.

Peranti itu juga akan disertakan dengan kapasiti memori (RAM) 12GB dan sistem operasi MIUI 12 berasaskan Android 11.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Seeeee, dekkkk??? Lanciao la fandroid last2 ikut jua jejak langkah apple. Binawei cikaro cikcap mandatooo, sistah!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:09 PM | Show all posts
salah satu kos dapat jimat. lagipun kebanyakannya bukan petama kali beli handphone. charger lama masih boleh guna. kadang2 beli baru, charger baru tak digunakan pun simpan dalam kotak sebab charger lama masih ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069338 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list