CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1447|Reply: 1

Hup Wei Positif Covid-19 - Harian Metro

[Copy link]
Post time 6-1-2021 09:36 AM | Show all posts |Read mode

Hup Wei ketika beraksi di Sukan SEA Filipina dua tahun lalu. FOTO Aizuddin Saad


Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang gejala biarpun disahkan positif Covid-19 semalam.

Hup Wei ketika dihubungi berkata, dia kini sedang menjalani proses kuarantin dan semua ahli keluarga terdekat serta isterinya turut menjalani ujian calitan.

Kata pemenang empat pingat emas temasya Sukan SEA itu, dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan dijangkiti virus itu kerana tidak mempunyai sebarang gejala.

Dia berada dalam keadaan sihat dan masih tidak menunjukkan sebarang simptom namun apa yang penting ketika ini, bekas juara Asia 2007 itu berkata dia perlu kekal positif.

"Keadaan saya sekarang semuanya OK. Saya memang terkejut bila dapat tahu ujian yang dilakukan positif.

"Semua ahli keluarga saya sekarang ini sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan," katanya.

Begitupun Hup Wei yang dilihat mempunyai potensi untuk ke temasya Olimpik buat kali ketiga selepas membuat penampilan pertama ketika Olimpik Beijing 2008 berkata, ketika ini sukar untuk dia menggambarkan apa yang dirasainya.

Atlet berusia 33 tahun itu antara seorang daripada tujuh atlet yang didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan di Majlis Sukan Negara (MSN) Ahad lalu ketika melapor diri untuk menjalani latihan pusat sepenuh masa.

Atlet yang positif adalah dua dari sukan olahraga, sukan tenis berkerusi roda (2), sukan bola keranjang kerusi roda (2) dan seorang atlet tenpin boling catat pendengaran serta seorang pegawai pengiring sukan boccia.

Untuk rekod selain Hup Wei, Jackie Wong atlet baling tukul besi dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) antara atlet olahraga yang dijangkiti virus itu.

Sementara itu Kesatuan Olahraga Malaysia menerusi presidennya, Datuk SM Muthu berkata, beliau maklum akan perkara itu namun hingga kini belum mendapat sebarang surat rasmi dari MSN.

Begitupun beliau sudah mengarahkan pegawainya untuk berhubung dengan Hup Wei untuk mengetahui situasi terkini atlet itu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai atlet positif Covid-19 ni. Sejak buka utk latihan, lepas sorang, sorang positif. Next week sekolah nak buka, habislah lepas satu, satu sekolah kena. Univ pun sama nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.067869 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list