CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4808|Reply: 30

[Dunia] Nur Izzah sedar daripada koma, panggil ayah dan ibu.Syukur

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


LONDON: "Doa saya dimakbulkan," kata Hamidah Wahab, ibu kepada Nur Izzah Mohd Shokri, 21, pelajar Malaysia yang terbabit kemalangan ketika berbasikal hingga cedera parah dalam nahas di Manchester pada 28 Disember lalu.

Hamidah yang kebetulan menyambut hari lahir ke-45 semalam, menerima kejutan paling bermakna apabila anaknya itu sudah mula sedarkan diri dan memanggil 'ibu'.

ONDON: "Doa saya dimakbulkan," kata Hamidah Wahab, ibu kepada Nur Izzah Mohd Shokri, 21, pelajar Malaysia yang terbabit kemalangan ketika berbasikal hingga cedera parah dalam nahas di Manchester pada 28 Disember lalu.

Hamidah yang kebetulan menyambut hari lahir ke-45 semalam, menerima kejutan paling bermakna apabila anaknya itu sudah mula sedarkan diri dan memanggil 'ibu'.


"Kebetulan hari ini (semalam) hari lahir saya. Saya ada beritahu keluarga, saya berharap Nur Izzah sedar pada hari kelahiran saya. Ini akan menjadi hadiah paling bermakna dan Allah makbulkan doa saya.

"Saya sangat bersyukur. Sebelum ini saya tertanya-tanya bilakah akan dapat peluang untuk memeluk dan mendengar suara anak perempuan saya," katanya dalam temu bual menerusi aplikasi Zoom, malam tadi.

Beliau bersama suami, Mohd Shokri Zainal, 55, berkomunikasi dengan Nur Izzah melalui aplikasi Facetime setiap hari, sejak mereka tiba di Manchester pada 30 Disember lalu, dua hari selepas Nur Izzah kemalangan.

Sementara itu, Mohd Shokri berkata, pada awalnya, Nur Izzah kelihatan keliru, tetapi apabila mendengar suara dan melihat beliau dan isteri menerusi Facetime menggunakan iPad, anak mereka membesarkan paparan imej dan memanggil 'ibu, ayah!'.

Kakak mangsa, Nur Fariha, 23, dan adik mereka, Muhammad Faris Danial, 19, serta kembar, Muhammad Izwan and Muhammad Izlan, 16, turut menyertai sesi berkenaan bersama rakan serumah Nur Izzah di Manchaster.

Terdahulu, Hamidah yang juga guru di Kolej Komuniti Bentong, Pahang, meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang diaturkan rakan serumah Nur Izzah di Manchaster.

Mohd Shokri menambah, anak mereka sudah mula meminta air selain memaklumkan kepada jururawat yang dia mahu ke tandas sendiri.

"Dia kenal adik-beradiknya dan rakan serumah serta merindui mereka. Dia juga kata mahu pulang ke rumah. Dia boleh berjalan ke tandas walaupun dibantu jururawat, selain berupaya memegang gelas," katanya.

Difahamkan, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan Universiti Manchester itu tidak lagi dikomakan selepas menjalani pembedahan kedua pada 5 Januari lalu, bagi mengurangkan tekanan pada otaknya.

Nur Izzah mengalami kecederaan serius pada otak dan paru-paru selepas bertembung sebuah bas ketika berbasikal di Wilmslow Road, Rusholme dalam kejadian 4.25 petang waktu tempatan, 28 Disember lalu.

Dia juga mengalami peningkatan suhu badan dan sawan yang mendorong kepada pembedahan kedua.

Walaupun sudah sedarkan diri dan diletakkan di Unit Penilaian Trauma di Salford Royal Hospital selepas pembedahan, pelajar itu pada mulanya terganggu dan kepenatan, sekali gus menyebabkan sesi FaceTime bersama keluarganya disingkatkan.

Mohd Shokri berterima kasih kepada doktor Malaysia di hospital berkenaan yang sentiasa memberi maklum balas perkembangan Nur Izzah.

"Dia boleh angkat tangan, gerakkan kaki dan turun dari katil. Kami bimbang semua itu akan membuatkan dia lebih penat. Sebelum ini, dia tak bercakap, tetapi hari ini (semalam), dia kenal kami semua," katanya.

Katanya, emosi Nur Izzah agak terganggu kerana sering teringatkan ibu bapanya dan memaklumkan kepada jururawat mengenai hasratnya untuk pulang.

Sementara itu, Hamidah memaklumkan, dia akan tinggal di Manchester sehingga Nur Izzah sembuh, manakala suaminya mungkin pulang untuk menjaga anak mereka yang lain.

Pasangan suami isteri itu turut berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana keprihatinan baginda berdua terhadap nasib anak perempuan mereka.

Mereka juga berterima kasih kepada penaja pengajian Nur Izzah, PETRONAS dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London serta rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan moral.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/776203/nur-izzah-sedar-daripada-koma-panggil-ayah-dan-ibu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la pentingnya kot kalau orang tu koma, kita keep on interact dengan dia kesah la doktor tu cakap dia tak dengar ka tak sedar ka. Juga jangan putus berdoa. Ko etis pun ko berdoa aja pada alam semesta mintak tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:01 PM | Show all posts
Alhamdullilah.. moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:07 PM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah!
Aku yg bkn sapa2 ni pun rasa lega baca news ni
Parents & family dia apatah lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. lega ibu dan ayahnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 04:18 PM | Show all posts
Alhamdulillah... cantik budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:18 PM | Show all posts
Syukurlah dah makin membaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annehuda at 15-1-2021 04:49 PM

-edited junior kawan aku rupenye-
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtau kenapa rasa happy sgt baca berita ni. Ank dia dah la cantik, pandai. So harapan menggunung dkt dia. So hepi for them
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya ko dik. Syukur alhamdulillah dah sedar. Sis tumpang jmhepi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:44 PM | Show all posts
alhamdulillah...berita gembira...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:47 PM | Show all posts
alhamdulilah...tuhan masih bagi peluang utk bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semoga adik cepat sembuh

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:43 PM | Show all posts
syukur ke hadrat Nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur Allah beri peluang lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. semoga cepat sembuh ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gembira dgr berita ni
Tp x dpt bayangkan keadaan dia camna
Koma....kena operate kepala 2x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... terima kasih Allah.. happy aku baca news ni, moga adik ni cepat sembuh spt sediakala dan dpt smbg pengajian beliau, cantik dan bijak nmpk nya adik ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078781 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list