CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 1

Rooney Boleh Berjaya Sebagai Jurulatih

[Copy link]
Post time 16-1-2021 04:24 PM | Show all posts |Read mode

Rooney (kiri) pernah beraksi di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson (kanan) di Manchester United. FOTO File AFP


Harian Metro

London: Sir Alex Ferguson percaya Wayne Rooney mempunyai kemahiran untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya.

Rooney, 35, secara rasmi bersara semalam untuk menjadi pengurus sepenuh masa buat kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Derby dengan menandatangani perjanjian hingga musim panas 2023.

Pemain yang mencipta rekod jaringan bersama England dan Manchester United mengharungi karier sebagai pemain dengan cemerlang, termasuk memenangi kejuaraan Liga Perdana sebanyak lima kali dan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Sir Alex di Old Trafford.

Ferguson berkata: "Pengetahuannya mengenai permainan ini bukan lagi persoalan dan dia membuktikan kehadirannya dalam perlawanan.

"Saya berharap dia akan terus maju jaya. Ia adalah satu tanggungjawab yang berat. Dia seorang lelaki muda yang bersemangat dan tahu mengenai peranannya kepada keluarga.

"Dia mahu melakukannya dan itu adalah perkara paling penting.

"Tiada makna jika menjadi pengurus kerana seseorang menyuruh anda melakukannya.

"Dia pasti mengetahui lebih daripada orang lain bahawa dia memerlukan pencapaian. Dia bermula dengan baik dan ia adalah perkara yang dimahukan jadi saya berharap semuanya berjalan lancar.

Rooney menggantikan tempat pengendali yang dipecat Phillip Cocu pada November lalu, serta telah berkhidmat dalam sembilan perlawanan, menang tiga dan empat seri.

Rooney yang pernah beraksi untuk DC United di Amerika Syarikat, kini menyertai mentornya dalam bidang kejurulatihan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 07:41 PM | Show all posts
Ada potensi rooney ni untuk menjadi seorang manager pasukan bola sepak yang berjaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.096990 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list