CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: FanTasyCreaTioN

[SARAWAK] Gadis dakwa dirogol suspek dalam lokap

[Copy link]
Post time 18-1-2021 11:18 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-1-2021 09:11 AM
sapa tak sakit ati kan ...
patut dier rang yang lindungi kita ...

dlm kerjaya kaka ni mmg biasa deal dgn polis
dpt yg baik, berdedikasi mmg senang deal
dpt yg suka perlekeh kita tambah lg kita perempuan mmg masaklah

dulu ms study ramai gak pakcik2 polis msk blk belajar sbb nak naikkn gred diaorg
dan diaorg tersgt humble
siap ajar kita yg nmpk bdk2 sgt ms tu
tambah lg kaka jns yg pendiam dan susah nk campur dgn org
ditanya sepatah dijwb sepatah
tp tue dulu lah, sekrg org ckp sepatah kaka lak jwb berpatah2

dan ada pakcik2 polis ni lps kami keluar U diaorg dpt naik pangkat
ada yg jd SAC, OPD etc
yg dr ATM jd hakim di mahkamah tentera

sbb tu kaka pun xnak pukul rata kata semua polis jahat, x baik etc
sbb ada jer yg jujur dan amanah dlm menjlnkan tugas

kisah adik FC tu lbh kurang dgn arwah abg kaka
disbbkan kec mcm tuelah arwah abg kaka jd polis dan ensure yg Balai bwh dia xde kes camtu
dia tersgt strict


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 03:06 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-1-2021 01:11 AM
sapa tak sakit ati kan ...
patut dier rang yang lindungi kita ...

lahh ya ujung.. bahaya dah kinek

kmk baru faham cerita pasal tok..
baca benar2.. hehe ney selalu baca tajuk jak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 06:29 AM | Show all posts
takayama replied at 18-1-2021 11:18 AM
dlm kerjaya kaka ni mmg biasa deal dgn polis
dpt yg baik, berdedikasi mmg senang deal
dpt yg suk ...
pasal suka perlekehkan kita kalau kita ni pompuan ... tu ... biasa kak
hatta dalam game sekali pun
dalam porum ni pun sama ...
nak kata dah lali tu... tipu la kan ...
tapi kadang malas nak pikir sangat ...
letih sendiri nanti ...

haha yes ... jenis dah jadi acik2 ni yang paling best buat kawan
yer la ... kot pasal dah ada anak2 baya kita2 ni...

sebab tu lagi suka nyembang2 ngan dier rang tak kira lah yang bekerja atau tak...
best ...


tp tue dulu lah, sekrg org ckp sepatah kaka lak jwb berpatah2
hahahaha ... pasal ni... terus tergelak besat macam kena kat diri pula

Al-Fatihah untuk arwah abang akak ...
semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman ... aamiin
Salam Takziah dari kejauhan ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 06:34 AM | Show all posts
Vellfire replied at 18-1-2021 03:06 PM
lahh ya ujung.. bahaya dah kinek

kmk baru faham cerita pasal tok..
aok ... rasa pelik jak...

camne OKT tu ada kunci ...

memang la tinggal dalam satu lokap... tapi asing2 ...


UPDATE ...

Rogol dalam lokap dipercayai berlaku, namun tiada rakaman CCTV - Datuk Aidi Ismail

KUCHING, 18 Jan -- Polis Sarawak percaya kejadian rogol membabitkan tahanan remaja di lokap Balai Polis Pusat Miri berlaku, berdasarkan percakapan saksi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut memandangkan kamera litar tertutup di lokap berkenaan hanya berfungsi untuk pemantauan, bukan untuk merakam.

“Kamera litar tertutup memang ada di lokap berkenaan, tetapi saya difahamkan tidak boleh merakam, hanya boleh ‘monitor’ oleh pengawal yang bertugas. Saya juga telah mengarahkan pasukan menyiasat kenapa perkara seperti ini boleh berlaku,” katanya pada sidang media pencapaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sarawak bagi 2020, di sini hari ini.

Katanya hasil siasatan dalaman itu yang diselaraskan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Fisol Salleh akan diketahui pada minggu ini.

“Berdasarkan bukti-bukti percakapan daripada saksi, kita mendapati memang berlaku kejadian itu (rogol) di dalam lokap,” katanya.

Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran dalam akaun Facebook  beliau Sabtu lalu mendedahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Balai Polis Pusat Miri, mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di dalam lokap di balai tersebut pada 9 Jan lepas.

Ketika mengulas dakwaan itu, Aidi dilaporkan berkata pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan tersebut  termasuk aspek kecuaian anggota bertugas.

Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu turut digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan.

BERNAMA


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 06:49 AM | Show all posts
takayama replied at 18-1-2021 11:18 AM
dlm kerjaya kaka ni mmg biasa deal dgn polis
dpt yg baik, berdedikasi mmg senang deal
dpt yg suk ...
tetiba terfikir ...

remaja pompuan ... bawah umur ... 16tahun...
boleh letak dalam lokap...?
kenapa tak buat siasatan / pertanyaan ... siang nya ...
pastu bebas dengan ikat jamin ke ...

yer la bukan kesalahan membunuh pun kan ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 06:51 AM | Show all posts
MIRI: Seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lelaki ketika ditahan di lokap balai polis di sini pada 9 Januari lalu.

Gadis berusia 16 tahun itu pada mulanya ditangkap polis setelah disyaki terlibat dengan aktiviti judi haram dalam talian.

Mangsa ditemani bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada petang Sabtu dengan turut ditemani Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling dan Pembantu Khasnya Lawrence Low yang menjadi peguam mewakili mangsa terbabit.

Malaysiakini melaporkan, ketika ditahan di sel lokap berasingan daripada tahanan lelaki, mangsa mendakwa pintu sel lokap lelaki tidak berkunci.

Kemudian, pada hari kejadian, mangsa berkata pelaku yang didakwanya mempunyai kunci, membuka pintu sel lokapnya dan merogolnya di tandas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dipetik dari portal itu menyatakan dua polis yang bertugas menjaga lokap ketika kejadian, digantung sementara tugas dan dalam siasatan.

Alan berkata lagi, beliau mahu siasatan segera dan telus dibuat mengenai insiden ini sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

“Kegagalan untuk mematuhi peraturan lokap dan prosedur operasi standard (SOP) atau dipintas seperti dalam kes ini, telah membenarkan penyalahgunaan dalam tahanan sehingga melakukan jenayah di kalangan tahanan di bangunan polis.

Laporan polis dibuat bukan untuk memperlihatkan kejadian buruk yang tidak dapat diterima di dalam bangunan polis tetapi untuk membolehkan siasatan dijalankan,” ujarnya.

Alan berkata beliau dan Lawrence akan mengikuti perkembangan siasatan terhadap kes ini dan mereka juga sedang dalam proses untuk mendaftarkan saman sivil ke Mahkamah Tinggi Miri bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi yang timbul akibat kejadian terbabit.

Dalam pada itu, Alan berkata sudah tiba masanya bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador untuk mengkaji semula SOP lokap dan melakukan pembaharuan lokap seperti yang diminta oleh masyarakat dan kumpulan hak asasi manusia.

Katanya polis harus memastikan keselamatan yang ketat terutama antara tahanan lelaki dan wanita bagi memastikan perlindungan sepenuhnya diberi semasa dalam tahanan untuk siasatan polis.


Mohd Aliff Idzwan Abdullah
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060786 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list