CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1756|Reply: 4

Satu Produksi Sakit Perut, Penggambaran Terpaksa Dihentikan - Elizabeth Tan

  [Copy link]
Post time 23-1-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Awie bersama pengarah dan pelakon filem 10 Tips Tipu Bini. - Foto NSTP


Berita Harian

Fatin Farhana Ariffin
fatin.farhana@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Dunia komedi masih asing buat pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 28. Namun, ia tidak bermakna tak boleh mencabar skil lakonan dalam membintangi filem komedi.

Tidak seperti karya dibintangi sebelum ini, filem 10 Tips Tipu Bini arahan Azizi Chunk Adnan dan terbitan Rumah Produksi Merah milik Datuk Awie memberi pengalaman baharu buat pelakon berketurunan Cina itu.

Lebih mengujakan bergandingan dengan pelakon dan pelawak senior seperti Awie, Ropie, Joey Daud dan Khir Rahman. Suasana penggambaran sentiasa ceria dengan gelak ketawa.

Elizabeth berkata, ia pengalaman baharu buatnya apabila bekerja dengan pelakon dan pelawak yang sentiasa menghiburkan hatinya sepanjang di lokasi penggambaran.

"Saya seronok bekerja dengan mereka, semuanya 'kaki lawak'. Tidak terasa tekanan apabila lokasi penggambaran sentiasa riuh rendah dengan gelak ketawa.

"Jika mereka buat lawak, satu produksi gelak, kemudiannya kena berhenti penggambaran. Sememangnya, kami banyak berseronok sepanjang penggambaran filem 10 Tips Tipu Bini.

"Pengalaman ini berbeza ketika saya menjalani penggambaran filem lain. Berlakon filem komedi sentiasa membuatkan saya tak sabar untuk ke lokasi penggambaran, setiap hari," katanya kepada BH Online.

Selain Elizabeth, Awie, Ropie, Joey Daud dan Khir, filem 10 Tips Tipu Bini turut dibintangi Jehan Miskin, Vicha dan Nasir Bilal Khan. Ia boleh ditonton menerusi pawagam di rumah, Astro First sejak 7 Januari lalu.

Berkongsi mengenai filem karya pertama terbitan rumah produksi Awie itu, Elizabeth berkata, dia seronok diberi peluang membawa watak Anna dan menimba banyak pengalaman bersama pelakon senior.

"Antara pengalaman tak boleh dilupa di mana saya perlu menaiki motosikal berkuasa tinggi. Ia menakutkan dan terasa kurang selesa. Saya pula tidak biasa menaiki motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson.

"Bagaimanapun, kami kena buat penggambaran perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Saya perlu menaiki motosikal hampir dua jam. Mujur juga tidak perlu menunggang sepanjang jalan kerana bukannya dekat dan mengambil masa yang panjang," katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Misteri Dilaila itu berkata, penggambaran atas motosikal agak mengujakan terutama ketika penggambaran di Jambatan Pulau Pinang.

"Penggambaran turut disertai geng motosikal Harley Davidson. Lebih kurang 40 penunggang bersama kami. Bagaimanapun, jujurnya, ia adalah antara cabaran dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan," katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Knock Knock dan Police Entry itu berkata, hampir setahun tidak tampil dengan single baharu seolah-olah memberi bayangan dirinya beralih arah kepada dunia lakonan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Elizabeth menyangkalnya, malah masih aktif menyanyi. Cuma, buat masa ini, keutamaannya lebih kepada dunia lakonan.

"Saya banyak berlakon sejak tahun lalu. Bukan hanya filem malah diberikan tawaran telefilem dan supertele, manakala saya dapat banyak tawaran berlakon drama bersiri, tahun ini.

"Sebenarnya, saya bersyukur diberikan peluang dan berterima kasih pada mereka yang mempercayai bakat lakonan.

"Saya akui tidak menghasilkan single, tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19. Saya rasa seperti tak sesuai untuk muncul dengan karya baharu," katanya.

Oleh itu, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu merancang tampil dengan single baharu.

"Untuk 2021, saya akan muncul dengan single duet bersama seorang penyanyi lelaki, tetapi siapakah gerangannya masih belum boleh dikongsikan.

"Single berentak balada ciptaan Omar K itu diberi judul Beku sudah siap dirakamkan dan akan dikeluarkan, tak lama lagi. Saya berharap single duet ini akan melepaskan kerinduan peminat, memandangkan kali terakhir saya muncul dengan single pada Disember 2019," katanya yang pernah berduet bersama Faizal Tahir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ka cita ni..komen skit..mcm nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
so? produksi sakit perut ke babi kat kandang yang sakit perut ni hanat? jadahnya tulis tajuk sakit perut tapi ayat artikel takde langsung mention pasal sakit perut hah babi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tu ko melalut pulak ke motosikal berkuasa tinggi la kurang selesa la single baharu pulak la omar k la frozen beku la jadahnya babi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:11 PM | Show all posts
AshKetchum replied at 23-1-2021 07:33 PM
so? produksi sakit perut ke babi kat kandang yang sakit perut ni hanat? jadahnya tulis tajuk sakit p ...

ntahnye. 2,3 kali aku dok ulang baca artikel. jadahnye tkde pun ckp psl sakit perut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052677 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list