CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 5

[Tempatan] Kilang kitar semula di Sungai Buloh buang sisa tanpa rawatan dalam longkang awam

  [Copy link]
Post time 24-1-2021 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Kilang kitar semula digempur buang sisa tanpa rawatan
    Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
    24 Januari 2021, 7:50 pm

SHAH ALAM – Sebuah kilang kitar semula plastik terpakai tanpa lesen digempur selepas membuang efluen tanpa rawatan ke dalam longkang awam di Sungai Buloh dekat sini, kelmarin.

Operasi pukul 3 petang itu telah menemui 50 beg jumbo berisi sisa plastik terpakai, mesin-mesin penghancur dan cucian dalam kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, serbuan itu hasil aduan dan maklumat orang awam berhubung lambakan buangan plastik terpakai di premis tersebut.

“Ketika serbuan terdapat beberapa pekerja sedang menyelenggara kelengkapan dan peralatan dengan kilang itu didapati beroperasi tanpa lesen.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati operasi kilang itu tidak diselenggara mengikut peraturan selain tidak teratur sehingga menyebabkan sisa air buangan dibiarkan mengalir ke longkang awam tanpa sebarang rawatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Justeru, beliau menegaskan pihaknya menahan operasi kelengkapan kilang berkenaan bagi menghentikan pencemaran itu serta merta.

“Notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dikeluarkan bagi memastikan tindakan pembaikan diambil segera oleh pihak kilang.

“Kita memberikan amaran tegas kepada pihak industri agar tidak sewenang-wenangnya melepaskan sisa pencemaran,” jelasnya. -K!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2021 09:16 PM | Show all posts
kalau MB - ada org dengki dgn kemajuan negeri
kalau exco Cina - ada pihak sabotaj

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kilang2 haram ni, selagi ada org atas yg protect, tukar kerajaan mana pun, masalah gini tetap akan berterusan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
'bukan kilang haram....cuma...tidak dibenarkan beroperasi jer'-YB.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang2 je yg diketatkan tapi penguatkuasaan tak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jadi kat kedah. Dan2 menyalak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.260667 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list