CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4098|Reply: 54

[Tempatan] Hanya ibu mempunyai handphone, lapan beradik terpaksa tunggu ibu balik kerja bar

  [Copy link]
Post time 25-1-2021 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Lapan beradik tunggu ibu balik kerja baru boleh ikuti PdPR

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ru-boleh-ikuti-pdpr

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 3:11 PM

Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my


Mazilah Ali (kanan) mengadakan kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada anak-anaknya waktu balik makan tengahari di kediaman mereka di Taman Sri Kluang di Kluang.  FOTO ADNAN IBRAHIM

Kluang: Lapan beradik di Taman Sri Kluang di sini, terpaksa menunggu ibu mereka balik makan tengah hari atau habis waktu bekerja sebelum dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ini kerana hanya ibu mereka Mazilah Ali, 45, yang memiliki telefon pintar yang boleh digunakan untuk mengikuti kelas maya itu.

Menurut Mazilah, lapan daripada sembilan anaknya yang berusia enam hingga 17 tahun terpaksa menempuhi kesukaran mengikuti PdPR kerana kekangan kewangan bagi mendapatkan peranti baharu.

Katanya, suaminya, Hairi Umar,42, hanya menggunakan telefon bimbit biasa dan dia tidak bekerja lantaran masalah kesihatan sejak setahun lalu.

"Saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di taman perumahan ini manakala suami sebelum bekerja sebagai pengawal keselamatan tetapi terpaksa berhenti kerja sejak setahun lalu akibat penyakit gout.

"Pendapatan saya sekitar RM1,300 sebulan banyak digunakan untuk keperluan keluarga seperti sewa rumah RM350 sebulan, bil elektrik dan air serta keperluan dapur menyebabkan saya tidak mampu membelikan peranti atau gajet bagi anak-anak mengikuti PdPR," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurut Mazilah, ketika balik makan tengah hari, dia akan mendahulukan tiga anaknya yang bersekolah menengah untuk mengikuti PdPR dan jika berkesempatan akan disambung dengan anak yang belajar di Tahun 4 dan 6.

"Manakala anak-anak yang belajar di Tahun 1, 3 dan Tabika disambung semula selepas saya tamat waktu bekerja di sebelah petang.

"Keadaan ini menyebabkan anak-anak saya terlewat mengikut PdPR dan ia secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai murid terakhir menghantar semula tugasan yang diberikan," katanya.

Mazilah berkata, satu-satunya telefon pintar yang ada juga diperlukan olehnya di tempat kerja menyebabkan dia tidak boleh meninggalkannya di rumah.

"Tiada pilihan, saya terpaksa melakukan seperti ini supaya anak-anak dapat mengikuti PdPR. Mujur tempat kerja saya dekat dengan perumahan ini," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit gaut ni kalau nk baik kna la pantang makan...kalau mkn ikut anak tekak mmg mcm2 la penyakit..kesian bini pulak duk keje tanggung family..harap suami ni usaha keras la supaya dpt bekerja semula..anak2 ramai tak patut biar isteri yg tanggung perbelanjaan family
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ayah aku sakit gout rilek je bawak teksi & grab, time sakit dia stop, dh ok sambung balik bawak grab smpai la dia meninggal. org kata nak seribu daya, xnk seribu dalih. banyak je org bole keje dari rumah, jadi dropship atau delivery..kesian kat anak2 bapaknya xnk usaha lebih
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:20 PM | Show all posts
Kalau dah ramai gitu, pasti data internet pun perlu lebih, bayangkan guru yang buat google meet atau live untuk anak anak puan ni pasti anak anak dia (atau golongan seperti mereka) tak dapat ikuti kelas online. Lalu guru salahkan pelajar sebab tak join kelas online. Sesetengah ibu bapa salahkan guru sebab tau pass homework je, live tak ada, google meet tak ada, tanpa mereka sedari jika buat kelas live, pasti ada pelajar yang ketinggalan dalam kes terpencil begini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:27 PM | Show all posts
kuat betul bapak budak2 ni main....sampai 8 anak dia deliver.....pendapatan tak seberapa tp main henjut je lebih....dah jadi mcm ni dah tagih simpati.....aku tak salahkan anak2 dia....tp salahkan mak bapak dia yg kuat main
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder replied at 25-1-2021 07:27 PM
kuat betul bapak budak2 ni main....sampai 8 anak dia deliver.....pendapatan tak seberapa tp main hen ...


Baca betul2, ada 9 orang anaknya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 07:50 PM | Show all posts
takpe la kak oiii, hadap je lah... anak itu kan rejeki... padahal kat klinik kkm tu  kondom gomen bagi  preee jah...


jaman now tak sama jaman dedulu kala kak oiii... skang anak ni kena kira cost per head.. aaggichewww
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:51 PM | Show all posts
ladyvoir36 replied at 25-1-2021 06:51 PM
Arwah ayah aku sakit gout rilek je bawak teksi & grab, time sakit dia stop, dh ok sambung balik bawa ...

ngeseks laju je pulak...

masuk bab cari rejeki.. tolak ke bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 07:57 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 25-1-2021 07:43 PM
Baca betul2, ada 9 orang anaknya..

perhhh lagi power 9 anak.....confem pantang jumpa mesti henjut
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak tu tukar la phone, biar pak pakai phone pintar and pantau anak2 kat rumah.. Mak kat opis pakai phone biasa2 sudah.. Tade la buang masa budak2 tu nak kena menunggu mak balik keja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:03 PM | Show all posts
yg mampu anak ada satu dua
yg tak mampu anak berderet
ilmu mana mereka gunakan?

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:09 PM | Show all posts
adui kesian betul,
mmg susah la gini  kalau ramai,
pastu pdpr pakai hp nampak ke cikgu nk tunjuk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:14 PM | Show all posts
rm1.3k sara 10 kepala?

anak2 org yg tak berkemampuan cam ni , mampu ka deyols kejar rakan2 lain. Nak plak klo penjaga pun tak educated. Bukan senang nk studi sendirik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:17 PM | Show all posts
dah tahu miskin lagi mau beranak ramai2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:31 PM | Show all posts
gout kalau boleh control makan dan makan ubat kalau sakit boleh je keje actually....ia bukan penghalang mcm penyakit buah pinggang atau strok bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 25-1-2021 08:53 PM

Begitulah seorang ibu yang komited. Sendiri tak sihat pun terpaksa disenyapkan demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Dah bersalin 9 kali, pastinya kesihatan beliau sendiri bukan di tahap optimum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 08:57 PM | Show all posts
Patut diberi pujian terhadap ibu tersebut, walaupun sibuk mencari rezeki pada siang hari, pada waktu malam tidak lupa untuk pdpr anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 25-1-2021 04:05 PM
Penyakit gaut ni kalau nk baik kna la pantang makan...kalau mkn ikut anak tekak mmg mcm2 la penyakit ...

Tu la, gout ni boleh je ubat cepat pakai cucuk apa tah. Tapi makan tu kena la jaga. ikan2 memang tak boleh tapi malaysia ni itu jer ada khennn kaka memang sebati dengan sini dah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder replied at 25-1-2021 07:27 PM
kuat betul bapak budak2 ni main....sampai 8 anak dia deliver.....pendapatan tak seberapa tp main hen ...

Tu la, sampai 9, membiak macam arnab.
Bila komen gini mesti ada meleis2 tak puas hati kata itu rezeki lah itu ini lah. Jangan pertikaikan. Mentaliti macamni lah membuatkan orang susah dan terus susah sampai jadi papa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder replied at 25-1-2021 07:27 PM
kuat betul bapak budak2 ni main....sampai 8 anak dia deliver.....pendapatan tak seberapa tp main hen ...

Tu la, sampai 9, membiak macam arnab.
Bila komen gini mesti ada meleis2 tak puas hati kata itu rezeki lah itu ini lah. Jangan pertikaikan. Mentaliti macamni lah membuatkan orang susah dan terus susah sampai jadi papa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.464458 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list