CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3844|Reply: 26

[Tempatan] Terima kasih cikgu, ini idea bijak!

[Copy link]
Post time 26-1-2021 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Terima kasih cikgu, ini idea bijak!

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikgu-ini-idea-bijak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 3:17 PM

Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my


Rozilah Jaafar akui kaedah digunakan SK Labu mudahkannya untuk bantu anaknya tahun lima membuat PdPR di rumah.  FOTO Mohd Amin Jalil

Seremban: "Penggunaan bahan bercetak 'kotak ilmu' lebih jelas dan memudahkan anak saya melakukan kerja PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) di rumah," ujar Haznani Mansor, 41, dari Kampung Batu 10 Labu di sini.

Menurutnya, pembelajaran dalam talian disifatkan mencabar berikutan dia perlu menyediakan peranti atau komputer selain kesukaran mendapatkan talian internet yang baik dan konsisten.

Haznani berkata, kaedah yang dipraktikkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Labu di sini, menyediakan sistem 'kotak ilmu' bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga murid mendapatkan lembaran bahan PdPR amat memudahkan.

Surirumah itu berkata, pihaknya tidak perlu lagi mengeluarkan kos untuk membuat salinan bahan berkenaan kerana pihak sekolah sudah menyediakan sepenuhnya.

"Kaedah ini memudahkan saya membantu anak membuat kerja sekolah di rumah dan menjimatkan kos kami," katanya ketika ditemui di SK Labu di sini, tadi.

Seorang lagi ibu pelajar, Rozilah Jaafar, 44, turut akui pendekatan digunakan SK Labu memudahkan ibu bapa mendapatkan bahan PdPR dengan lengkap.

Kakitangan swasta itu berkata, dia boleh terus membantu anaknya di tahun lima menyiapkan tugasan di rumah tanpa gangguan atau masalah internet.

"Tambahan pula talian internet di kawasan ini kurang baik dan sering terganggu. Keadaan itu memberikan kesukaran bagi saya membantu anak menyiapkan kerja sekolah," katanya.

Sementara itu Guru Besar SK Labu, Mohd Fadli Abdul Majid, berkata, pihaknya menyediakan kotak khas bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga mendapatkan bahan PdPR.

Beliau berkata, terdapat 13 kotak yang mengandungi bahan PdPR mengikut kelas murid bermula daripada peringkat pra-sekolah hingga tahun enam disediakan di bangunan khas di kawasan padang sekolah.

"Ibu bapa atau penjaga diminta mengambil lembaran itu bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8 malam dengan pemantauan guru sekolah.

"Kaedah ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid menerimanya dan tiada kalangan mereka yang tercicir. Setiap bahan PdPR itu nama setiap murid.

"Majoriti murid di sekolah ini terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan golongan B40 termasuk Orang Asli yang sukar untuk belajar secara dalam talian," katanya.

Menurutnya, setiap murid diberikan masa tertentu menyiapkan tugasan berkenaan di rumah sebelum dikehendaki mengembalikannya semula.

"Kaedah ini sudah dipraktikkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu dan ianya dilihat berkesan dalam melancarkan lagi pelaksanaan PdPR," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 03:32 PM | Show all posts
baguih skolah ni.. mengenali anak2 murid

"Majoriti murid di sekolah ini terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan golongan B40 termasuk Orang Asli yang sukar untuk belajar secara dalam talian," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kpd pihak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:36 PM | Show all posts
Terbaik inisiatif tersebut

tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:45 PM | Show all posts
sek anak aku dah buat thn lps..tp masih ade je parents yg tak amik bahan pdpr ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:50 PM | Show all posts
Usaha yang bagus moga jadi contoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 03:55 PM | Show all posts
kerjasama parents sgt dituntut dalam memastikan anak2 tidak ketinggalan dalam pelajaran apatah lagi zaman PDPR ni....guru / sekolah dah memainkan peranan memudahkan pembelajaran...so parents kene la bantu amik dkt sekolah...win-win situation
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun buat macam ni, siap beli raga khas untuk budak letak buku bila ambil lembaran kerja baru. Tapi,,, ada juga yang tak ambil lembaran kerja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 04:04 PM | Show all posts
Tahniah cg. Aku pun suka kalau gini. Nak bayar yuran PIBG pun tak rasa ralat sbb nampak effort guru dan pihak pentadbir sekolah. Kalau guna kaedah gini pun  parents masih komplen, sila terjun  laut dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus buat gini. Harap2 parents n murid2 appreciate this effort.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah mmg buat mcm ni dr thn lepas. lembaran kerja masuk dlm fail anak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 04:53 PM | Show all posts
Harapnya parents n anak murid berikan kerjasama
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
fahdramli replied at 26-1-2021 03:57 PM
I pun buat macam ni, siap beli raga khas untuk budak letak buku bila ambil lembaran kerja baru. Tapi ...

Buku & lembaran kerja mreput kt pondok jaga.. parents x mai amik.. pdpr last yr...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:04 PM | Show all posts
Salah satu PDPR yang terbaik, x semua rumah ada printer, satu usaha yang mulia
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
AyaqMeloSuam replied at 26-1-2021 05:24 PM
Buku & lembaran kerja mreput kt pondok jaga.. parents x mai amik.. pdpr last yr...

Iyaaaa , i feel you, sakitnya di situ.... Tak cakap lebih2 nanti kena nganjing kat forum ni kata cikgu makan gaji buta lagi,,,
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Thn lps dah buat dah. Awat baru la ni dok impress. Masalahnya aku tgk blambak tak berambik. Parent dah d bg kemudahan pun malas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 06:14 PM | Show all posts
fahdramli replied at 26-1-2021 06:07 PM
Iyaaaa , i feel you, sakitnya di situ.... Tak cakap lebih2 nanti kena nganjing kat forum ni kata c ...

Iya..sekolah anak pun buat mcm ni tahun lepas.

Cikgu dah buat sebaik mungkin tapi ujung2 bila dia bg list nama yang belum ambik, mmg ramai yang tak ambik pun.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik sekolah dan guru...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 26-1-2021 06:08 PM
Thn lps dah buat dah. Awat baru la ni dok impress. Masalahnya aku tgk blambak tak berambik. Parent d ...

Last2 cikgu jugak yang kena cop makan gaji buta.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaedah ni lebih ekonomikal dan mudah, sementelahan pula kalo sekolah rendah, mostly tinggal nearby.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065508 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list