CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2281|Reply: 1

Buat Semperit Sambil Berbicara Dengan Suami Koma

[Copy link]
Post time 1-2-2021 06:26 PM | Show all posts |Read mode

Jusrina menunjukan kuih semperit yang dibuatnya untuk dijual mengikut tempahan pelanggan disamping menjaga suaminya yang belum sedar akibat kemalangan motosikal tiga bulan lalu ketika ditemui di rumahnya di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria


Harian Metro

Mohd Khidir Zakaria
[email protected]

Port Dickson: Sejak suaminya koma akibat kemalangan jalan raya tiga bulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga turut berubah terutama dalam usaha mencari rezeki seharian.

Kalau dahulu, tugas mencari rezeki dikongsi bersama suami, Baharudin Zainal, 50, kini Jusrina Jusoh, 38, perlu menguruskannya sendiri dengan dibantu anak.

Jusrina berkata, sebelum ini mereka menjual nasi lemak ayam berempah di depan rumah sebelum suaminya terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal pada November tahun lalu.

"Sejak itu semuanya berubah apabila hilang tempat bergantung harap, anak masih sekolah, semuanya perlukan duit. Dua bulan saya masih mengatur kembali kehidupan kerana suami turut perlu diberi tumpuan.

"Nasib baik empat anak rajin membantu dan meringankan beban selain memberi sokongan dan penguat semangat kepada saya.

"Mujur ada ketuhar untuk membakar kuih hadiah daripada bapa mentua dua tahun lalu, dapatlah saya membuat kuih semperit untuk dijual sambil menjaga suami," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Vista Jaya, Lukut, semalam.

Menurutnya, setiap hari dia menguruskan suami terlebih dahulu seperti memandikan dan memberinya susu sebelum melakukan tugasan lain.

Katanya, dia selesa membuat kuih semperit tidak jauh dari suami kerana boleh bersembang dengannya, walaupun suaminya tidak mendengar atau memberikan reaksi.

"Walaupun mungkin dia tidak mendengar, saya mahu dia tahu saya tetap setia menjaganya tanpa rasa penat.

"Keyakinan saya tinggi bahawa suami akan pulih seperti sedia kala dan tidak putus berdoa setiap kali selepas solat kerana ini adalah sedikit ujian Allah kepada kami sekeluarga.

"Empat anak kami berusia daripada 11 hingga 20 tahun, tiga masih sekolah dan yang sulung sedang mencari kerja termasuk melakukan pelbagai kerja kampung untuk belanja tambahan," katanya.

Jusrina atau lebih dikenali sebagai Eena dalam kalangan pelanggannya mengusahakan produk semperit susu, semperit coklat, semperit redvelvet serta semperit klasik dengan menggunakan label 'EenaDina D'house Licious'.

Menurutnya, biarpun masih bertatih dalam bidang perniagaan secara kormersial, dia perlu bersungguh kerana inilah punca pendapatannya sekarang dalam usaha membantu suami dan anak.

"Bagi saya, kualiti, kebersihan serta kesedapan kuih semperit perlu diberi keutamaan dan kebanyakan pelanggan akan berulang membeli sambil iklan dari mulut ke mulut sudah cukup membuatkan saya sibuk.

"Saya mampu membuat 20 bekas semperit dalam sehari yang dijual RM15 sebekas," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 01:33 PM | Show all posts
ksiannya..smoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.241008 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list