CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3777|Reply: 6

‘Standby Checklist’ Dari Pakar Untuk Ibu Bakal Bersalin Musim PKP

[Copy link]
Post time 5-2-2021 10:14 AM | Show all posts |Read mode
‘Standby Checklist’ Dari Pakar Untuk Ibu Bakal Bersalin Musim PKP

Nampaknya gelombang wabak Covid-19 di dalam negara masih belum menunjukkan penurunan. Hal ini memaksa ramai dalam kalangan kita yang bakal berkahwin terpaksa dibatalkan kerana mengikit SOP yang telah ditetapkan. Namun, bagaimana pula dengan ibu hamil yang bakal melahirkan kelak? Apakah prosedur dalam norma baharu yang perlu diikuti?

Bagi menjawab persoalan ini, seorang doktor berkongsikan beberapa checklist yang anda boleh gunakan dalam mengharungi proses bersalin yang mencabar sepanjang PKP. Pastikan ikut checklist ini supaya tidak kalut di kemudian hari ya!

“DOKTOR,SAYA MENGANDUNG. MACAM MANA SAYA NAK BERSALIN MUSIM PKP NI?”



Ok, hari ini saya akan cuba jawab persoalan untuk ibu hamil di musim PKP dan terangkan apa persiapan yang ibu mengandung perlu buat terutamanya dari segi mental.

BOLEH KE PERGI CHECK UP MACAM BIASA?

Klinik untuk ibu mengandung dibuka seperti biasa.Memandangkan ibu hamil tergolong dari individu yang berisiko dijangkiti COVID-19,beberapa langkah penjagaan perlu dititikberatkan ketika keluar rumah untuk ke klinik.

✅ Basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer selepas menyentuh tombol,kerusi,lift.

✅ Elakkan menyentuh muka,hidung dan mulut.

✅ Pakai topeng muka

✅ Jarak jarak 1 meter dengan orang lain.

✅ Dapatkan rawatan awal jika demam,batuk dan sesak nafas.

BARANG APA PERLU DIBAWA KE HOSPITAL?



Barang boleh dibeli secara online. Beli awal dan packing siap-siap dalam bag,baru tak kalut. Kalau tak nanti pening pula suami nak packing kalau dah tiba-tiba sakit perut dan perlu ke hospital.Sediakan apa yang patut,tak perlu membazir. Senarai barang boleh rujuk gambar.

SUAMI BOLEH HANTAR KE WAD?




Suami hanya boleh hantar di bawah saja bersama dengan barang. Ibu hamil musim PKP perlu mempersiapkan mentaliti yang kuat. Suami tak dibenarkan masuk ke wad.Mengiringi masuk wad pun tak dibenarkan. Hospital telah tetap polisi ini untuk mengurangkan kehadiran pelawat dan hanya untuk pesakit.

SUAMI BOLEH MASUK DEWAN BERSALIN?



Suami tak dibenarkan masuk untuk teman isteri ketika bersalin. Telefon atau whatsapp suami sebelum ditolak ke Dewan Bersalin,minta maaf dan minta doa agar dimudahkan. Makan kurma supaya ada tenaga. Ibu jangan panik,kena kuat. Jangan jerit dan jangan menangis,ikut arahan nurse/doktor untuk kawal pernafasan ketika push terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama yang tak mahir lagi curi nafas. Banyakkan berzikir. Anak akan diazankan/iqamat oleh staff kesihatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 10:15 AM | Show all posts
LEPAS BERSALIN, SUAMI BOLEH TEMAN DI WAD?



Tiada sesiapa dibenarkan untuk meneman diwad siang dan malam. Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Jika perlu apa-apa pertolongan,boleh minta tolong nurse. Nurse akan ajar teknik menyusu dengan betul di wad nanti. Jika berlaku banyak pendarahan selepas bersalin,beritahu nurse awal-awal.

BOLEH TAK MAK/ADIK DATANG MELAWAT?



Pelawat tak dibenarkan masuk.Kalau nak kirim barang/makanan dari rumah,hanya kirimkan pada guard dibawah. Nanti nak discharge pun,guard tolong bawa turun semua barang ke bawah.Suami/keluarga hanya tunggu dibawah.

ADAKAH JANGKITAN COVID BOLEH BERJANGKIT KEPADA KANDUNGAN?



Setakat ini dah ada kes ibu hamil positif. Walaupun ibu positif,belum ada kajian yang menunjukkan virus ini boleh berjangkit kepada anak dalam kandungan atau melalui susu ibu.Jangkitan boleh berlaku selepas anak dilahirkan sekiranya ibu batuk dan bersin pada anak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 10:16 AM | Show all posts
BAGAIMANA IBU YANG ADA GEJALA JANGKITAN?

Ibu akan ambil ujian COVID-19. Ibu dan anak akan diasingkan selama 14 hari ataupun hingga keputusan ujian COVID-19 negatif. Penyusuan susu ibu sepanjang tempoh ini juga tidak disarankan.




BAGAIMANA JIKA IBU MAHU MENYUSU?
Sekiranya ibu masih mahu menyusukan bayi, ibu perlu menggunakan topeng muka (face mask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik betul sebelum dan selepas memegang bayi. Untuk ibu yang mengalami gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk, adalah dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu perahan ibu boleh diberikan kepada bayi oleh Nurse.

*Jika masih ada kekeliruan, saya cuba jawab semampu mungkin. Minta tolong kongsikan info ini pada ibu mengandung sebab info ini sangat berguna untuk ibu mengandung di musim PKP ini.

Sumber: Ahmad Samhan


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Stokin tu invest lah sikit pakai compression stocking. Yang compression point class A pun dah cukup. Murah je. Janji medical grade. Ada je yang tebal sikit. Lagi elok untuk halang pulmonary embolism.

Nak yang dari Italy, boleh tengok ralsshoppe.com
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 02:14 PM | Show all posts
funz_universe replied at 5-2-2021 11:11 AM
Stokin tu invest lah sikit pakai compression stocking. Yang compression point class A pun dah cukup. ...

yang stokin tu free size ke sis?i macam nk beli je sbab da ada stokin gebu tapi stokin cmni takde

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 10-2-2021 02:14 PM
yang stokin tu free size ke sis?i macam nk beli je sbab da ada stokin gebu tapi stokin cmni takde  ...

Ada saiz2 dia.
Selalu tengok saiz kasut semasa & ukur lilit betis betul2 bawah lutut.

Boleh tengok www.ralsshoppe.com utk brand Solidea dari Itali. Banyak tempat ada jual tapi kena tengok kualiti & yang penting ikut safety standard.

Compression stocking kena beritahu compression point stokin tu. Kalau tak ada mention, jangan beli. The best utk berpantang ialah Class A & Class 1 Light.

Harap membantu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2021 05:15 PM | Show all posts
funz_universe replied at 10-2-2021 04:33 PM
Ada saiz2 dia.
Selalu tengok saiz kasut semasa & ukur lilit betis betul2 bawah lutut.

beza x ngan compression stokin jenama ebene tu?yg bio ray tu?chuollss penah try x?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.078011 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list