Adibah Noor menangkis dakwaan segelintir pihak yang melihat golongan artis tidak mengalami sebarang kesukaran dalam hidup.
Realitinya, sebilangan besar artis terutama ketika berdepan pandemik Covid-19 bertungkus-lumus meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai perbelanjaan harian dengan menjalankan perniagaan.
Kredit fotoG
Maka, pendapat bahawa penggiat seni meraih pendapatan besar dan bergelar jutawan perlu diperbetulkan.
"Dalam musim pandemik ini, kita lihat ramai artis yang mula meniaga. Ada meniaga pakaian, makanan dan lain-lain.
"Tetapi kami buat bukan sebab nak cari kekayaan tetapi kerana itu salah satu cara untuk mendapatkan wang sementara nak dapat peluang kerja lain," katanya ketika ditemu bual dalam program Buletin AWANI pada Khamis.
Malah, Adibah menegaskan apa yang diperjuangkan anak seni buat masa ini adalah peluang sama diberikan kepada sekotr lain iaitu diberi kelonggaran untuk beroperasi.
Walaupun sudah dapat lampu hijau, tetapi masih ada kekeliruan terutama sekali berkaitan SOP (prosedur operasi standard).
"SOP yang dikeluarkan ketika ini ialah penggambaran dalam studio dan ini sukar dilaksanakan bagi penggiat seni tempatan. Kami bersuara bukan sahaja untuk golongan artis tetapi juga bagi mereka yang berada di belakang tabir seperti jurumekap, jurukamera dan ramai lagi.
"Saya tidak rasa ada yang perlu dibimbangi kerana sebelum ini pun, semua penggambaran berjalan dengan SOP ketat. Semua produksi sangar menitikberatkan SOP kerana industri seni kreatif merupakan industri yang diletakkan di bawah spotlight," ujarnya
Justeru, Adibah menyeru kerajaan membenarkan anak seni beroperasi seperti biasa dengan operasi ketat selain menggesa badan yang ditugaskan untuk menjaga hak kebajikan penggiat seni menjalankan tugas mereka. - CARI
Post time 12-2-2021 03:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kak Dib p la buat home tutoring untuk English subject. Ramai jer parents yg orka boleh bayor rm200 per hour. Kakak kawan meols lps blk dr overseas lps duduk sana lebih 10 thn, focus buat home tutoring ja. Byk jugak masyuk tu.
Post time 12-2-2021 07:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ntah la artis ni mcm susah nk caya. betul ke susah sgt. klu artis veteran tu mungkin la susah job tk byk. artis sendu sekali sekala keluar tv pun bole beli rumah golf club 2juta siap full kapet, sorang lagi nyanyi sendu bole beli parents kete merc.camno tu?
sheols dulu benti jadi cikgu umur berapa?
epf sheols mesti banyak jugak khenn..
kalau desperate sgt keluar dulu la i-sinar..
apa agaknye komitmen sheols yach... takkan dulu buat album mohon loan peribadi
Post time 12-2-2021 11:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pe kata kak dib rempan ni JV ngan setad abit lies bantu si cikki sskjp yg hadap sgt nk bantuan abit g oversea utk pass exam IELTS..kurang2 ada job ngajar cikki tu english education n dpat jdi femes..{:smile
Post time 12-2-2021 11:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sleepandream: sheols dulu benti jadi cikgu umur berapa?epf sheols mesti banyak jugak khenn..kalau desperate sgt keluar dulu la i-sinar..apa agaknye komitmen sheols ...
Post time 13-2-2021 12:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dalam ramai2 artis yang berniaga. Azza Elite di antara artis yang jual murah / harga sepatutnya. Yang lain hampeh, jual mahal gila.
Btw, Adibah Noor sangat sia2kan bakat dia. Dia boleh ajar English di Youtube atau buat kelas English untuk orang2 yang bekerja/ pelajar. Dan kalau Adibah Noor belajar vokal, boleh jadi cikgu vokal macam Ernie, Syafinaz. Lagipon, Adibah Noor di antara penyanyi yang ada sebutan jelas dan vokal yang bagus. Lepastu, boleh buka fb page, ig atau youtube untuk kucing2 dia. Ramai kot rakyat Malaysia suka tengok keletah kucing macam Bujibu dengan Mint Gemuk (FB page).
time susah camni ler kata bukan nak kaya segala...
abis tu sebelum2 ini, yg korang duk upload pergi bercuti oversea memanjang..
pergi event, bawa beg mewah segala..
tunjuk rumah mewahh, kereta mewaahh tu apa?????
baru PKP kejap, da melolong, merintih segala bagai...
sebelum2 ini pernah beringat ker????
ko ingat artis aja susahh??
abis tu rakyat biasa, acik2 kat pprt tu... acik2 kat kampung tu tak susah ker????