CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2268|Reply: 4

Baby Shima Buat Konsert Dalam Bigo Live

[Copy link]
Post time 17-2-2021 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Seiring norma baru, penyanyi Baby Shima bakal mengadakan mini konsert penstriman secara langsung menerusi aplikasi Bigo Live pada 18 Februari jam 9.30 malam.




Kredit foto: IG Baby Shima




Baby Shima atau pemilik nama penuh, Nor Ashima Ramli bukan sahaja akan membuat persembahan, malah turut beramah-mesra secara ekslusif dengan sepanjang siaran langsung berkenaan.

“Bigo Live menjadi platform untuk saya berinteraksi bersama audiens dengan cara yang menyeronokkan dan tidak terbatas oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan.

“Saya dapat berhubung dan berkongsi minat bersama peminat di Malaysia menerusi medium digital, Bigo Live buat pertama kalinya. Malah, para peminat juga bakal berhibur dengan lagu permintaan mereka.

“Teruja rasanya dan saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bintang Idola Berita Harian 2010 itu.


Selain itu, tiga pemenang bertuah akan turut dipilih dan berpeluang untuk mendapat panggilan video peribadi bersama Baby Shima dalam sesi strim langsung bertemu peminat pada 22 Februari depan jam 9.30 malam.


Poster yang dimuat naik Baby Shima dalam Instagram berkenaan konsert mininya esok malam.




  



Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun lalu, ternyata memberi impak kepada industri hiburan terutama mereka yang bergerak secara aktif dalam bidang nyanyian.


Bukan saja terkesan dari aspek pendapatan, ada antara penggiat seni yang hilang punca rezeki berikutan larangan persembahan secara langsung dan terbuka bagi mematuhi prosedur standard (SOP) mengekang wabak berkenaan.


Untuk mengambil bahagian dalam strim langsung ini, khalayak hanya perlu memuat turun aplikasi Bigo Live dan ikuti Baby Shima (ID pengguna @babyshimaofficial).


Untuk informasi lanjut, ikuti Bigo Live Malaysia melalui aplikasi Facebook.




Sumber: K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 11:18 PM | Show all posts
sonok tngk baby shima gelek2

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala. Takde benang Konsert Mega 3.0 Biduanita Kelly Azman ke? Siap artis jemputan Dayang Nurfaizah lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:33 AM | Show all posts
konsert pakai sound card ke.. harus mengemis sawer nanti ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 12:56 AM | Show all posts
dia ni janda ke isteri org???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:13 PM GMT+8 , Processed in 2.605835 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list