CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3348|Reply: 5

Bagaimana Rupa Bentuk Berhala Kaum Arab Jahiliyyah?

[Copy link]
Post time 18-2-2021 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Rupa Bentuk Berhala Kaum Arab Jahiliyyah?

Bentuk berhala-berhala kaum al-Anbat (Nabateans) adalah sangat menarik untuk dikaji, ia memberi gambaran asal buat kultus keagamaan masyarakat Arab jahiliyyah pada waktu Rasulullah SAW kerana kesemuanya yang pernah wujud di Jazirah Arabiah sudah dimusnahkan selepas peristiwa Fathu Makkah.




Tahukah anda bahawa bentuk terawal berhala-berhala Arab adalah asing daripada gaya antropomorfik Yunani dan Greek.

Pada zaman yang lebih lewat barulah dewa-dewa mereka diberi bentuk manusia seperti yang dijumpai di tapak-tapak ar-Raqim (Petra) dan at-Tadmur (Palmyra).

Prototaip berhala Nabatu adalah berbentuk ringkas simetri dan tergolong kepada beberapa jenis yang akan saya beritahu kemudian.

Berhala-berhala al-Anbat ini dikenalpasti sebagai asal kepada sesembahan Arab Makkah dan ia selari dengan catatan sirah nabawiyyah bahawa pemimpin Arab pertama yang memperkenalkan kultus purba ini di Makkah adalah Amru Ibn Lu’ayy, seorang pemimpin Jurhum yang membawa pulang sebuah berhala daripada kota Busra setelah nazarnya kepada berhala itu agar disembuhkan daripada penyakit tertunai.

Dewa-dewa yang terkenal membentuk 360 ‘pantheon’ di sekeliling Ka’abah asy-Syarifah adalah al-Uzza, al-Laat, al-Manaat dan Hubal.





Berhala Al-Laat.

Asaf dan Nailah adalah sembahan asli Makkah yang kononnya adalah manusia yang bertukar menjadi batu akibat berzina di sekitar al-Haram.

Berhala-berhala ini adakalanya didirikan ibarat batu-batu Tiki Pulau Rapa Nui, kebanyakannya diletakkan pada mihrab-mihrab yang dipanggil “Massebah” atau takhta “Mawtab” dan wujud juga dalam bentuk individual portable digelar”Nisbah”.

Ingat lagi tak kisah Sayyiduna Umar dan berhala kurmanya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miftahuljamilah at 21-2-2021 06:59 AM

kebanyakan dewa  sembahan penganut pagan dikatakan perulangan watak dan mempunyai persamaan..



bb forum
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 11:59 PM | Show all posts
teringat ada ustaz yg suka citer pasal semi ramis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2021 11:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 23-2-2021 11:37 AM
tq share2

Latta dan Uzza dah ada balik kat mekah lambang bulan dan bintang yg tinggi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.060800 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list