CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3531|Reply: 23

[Tempatan] Penduduk dakwa lihat lintas cahaya terang bewarna hijau di ruang udara

[Copy link]
Post time 22-2-2021 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk dakwa lihat lintas cahaya di ruang udara

https://www.utusan.com.my/berita ... aya-di-ruang-udara/

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR
22 Februari 2021, 3:52 pm


BENTUK lintasan cahaya hijau terang dipercayai meteor yang didakwa melintasi ruang rumah beberapa penduduk di Kedah malam semalam. - Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Beberapa penduduk di negeri ini mendakwa terlihat lintasan cahaya berwarna hijau terang dipercayai meteor melintasi ruang udara rumah mereka, malam tadi.

Penduduk dari Kampung Berapit, Tikam Batu, Muhammad Ridzuan Osman, 33, berkata, dia ternampak cahaya terang berwarna hijau itu melintasi di ruang udara ketika sedang berbual bersama enam penduduk lain di sebuah gerai makan berdekatan rumahnya pada pukul 9.30 malam.

Menurutnya, dia merupakan orang pertama yang melihat lintasan cahaya terbabit sebelum memaklumkan kepada rakan-rakan lain.

“Ketika sedang rancak berbual, kami tiba-tiba terdiam selepas masing-masing ternampak cahaya hijau terbabit.

“Cahaya hijau berkenaan bergerak sangat pantas sehingga tiada dalam kalangan kami yang sempat merakam kejadian terbabit,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, cerita mengenai kejadian itu telah dikongsikan dalam laman Facebook miliknya malam semalam dan terdapat beberapa individu lain turut mendakwa melihat kejadian sama di tempat masing-masing.

Penduduk lain dari Kampung Sungai Korok Balai Polis Jitra, Azlina Ali, 51, berkata, dia turut ternampak lintasan cahaya terbabit.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang duduk berehat di depan rumahnya sebelum ternampak lintasan cahaya hijau terbabit.

“Pada mulanya saya hanya berdiam diri kerana ingat ianya cahaya mercun namun selepas terlihat status di Facebook milik Muhammad Ridzuan itu baru saya tahu ianya bukan cahaya mercun,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di ruangan komen status Facebook milik Muhammad Ridzuan itu juga mendapati terdapat beberapa lagi individu lain yang berada di lokasi berlainan mendakwa melihat kejadian sama.

Antara lokasi yang dimaklumkan dalam ruangan komen terbabit adalah Sungai Lalang dan Titi Semeling serta Kelang Lama di Kulim.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, pihaknya belum menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit.

“Kita belum terima sebarang maklumat berkaitan hal ini, kebarangkalian cahaya yang dilihat penduduk terbabit adalah meteor, namun perkara ini perlu disahkan terlebih dahulu oleh pihak yang lebih arif,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 04:24 PM | Show all posts
cahaya aurora graviti cariforum kut. duk meratib merata rata
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 04:39 PM | Show all posts
kalau ramai lain kawasan nampak, boleh diterima bukan hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:07 PM | Show all posts
xde yg vrakam so tak hype...xkan xde cctv sg petani
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulihat hijauuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alieeennn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
YgBenar replied at 22-2-2021 07:23 PM
Alieeennn

Alien dah mendarat.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut kisah Nabi Adam.

Manusia ni semua Alien...termasuk Iblis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 07:36 PM | Show all posts
Aku harap ni betul2 alien datang... bolehlah manusia berperang dgn alien pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
superman Kryptonite stone?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Segalanya atas kuasa dan kehendak Allah

tiada yang mustahil

sebut je Subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alien vs predator...

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:10 AM | Show all posts
aku pernah nampak,
cahaya hijau melintas langit, zasss hilang dalam awan.
bukan arah ke bawah, tapi melintangi langit atas kepala.

kebetulan time tu pulak tengah hot movie green lantern
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Alien mendarat lapar durian
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh dah xde citer ketuk2 pintu dah keluar citer alien pulak ek....ok kita go with the flow...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:44 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 22-2-2021 05:07 PM
xde yg vrakam so tak hype...xkan xde cctv sg petani

cctv hala ke arah tanah saja.  ke semua orang ada cctv yang hala ke skyline sana?   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 22-2-2021 07:31 PM
Kalau ikut kisah Nabi Adam.

Manusia ni semua Alien...termasuk Iblis

betul.. manusia ni memang alien

tp alien yg sebenar memang wujud.. diorang lama dah hidup di kalangan kita.. menyamar jd manusia

kebanakan dtg sini utk tgok kita aja... dan tak kacau kita kecuali satu spesis yg dipanggil reptilia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:01 PM | Show all posts
sekngucing replied at 23-2-2021 01:26 PM
betul.. manusia ni memang alien

tp alien yg sebenar memang wujud.. diorang lama dah hidup di k ...

sya salah seorang alien sbb tu tak takut cupid ziru
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-2-2021 07:01 PM
sya salah seorang alien sbb tu tak takut cupid ziru

Apa benda tu cupid ziru
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 23-2-2021 01:26 PM
betul.. manusia ni memang alien

tp alien yg sebenar memang wujud.. diorang lama dah hidup di k ...

Cuma insan terpilih je yang boleh nampak alien & manusia....macam cerita resident alien tu....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.086034 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list