ALOR SETAR: Seorang pemilik warung makanan di Jalan Lencongan Timur, di sini cedera parah pada perut akibat ditikam seorang lelaki yang cuba mencuri beberapa tin sardin dan telur masin di premisnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6 pagi ketika mangsa berusia 59 tahun tiba di warungnya untuk memulakan perniagaan.
Beliau berkata, ketika itu mangsa mendapati sebuah motosikal di parkir di tepi jalan utama berhadapan dengan warungnya.
"Mangsa kemudian masuk ke dalam warung dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali berada dalam warungnya sedang memegang beberapa tin sardin dan telur masin.
"Mangsa bertindak menegur suspek menyebabkan lelaki itu berlari ke arah motosikalnya dengan membawa barang-barang yang dicuri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adzli berkata, mangsa kemudian mengejar suspek sehingga ke motosikal dan sempat mengambil kunci motosikal sebelum berlaku pergelutan.
"Ketika pergelutan, suspek dipercayai melibas objek dipercayai pisau ke arah perut dan kaki mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.
"Mangsa sempat masuk semula ke bahagian dapur, mengambil kain untuk balut kecederaan di perut dan duduk di dalam keretanya sehingga ditemui oleh pekerjanya yang datang kira-kira jam 6.45 pagi.
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk menerima rawatan dan hasil pemeriksaan, doktor memaklumkan mangsa mengalami luka yang dalam di bahagian perut sebelah kiri dan di betis bahagian kiri," katanya.
Adzli berkata, mangsa yang dalam keadaan stabil kini ditempatkan di wad hospital berkenaan untuk rawatan selanjutnya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai sudah lima tahun menjalankan perniagaan gulai itik di warung miliknya itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 26-2-2021 12:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
primarikey replied at 25-2-2021 11:48 PM
Tokey warung pn...tak berbaloi kena tikam sbb sardin ngn telo masin..
Ko tak paham the konsep of owning a few tin sardin & telor masin bagi peniage kampong macam ni.. Orang yang ade2 ni mana paham. Aku tengok kat kampong mentua aku dorang berebut baju2 sumbangan jadilah.. Makcik yang baik2 pon boleh jadi kasar sebab nak grab sebanyak mungkin. Sunggoh aku takleh lupe peristiwe tu..
Post time 26-2-2021 12:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku harap mana penembak upahan tolong tembak mati si pendadih curi sardin n tlur masin tu..hidup pun mnyusahkan org srupa x payah hidup..tah nyawa peniaga tu pun 50/50 sbb luka dlm perut..
Post time 26-2-2021 08:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
takat sadin telur tu mintak ja la dari tokey tu. kalau tokey tak mau bagi tunjuk la parang tu tak payah la libas. kalau kena tangkap consider samun bersenjata pulak tu. eii kalau peniaga tu meninggal.. buduh punya penyamun.