Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia khasnya dan beberapa negara Asia amnya. Pelbagai kaum di Malaysia semuanya menikmati nasi sebagai sebuah hidangan yang wajib ada di atas meja makan.
Sesungguhnya kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah makan nasi menggunakan tangan atau sudu dan garfu.
Tetapi, ciapan pemilik akaun Twitter The Royal Butler yang mengaku menjadi ahli kelab etika Britain, namun dianggap sebagai tidak sensitif dengan budaya orang Asia.
"Kami tidak menggunakan tangan atau jari kami."
Demikian ciapannya meningatkan orang ramai agar menggunakan pisau dan garfu atau penyepit untuk makan nasi.
Tidak pasti apa motif ciapan ini sama ada ianya sekadar gurauan atau memang dia berniat untuk mempersendakan budaya orang Asia yang menggunakan tangan untuk makan nasi.
Yang pasti ciapan beliau kini menjadi medan kemarahan orang Asia yang memandang kelakukan The Royal Butler sebagai tidak beretika apabila mempersoalkan budaya orang Asia.
Kredit foto:
Ciapan ini telah mendapat 8,000 lebih ciapan balas dan lebih 1,000 tanda suka. Malah, sejak dibahaskan semalam, rata-rata pengguna sosial media tidak dapat menerima apabila orang asing cuba mengajar tradisi yang sudah mereka lakukan sejak sekian lama. |