Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Kaka dan Adam mendirikan rumah pada 14 Disember 2018 selepas dirisik oleh keluarga belah lelaki pada 27 November tahun sama.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam pada 11 Oktober 2019.
Terdahulu beberapa hari sebelum AJL berlangsung, neneknya, Allahyarham Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman di Telok Gadong, Klang.
Sementara itu, Kaka menerusi sidang media sejurus AJL35 turut akui dia terpaksa memendam rasa sedih atas pemergian nenek tersayang kerana tidak mahu emosi itu menyebabkan dirinya hilang fokus selain tidak mahu menyusahkan sesiapa atas masalah peribadinya.
“Terlalu banyak perkara yang berlaku menjelang AJL35. Selain jadual padat, Kaka hilang telefon bimbit. Tiga hari acara berlangsung, nenek pula meninggal dunia.
“Semua kesedihan itu saya sembunyikan seketika. Saya perlu fokus kepada persembahan AJL.
“Ketika arwah nenek meninggal, seharian saya menangis. Tetapi rintihan itu disimpan dahulu. Saya tidak mahu mengecewakan pasukan yang bertungkus-lumus memastikan persembahan lancar,” katanya yang turut mempunyai hubungan rapat bersama arwah.
Sumber: Media Hiburan