CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1472|Reply: 3

Bagi Yang Hilang Sumber Pendapatan, Ini Cara Mohon Bantuan Khas Covid-19

[Copy link]
Post time 17-3-2021 09:41 AM | Show all posts |Read mode




Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari. Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.



Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
   1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.



Kadar bantuan yang bakal diterima pada yang layak ialah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).


Namun begitu, bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.


Bayaran bantuan khas ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Permohonan boleh dibuat dengan langkah berikut:


1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my



2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-


Ketua Pengarah


Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA


(u.p. : Sekretariat KWABBN)



Pelbagai inisiatif dilakukan Kerajaan sejak penularan wabak COVID-19 di negara ini mulai 25 Januari 2020 lalu dalam memastikan bukan sahaja wabak ini dihapus segera, malah kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.


Sebarkan maklumat ini. -CARI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice info..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak belajar menulis daripada barisan penulis ternama Malaysia seperti Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Sasterawan Negara Dr Siti Zainon Ismail, Puan Nisah Haron, Tuan Hilal Asyraf dan barisan penulis mapan lain.

Panggilan terakhir untuk harga earlybird Sekolah Penulisan Ramadan 2021!

KLIK: https://yosh.my/order/form/vsspr2021/446

Harga RM99 ini akan tamat 21hb Mac 2021.
Kemudian harga akan meningkat.

Daftar sekarang jika anda berminat untuk mendalami ilmu penulisan. Serius cakap memang berbaloi sebab boleh belajar dengan ramai penulis ternama. Jangan ragu-ragu lagi, nanti rugi!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:18 AM | Show all posts
info baik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.238326 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list