CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2157|Reply: 8

Ringgo Arrow Alami Masalah Jantung Bengkak Dan Berair

[Copy link]
Post time 2-4-2021 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Vokalis kumpulan Arrow yang pernah popular dengan lagu Aku Tak Marah, Ringgo, 51,  kini menerima rawatan di wad Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan akibat masalah jantung bengkak dan berair.


Ringgo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli dihubungi berkata, dia mendapatkan rawatan di hospital terbabit mulai hari ini selepas berdepan masalah kesukaran tidur.


"Saya selalu sibuk buat 'live' di media sosial dan menyanyi di sana sini. Makin lama, makin semput dan seperti susah nak bernafas. Malah, jika nak tidur pula kena dalam keadaan duduk dan tak boleh baring.


"Semalam, saya buat urutan dan terus tak boleh tidur langsung. Ikutkan dah 10 hari, saya tak boleh tidur dengan betul dan itu yang buat saya ambil keputusan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan," katanya kepada Harian Metro.




Foto: Harian Metro




Menurut Ringgo, doktor juga memberitahu gejala kurang tidur yang dihadapi turut menyebabkan darahnya cepat naik.


"Jantung saya pun bengkak akibat kuat merokok. Jadi, doktor buat keputusan tahan saya di wad dan beri ubat untuk kerap buang air kecil.


"Ia supaya air yang berlebihan dalam jantung saya berkurangan. Kalau air terlalu banyak dalam jantung, itu yang buat saya jadi  susah nak bernafas.


"Malah, keadaan saya pun seperti orang yang ada penyakit lelah. Duduk, berdiri serba tak kena. Ketika buat urutan, saya diberitahu jantung memang ada masalah dan bila buat imbasan sinar X, didapati jantung dah bengkak," katanya.








Bagaimanapun, Ringgo memaklumkan dia tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum ini serta tidak juga mengambil apa-apa jenis ubat.


"Dah jadi kebiasaan, saya sihat saja selama ini dan jarang pula sakit. Tapi, bila sekali dah sakit nampaknya akan ambil masa berbulan untuk sembuh," katanya.


Ditanya juga operasi gerai roti canainya,  Ringgo berkata kini semuanya diuruskan buat sementara waktu oleh anak lelakinya yang selalu membantu. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhentilah merokok tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut lepas ni ada kidney problem plak. Semoga cpt sembuh bro ringgo
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ye biasanya kalau bengkak2 ni punca dari buah pinggang. Moga cepat sihat bro Ringgo.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cepat la sembuh. dah lama plan nak mkn roti canai dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 04:29 PM | Show all posts
semoga cpt sembuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh..dulu minat lagu dia.. dengar malam mse tgh belajar
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah... semoga cpt sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni kawen ke duda ke bujang trlaJak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.761381 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list