|
Hasrat pelakon Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila mengalami keguguran ketika kandungan berusia lapan minggu.
Syatilla berkata dia mengetahui perkata tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik semalam.
Sebenarnya saya baru tahu hamil tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam, doktor sahkan yang kandungan saya terbantut.
Jika diikutkan semalam, saya dan suami, Shaheizy Sam nak tengok degupan jantung anak kami, tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan, katanya.
Syatilla akui sedih kerana dia dan suami, Shaheizy Sam sudah bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga. Malah, Syatilla berkata Sam terdiam apabila dimaklumkan anak ketiga mereka keguguran.
Saya reda. Tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Apabila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap, tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.
Sebenarnya, ini kali ketiga saya keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri. Kalau tidak saya perlu lalui proses mencuci rahim, katanya.
Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy kini berusia setahun. |
|
|
|
|
|
jamu dia x dpt kuatkan rahim ke? |
|
|
|
|
|
Ramai founder produk yg amal produk sendiri ada masalah kesuburan. Diorg perlu revise balik produk dia jual..it is not possible u jual produk utk wanita but tak baiki masalah u
|
|
|
|
|
|
jamu anti sawang ..meols pun pelik...katanya dah pernah gugur byk kali 
|
|
|
|
|
|
effect produk timbang kilo guys |
|
|
|
|
|
Takziah la...cuba lagi... |
|
|
|
|
|
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1243850&mobile=2
Dah ada thread. Closed |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|