CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2915|Reply: 7

[Sarawak] Pertukaran Terma Panggilan Sarawak dan Sabah Kepada Wilayah Sarawak dan Wilayah

[Copy link]
Post time 8-4-2021 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-4-2021 03:34 PM

Pertukaran Terma Panggilan Sarawak dan Sabah Kepada Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah



Maksud wilayah Sarawak berbeza dengan Wilayah Persekutuan


KUCHING: Jangan keliru dengan pengiktirafan Sarawak seba
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, terdapat sesetengah individu yang keliru akan maksud tersebut dan menganggap ia sebagai terminologi.
“Saya tahu ada ahli politik tertentu berpendapat menggunakan istilah tersebut menjadikan Sarawak dalam kedudukan yang lebih kecil berbanding negeri.
“Saya minta beliau belajar balik bahasa Melayu dan lihat perbezaan besar istilah antara (maksud) wilayah dengan Wilayah Persekutuan,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2021 di sini, hari ini.

kredit :  
https://suarasarawak.my/maksud-wilayah-sarawak-berbeza-dengan-wilayah-persekutuan/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2021 11:28 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 9-4-2021 01:22 AM

Wilayah Sabah, Sarawak: KKMM Laksana Pertukaran Nama Cawangan



8 APRIL: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.

Sumber KKMM, berkata pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet, semalam selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta.

“Ya betul, kementerian sudah mengambil tindakan bagi meluaskan arahan pertukaran dibuat kerajaan ini, susulan keputusan dan arahan Menyuarat Kabinet, semalam.

“Pihak KKMM sedang melaksanakan pertukaran membabitkan nama-nama cawangan agensi-agensi di bawah kementerian ini di kedua-dua wilayah terbabit,” katanya ketika dihubungi PN BBC, hari ini.

BERITA YANG BERKAITAN
Isu Capal: Penjelasan JMNP dapat elak sikap label…

8, Apr 2021
Sultan Perak berkenan ringan hukuman seorang banduan

8, Apr 2021
Perdana Menteri ketuai delegasi Malaysia ke D-8…

7, Apr 2021
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah sedang atau bakal dijalankan KKMM berhubung pertukaran panggilan untuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, istilah baharu wilayah untuk Sabah dan Sarawak itu juga akan digunakan dalam laporan berita, termasuk di stesen televisyen kerajaan dan semua pihak berkaitan.

Dalam pengumumannya itu, Muhyiddin memaklumkan pertukaran terbabit adalah bagi memisahkan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri lain di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.

Sabah dan Sarawak, katanya, memiliki kesatuan dalam kepelbagaian tanpa mengira bangsa dan latar belakang, sekali gus menjadi contoh kepada Malaysia daripada aspek kemampuan menegakkan perpaduan utuh. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
kredit : http://www.pnbbcportal.com/2021/ ... aran-nama-cawangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 09:45 AM | Show all posts
Mana pejuang tegar MA63 si @cmf_shalom
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 06:56 AM | Show all posts
axl_bach replied at 10-4-2021 09:45 AM
Mana pejuang tegar MA63 si @cmf_shalom
lama dah tak nengok dia  ...

moga sihat2 jer ...

abang pun sama ... jager diri bebaik yer ...


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-4-2021 06:56 AM
lama dah tak nengok dia  ...

moga sihat2 jer ...

Dah lama eh dia x berforum? Selalu isu ni mmg makanan dia ni

Btw selamat berpuasa utk adik sayam....puasa bagi penuh mkayyy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2021 11:38 PM | Show all posts
Wilayah Sarawak: Tidak harus sekadar kata-kata



KUCHING: Pemimpin di Sarawak mengalu-alukan pengiktirafan wilayah diberikan kepada Sarawak, namun menegaskan ia tidak harus sekadar menjadi katakata, sebaliknya mesti ditentukan dengan jelas menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.



Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengiktirafan status Sarawak harus dirujuk berdasarkan lima dokumen iaitu Laporan Suruhanjaya Cobbold; Perjanjian Malaysia 1963 (MA63); Laporan Antara Kerajaan (IGC); Akta Malaysia (UK) dan Akta Malaysia (Tanah Melayu) serta Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Bukan perbincangan, surat menyurat atau anggapan tetapi lima dokumen… apa-apa sahaja di luar lima dokumen ini, bukan merupakan sebahagian daripada dokumen yang dipersetujui untuk MA63.

“Sekiranya Kerajaan Persekutuan bersedia menulis semula MA63 dan semua empat dokumen berkaitan, saya mengalu-alukannya dengan sepenuh hati tetapi Perlembagaan Persekutuan mesti diperbaiki dan dipinda sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersetuju dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menyerahkan kepada pakar undang-undang untuk menentukan istilah wilayah kepada Sarawak, yang kini masih dibincangkan di bawah MA63.

“Sekiranya seseorang yang belum membaca dan memahami dengan teliti lima dokumen berkaitan, yang terbaik adalah berdiam diri,” katanya.


kredit : suarasarawak 13/04/2021
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 11:19 AM | Show all posts
axl_bach replied at 10-4-2021 09:45 AM
Mana pejuang tegar MA63 si @cmf_shalom



Sorry hehe.mmg jarang dh masuk kalau x diseru..

Utk BM-pecahan kepada tiga wilayah, Sabah, Sarawak dan Semenanjung-dlm konteks ini wilayah dalam BM boleh diterima

Namun utk bahawa MA63-english-State itu mesti kekal..sebab ianya bahasa perundangan.

Tetdapat perbezaan antara Persekutuan Malaya dengan Persekutuan Malaysia.

Persekutuan Malaya terbentuk secara holding together..sementera persekutuan Malaysia terbentuk secara coming together

State bg Persekutuan tbentuk secara holding together tidak sama dengan state yg terbentuk secara coming together

Holding together-beberapa wilayah dikumpul menjadi satu dan dimerdekakan dalam satu entiti-seperti Tanah Melayu

Coming together beberapa buah negara berlainan bergabung dalam Persekutuan-spt Malaysia (ini disebut dengan jelas dlm laporan Cobbold).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2021 12:54 PM | Show all posts
Status baharu Sarawak perlu ordinan bukan retorik



Dr Awang Azman Awang Pawi
Baru-baru ini, kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dikatakan sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak. Langkah ini dikatakan dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta-merta. Berdasarkan situasi ini, tindakan dilakukan hasil daripada keputusan dan arahan Menyuarat Kabinet, semalam.

Dikatakan  juga  istilah baharu wilayah untuk Sabah dan Sarawak akan digunakan dalam laporan berita, termasuk di stesen televisyen kerajaan dan semua pihak berkaitan. Tindakan ini dibuat untuk mengukuhkan  dan membezakan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

PM ke Sarawak

Sebelum ini, dalam lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sarawak, beliau  memberi jaminan hak Sarawak akan terus dilindungi berlandaskan Perlembagaan, manakala semua tuntutan hak negeri itu dinilai secara adil dan saksama. Langkah itu penting bagi memastikan setiap bantuan kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasar dan tidak ada yang ketinggalan.

Perdana Menteri juga menegaskan komitmen itu dizahirkan kerajaan menerusi penubuhan portfolio khusus bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di peringkat Persekutuan.  Selain itu, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63), adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan hak adil dan saksama bagi rakyat Malaysia di Sarawak dapat dipelihara dan dipertahankan sewajarnya.

Lanjutan daripada ini, kerajaan Persekutuan sedang meneliti beberapa perkara yang berkaitan dengan hak Sarawak dan beberapa kemajuan dicapai menerusi peranan tiga jawatankuasa kerja yang mengesyorkan kepada MKMA63 berhubung cadangan penyelesaian mengenai isu spesifik berkaitan perundangan bagi rakan sekutu, keselamatan negeri dan sosioekonomi. Langkah ini selaras dengan hak negeri Sabah dan Sarawak dalam kerangka perundangan negara dan kerajaan berharap dapat meningkatkan hubungan antara wilayah ini dengan landasan lebih kukuh berdasarkan saling menghormati dan memahami. Perkara ini perlu diabsahkan melalui ordinan atau undang-undang agar tidak tergelincir daripada kehendak sebenar rakyat Sarawak.

Kontroversi

Bagi kalangan penduduk Sarawak, isu mengenai Perjanjian Malaysia 1963 adalah isu  yang menambat hati mereka, khususnya mereka yang faham akan sejarah pembentukan Malaysia. Isu ini mendapat perhatian daripada golongan yang terpelajar dan terdidik, dan kini menjadi golongan profesional di sektor awam dan swasta yang berkhidmat bukan sahaja di Sarawak, malah berada di Semenanjung Malaysia, khususnya di  sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di sinilah tempat  pusat pentadbiran, pendidikan, perdagangan dan perniagaan serta tempat berkumpulnya gerakan aktivitis dan  intelektual negara.  Sebab itulah juga Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di Lembah Kelang.

Segala langkah, pandangan dan sikap kerajaan akan diberikan perhatian dan diberikan  penilaian kritis bagi tujuan wacana ilmu dan  penyebaran idea serta reaksi masyarakat diwakili oleh wakil rakyat dan kalangan cendikiawan  awam negara.

Maka, langkah penukaran nama Sarawak dan Sabah daripada negeri kepada wilayah sebagai keputusan kabinet baru-baru ini mendapat perhatian besar, baik daripada  masyarakat sivil di Sarawak, malah menular di serata tempat di seluruh negara.

Ketidakjelasan

Terdapat pihak mentafsirkan  langkah ini bermaksud menyamakan Sabah dan Sarawak dengan wilayah-wilayah persekutuan seperti Labuan, iaitu kedudukan wilayah ini berada di tingkat yang lebih rendah berbanding negeri-negeri lain yang tidak mempunyai institusi Tuan Yang Terutama atau Gabenor.  Istilah ‘wilayah’ ini dianggap mengelirukan, walaupun niat untuk mengangkat status Sarawak  atau cuba bermaksud Sabah dan Sarawak adalah dua “wilayah” terpisah yang setara dengan Tanah Melayu, menjadikan tiga “wilayah” di Malaysia.

Hal sebenar yang hendak dimaksudkan adalah dengan pertukaran nama negeri ke wilayah tersebut Sabah dan Sarawak berada di tingkat lebih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung dalam konteks sejarah pembentukan Malaysia yang mempunyai status  setara dengan Semenanjung. Namun, ini mengundang pelbagai reaksi dan perbahasan kalangan netizen Sarawak. Bermakna isu ini bukan sekadar untuk menekankan keperluan istilah yang “lebih tepat dan jelas” malah  untuk menggambarkan kedudukan dan taraf Sabah dan Sarawak  yang sebenar “bagi mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan”.

Langkah besar perlu dibuat

Terdapat langkah lain perlu dibuat, langkah ini bukan sekadar melalui keputusan kabinet atau kenyataan Perdana Menteri semata-mata. Sebaliknya memerlukan komitmen yang lebih tinggi, besar, penuh integriti dan bertanggungjawab di peringkat Putrajaya. Hal ini bukan sekadar kata-kata atau tindakan bersifat retorik atau simbol semata-mata. Bukan juga sekadar kata-kata nama atau sedap disebut dalam sembang kedai kopi.

Sebaliknya, komitmen dan kejujuran sebenar perlu ada. Langkah ini tidak lain adalah dengan membawa pertukaran status negeri ke peringkat Parlimen barulah menjadi rasmi dan terikat atau legal binding dengan perlembagaan negara. Maka, perlu bentuk akta baharu pertukaran status tersebut negeri kepada wilayah.

Malah, dari segi nama atau istilah, wilayah juga tidak jelas sedangkan hasrat Sarawak adalah untuk meletakkan status Sarawak dan Sabah berstatus ‘negara’ yang jauh lebih besar konsep dan  sesuai dengan tafsiran sejarah serta perlembagaan negara. Sudah tentu, sama ada konsep wilayah dan negara, atau mana-mana satu daripada istilah digunakan, akan lebih jelas apabila dijelaskan oleh definisi yang terdapat dalam akta ini.

Hal ini bermakna retorik pertukaran nama tidak akan membawa makna apa-apa selagi tidak ada yang konkrit melibatkan ordinan di Parlimen dan Perlembagaan negara. Ordinan ialah undang-undang diperbuat dengan beberapa cara, termasuk oleh Yang Di-Pertuan Aging ketika pengisytiharan darurat di bawah Fasal 150(2) Perlembagaan Persekutuan.

Untuk membuat ordinan undang-undang, pada masa kini sebenarnya peluang terbaik bagi Putrajaya dan kerajaan Perikatan Nasional kerana jika ordinan  baharu  dibentuk, tidak perlu melalui Parlimen kerana negara berada dalam tempoh darurat. Sepatutnya, inilah perlu dimanfaatkan untuk kepentingan dan hasrat Sabah dan Sarawak.

Di sinilah dapat dilihat bahawa Muhiyiddin Yassin mempunyai peluang terbaik untuk mengubah status negeri Sabah dan Sarawak daripada berstatus negeri ke berstatus wilayah atau negara dengan memanfaatkan masa darurat mengubal ordinan agar istilah dan konsep Sarawak yang baharu lebih jelas.

Seterusnya, sesuai dengan status baharu, jika dibentuk ordinan agar lebih sahih dan sah laku, maka konsep wilayah  atau negara itu perlu  disejajarkan dengan  kuasa autonomi yang lebih jelas, khususnya dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam, hasil negeri seperti sumber minyak dan gas dan sebagainya. Maka tidak menjadi isu, atau disenyapkan apa-apa langkah apabila kerajaan negeri Sarawak melaksanakan pembaharuan hal ehwal aktiviti penerokaan sumber minyak dan gas, misalnya, kerana aktiviti sesuai dengan ordinan baharu yang digubal di Parlimen dan direstukan oleh Putrajaya.

Justeru, sekiranya  sekadar menukar nama sahaja tanpa ikatan atau  tanpa perubahan dalam konteks ordinan atau undang-undang di peringkat Persekutuan,  maka status perubahan nama tidak akan memiliki makna besar, kepentingan dan kesan yang benar-benar dimahukan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

kredit : utusansarawak 15/04/2021
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.220192 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list