Edited by boca120879 at 11-1-2023 04:20 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Ishaq bin Sulaiman Abu Yahya Ar Razi, daripada Mughirah bin Ziyad, daripada 'Atho`, daripada 'Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa menjaga dua belas (12) rakaat solat sunnah, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.
Empat (4) rakaat sebelum Zohor, dua (2) rakaat setelah Zohor,
dua (2) rakaat setelah Maghrib,
dua (2) rakaat setelah Isyak,
dan dua (2) rakaat sebelum Fajar (Subuh)."
(Hadith Ibnu Majah no. 1130)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|