CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3276|Reply: 10

Keajaiban Diharapkan Imam Berlaku, Bilal 'Garang' Jadi Hero Selamatkan Keadaan

[Copy link]
Post time 17-4-2021 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAL at 17-4-2021 11:27 AM

'Pengalaman ngeri' bagi seorang imam apabila mikrofon digunakannya tidak dihidupkan ketika menunaikan solat tarawih.

Menerusi satu video yang dikongsinya di Instagram, imam berkenaan memaklumkan kejadian berlaku pada Ramadan tahun ini.



Imam berkenaan, Muhammad Furqan Fawwaz Salleh Sani berkata, insiden berlaku ketika mengimamkan dia solat tarawih di Masjid At-Takwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Pemuda berusia 23 tahun itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia hanya menyedari mikrofon tersebut tidak berfungsi ketika takbiratul ihram.

"Ia berlaku pada hari pertama saya jadi imam untuk solat tarawih pada Ramadan tahun ini. Bila saya sedar mic tak on, jadi saya cuba sehabis baik untuk kuatkan bacaan saya bagi membolehkan jemaah di belakang dapat dengar suara saya tanpa guna mikrofon.


Kredit foto: IG Furqan

"Malam tu ada dua imam untuk solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Ada imam lain untuk 10 rakaat pertama, dan saya jadi imam kedua. Saya sangka mikrofon terus dipasang tetapi telah dimatikan. Silap saya sebab tak periksa terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Walaupun berlaku kesilapan teknikal, dia yang lebih dikenali sebagai Furqan bagaimanapun amat bersyukur kerana urusannya menjadi imam pada malam itu dipermudahkan.


  


"Saya bimbang jemaah lain terutama jemaah wanita di bahagian atas yang mungkin tidak dapat mendengar suara saya yang kuat.

"Apa yang saya harapkan supaya keajaiban berlaku ketika itu. Syukur Alhamdulillah seorang pakcik yang juga bilal di belakang bantu menghidupkan mikrofon di jubah saya, ketika saya masih dalam rakaat pertama.

"Jujurnya bilal ni sebenarnya nampak garang. Belum tegur dah nampak garang, tapi terima kasih kerana membantu saya. Ramai kata bilal ni hero dalam kejadian ni, betul lah tu," ujarnya yang merupakan guru di sebuah sekolah tahfiz di Gombak, Selangor.



Menerusi video itu, bilal tersebut di saf belakang imam kelihatan terpinga-pinga kerana jemaah masih belum bersedia. Bilal itu kemudian mendekati Furqan dengan menekan butang mikrofon dalam poket jubahnya sebelum suaranya bergema menerusi pembesar suara.

Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk video ni.. Pakcik tu tgk kjri kanan.. Lepas slow2 pi seluk poket dan on microphone...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni bagus..tenang je tlg imam tu..baidewei,hensem jgk imam ni tp muda sgt laa{:smile
Kalau bacaan mcm muhammad taha al-junayd,mmg ai akan cair terus..kahkahkah~{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki: Pakcik ni bagus..tenang je tlg imam tu..baidewei,hensem jgk imam ni tp muda sgt laa{:smileKalau bacaan mcm muhammad taha al-junayd,mmg ai akan cair te ...

Imam ni anak buah ustazah hafizah musa tu, dah kahwin dah pun last year.. Tak silap tahfiz yg dia kerja tu pun tahfiz ustazah laki bini.
Tapi tu lah ustaz zaman skrg ni sikit2 nak viral, main socmed.. Boring betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel je bilal tu terpinga2 pusing kiri kanan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse: Imam ni anak buah ustazah hafizah musa tu, dah kahwin dah pun last year.. Tak silap tahfiz yg dia kerja tu pun tahfiz ustazah laki bini. Tapi tu lah u ...

Ingat aku je rasa camtu. Gaya pun dah tak selari je ustaz ke nak kpop. Mudah terpengaruh jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah: Ingat aku je rasa camtu. Gaya pun dah tak selari je ustaz ke nak kpop. Mudah terpengaruh jugak


Awat dia kelam kabut xtengok pon jemaah. Semua macam belum ready kalau ya pon. Bertukar imam pon xde sop smooth transition ka? Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ha elok je imam pakai jeans, turtle neck bagai..unlike retis program agama duk jubah kopiah 24jam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 08:36 PM | Show all posts
MeghanK replied at 17-4-2021 06:37 PM
ha elok je imam pakai jeans, turtle neck bagai..unlike retis program agama duk jubah kopiah 24jam :s ...

ustaz, imam, bilal ramai je rilek.. ok ja, kat luar jumpa macam orang biasa jugak, takda berkopiah 24 jam pun.

imam masjid kami ni, muda jugak, rasanya 30'an. selalu nampak dia bawak anak bini jalan2 kat bazaar.
kalau orang tak tegur, memang tak perasan. baju plain t-shirt. jeans, selipar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel reaksi pakcik bilal tu. Transition slps rakaaat ke 10 biasanya mmg cpt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:26 AM | Show all posts
fair_iza replied at 18-4-2021 06:09 PM
Comel reaksi pakcik bilal tu. Transition slps rakaaat ke 10 biasanya mmg cpt.

terbaek pakcik bilal..salute..btol tu..transition ke 2nd imam mmg kene cpt2..sbb nak elakkan jemaah tunggu lame2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.577483 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list