View: 864|Reply: 2
|
[Dunia]
Kampung di Jawa benar sembelih ayam berkeliaran
[Copy link]
|
|
Ayam yang berkeliaran boleh disembelih oleh orang yang menjumpainya selain pemiliknya akan dikenakan denda. – Boombastis
Kampung di Jawa benar sembelih ayam berkeliaran
JAKARTA – Sebuah perkampungan di Wonosobo, Jawa Tengah menguatkuasakan peraturan unik iaitu denda terhadap pemilik ayam yang membiarkan haiwan peliharaan mereka merosakkan tanaman penduduk setempat, lapor laman berita Boombastis kelmarin.
Bukan itu sahaja, ayam yang berkeliaran turut boleh disembelih oleh orang yang menjumpainya, jika ia merosakkan tanaman mereka tanpa perlu meminta izin pemilik haiwan tersebut.
Peraturan itu dicipta bagi menjamin kebersihan kampung, selain mengelakkan kerugian kepada setiap penduduk.
Ia dalam masa yang sama, dapat mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan para pemilik ayam di kampung tersebut.
“Haiwan peliharaan sememangnya gemar berkeliaran dan merosakkan tanaman sawah penduduk atau membuang najis di rumah jiran.
“Justeru itu, satu penyelesaian diperlukan untuk mengatasi masalah ini, dan peraturan tersebut adalah yang terbaik untuk kebaikan penduduk setempat,” demikian menurut laporan berita tersebut.
Meskipun kedengaran aneh, penduduk kampung menyambut baik peraturan tersebut dan mengurung ayam-ayam mereka di dalam reban bagi mengelakkan haiwan ternakan daripada berkeliaran.
Peraturan tersebut membantu menjadikan kampung di Wonosobo itu bersih tanpa najis haiwan bertaburan di merata-rata tempat. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia pun patut buat hukuman yang macam ni untuk kucing2 peliharaan yang dibiarkan berkeliaran. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi...PATI indon..bisa aja berkeliaran di Msia...pak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|