CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2798|Reply: 10

Gaduh Dengan Isteri, Pukul Bayi Dalam Kereta

[Copy link]
Post time 30-4-2021 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di sini, yang video kejadian itu tular di media sosial semalam.


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pasangan terbabit datang ke Balai Polis Sri Petaling pada 4 petang hari sama.


"Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai penjagaan anak.


"Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati mereka supaya membuat laporan polis, namun mereka enggan berbuat demikian dan sudah berdamai sebelum beredar dari balai," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sebelum itu, rakaman berdurasi satu minit 10 saat dimuat naik seorang pemilik akaun di Twitter yang menunjukkan suami isteri bertengkar sambil memangku seorang bayi dalam kereta di hadapan sebuah kedai di Jalan Radin Bagus.





Perakam video itu mendakwa lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya, menyebabkan dia menjerit meminta bantuan orang awam dan rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial.


Mengulas lanjut, Anuar menafikan komen warganet yang mendakwa polis tidak menjawab telefon dan tidak melaksanakan tugas dengan baik.


"Saya menafikan komen berkenaan dan segala tindakan diambil oleh Ketua Balai Polis Sri Petaling.


"Dakwaan netizen (warganet) adalah tidak benar sama sekali," katanya.


Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memberi komen yang menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persepsi orang awam terhadap polis. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sugupavitra pun camni kan. Dok gaduk2 pastu okay balik. Dah kena pukul bagai masih nak stay. Apala
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana video? Senang kalau jumpa, boleh aku pijak muka bapak dgn mak dia sekali. Bodoh dua2. Yg si mak, asal berlaki. Dah kena tibai, taknak report. Yg si bapak, dayus dan lagi hina drpd kurap nanah sbb pukul baby.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 02:21 PM | Show all posts
bodo pnya bapak..pick up your own god damn size la kalau nk gaduh..ini baby apa yg dia tau..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bodo nya mak pak ni..beli kondom la kalau tanak beranak
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan keparat!!! Kurex sumpah kau dirogol gayah tua!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bideo pls? Nak tgk gak apak cepuk anak kemahin hero yek!
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal2 warga emas terbiar penghuni

rumah org tua2 la nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi amboiii sedap tangan ko nak pukul anak ye...mongok sungguh la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pukul2, berdamai balik. Tak guna tolong mangsa domestic abuse yang macam ni. Dah mati, menyesal pun tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pukul2 berbaik beranak lagi..hanat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052879 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list