CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7168|Reply: 7

RESEPI SUSU PISANG STYLE KOREA (DIY)

[Copy link]
Post time 5-5-2021 06:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by listria at 6-5-2021 05:46 AM

Minuman susu pisang makin popular dan viral sekarang di Malaysia. Sewaktu di Incheon City Korea Selatan dulu, penulis pernah merasai Susu Pisang Korea. Memang sangat sedap walau pun penulis sebenarnya paling tidak suka makan pisang segar. Di pasaran hari ini banyak jenama susu pisang yang dipasarkan. Antaranya ialah Pure Farm Banana Milk, Dutch Lady Banana Milk, Binggrae Korean Banana Milk, Nilofa Banana Milk dan terkini, bakal dilancarkan selepas Idul Fitri 2021 iaitu Susu Pisang D'Joy (D'Joy Banana Milk). Bagi yang sukakan susu pisang tapi ingin berjimat dari membelinya dari luar, bolehlah cuba Resepi Susu Pisang Stail Korea yang enak di bawah ini:
.
Bahan- Bahan
1. 3 biji pisang emas (atau pisang bunga)
2. 1 sudu teh gula pasir
3. 250 ml susu cair
4. 1/4 (suku) sudu teh serbuk vanila

Cara Penyediaan
1. Blend 2 biji pisang sehingga halus
2. Kemudian adunkan gula pasir dan serbuk vanila bersama pisang yang telah diblend tadi
3. Sebiji pisang yang lain dipotong kecil-kecil dan asingkan dulu
4. Kemudian masukkan pisang yang dipotong halus tersebut ke dalam gelas bersama susu cair dan kacau/pukul rata rata
5. Akhir sekali campurkan semuanya ke dalam satu bekas dan sejukkan di dalam peti ais dan ianya sedia untuk diminum

* Jika korang ada masalah diabetis/kencing manis, bolehlah gantikan gula pasir tu dengan madu atau stevia (cuma keaslian rasa susu pisang Korea akan sikit berubah)

Tapi jika korang jenis pemalas nak buat sendiri, boleh beli pelbagai jenama susu pisang yang ada di pasaran. Kalau korang rasa nak berniaga susu pisang ni, boleh mulakan dengan Susu Pisang Nilofa (pasaran Malaysia) atau Susu Pisang D'Joy (pasaran Malaysia & Asia Pasifik) keluaran terkini D'Joy International Sdn Bhd




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2021 09:30 PM | Show all posts
guna fresh milk lagi sedap.. tambah yoghurt sikit bagi masam2..no sugar.. macam beli kat boost atau juiceworks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2021 05:32 AM | Show all posts
Edited by listria at 6-5-2021 05:40 AM
mesmerize replied at 5-5-2021 09:30 PM
guna fresh milk lagi sedap.. tambah yoghurt sikit bagi masam2..no sugar.. macam beli kat boost atau  ...

Banyak resepi dan cara buat susu pisang yang sedap boleh digoogle. Tapi resepi di atas tu mirip kepada rasa susu pisang satu jenama Korea yang pernah saya cuba dulu di Incheon City. Cuma kalau buat sendiri susu pisang, dah tentu lebih terjamin halal haramnya walau pun tak dinafikan jenama lain khususnya susu pisang buatan tempatan seperti susu pisang D'joy dan Nilofa tu memang halal pembuatannya. Apa pun bergantung kepada pilihan masing2. Boleh cuba tiap satu resepi yang ada kalau rajin . Kalau malas atau sibuk memanjang, beli saja

Susu pisang Nilofa boleh tahan sedapnya. Insyallah lepas raya besok, boleh cuba susu pisang D'joy pula. Kalau tengok packaging, kedua2 ni macam nak sama jer. Apakah mirip rasanya dan hampir sama harganya?.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:15 AM | Show all posts
susu pisang dutch lady sedap, tak manis sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:44 AM | Show all posts
yebit157 replied at 7-5-2021 10:15 AM
susu pisang dutch lady sedap, tak manis sangat

susah nak cari stok susu pisang ni
asik habis je
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mampu minum yang ada dekat 99speedmart je. merata dah ada flavor pisang iteww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Susu kurmA xde ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 08:27 AM | Show all posts
Jom try Resepi Susu Kurma Colever ni. Sesuai untuk bulan puasa. Resepi minuman ni beri kesan rasa kenyang lebih lama, bertenaga dan segar dan mengelak masalah hisrasi atau kekeringan sepanjang waktu puasa tanpa makanan dan minuman.

Tengok Video Resepi Susu Kurma Colever ni di pautan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:20 AM GMT+8 , Processed in 2.766877 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list