CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6348|Reply: 38

Sasqia : Bisnes masyuk kat Singapura..jual masakan Kelate

  [Copy link]
Post time 6-5-2021 10:16 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Pusat penjaja Lorong 4 Toa Payoh yang terletak di Singapura terkenal dengan makanan jalanan yang murah dan enak seperti mi Hokkien, mi kuay chap dan mi wantan. Namun dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, pengunjung mempunyai satu lagi alasan untuk ke pusat penjaja ini iaitu sebuah gerai yang menawarkan masakan asal negeri Kelantan.Gerai yang diberi nama Kelate sempena negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tersebut dikendalikan oleh bekas pelakon, Sasqia Dahuri.Model yang berasal dari Malaysia ini pernah membintangi filem seperti Misteri Dilaila (2019) dan Senario the Movie: Ops Pocot (2011). Beliau kini meninggalkan dunia hiburan yang penuh glamor dan beralih ke bidang perniagaan setelah membuka Kelate awal tahun ini.
Setahun lalu, disebabkan sekatan pergerakan, Sasqia mengambil keputusan menetap di Singapura bersama-sama suami beliau, seorang warga Singapura bernama Muhammad Asyraff Khan. Ketika wabak COVID-19 memuncak pada 2020, Sasqia mula merindui masakan Kelantan seperti yang dimasak oleh ibunya. Beliau lantas menyediakan sendiri masakan yang sama untuk suami dan keluarga. Setelah masakan beliau mula mendapat perhatian, Sasqia memasak pula untuk sahabat-sahabat suaminya dan mula berniaga dari rumah.
“Di Malaysia, masakan Kelantan cukup popular. Namun saya terkejut melihat sambutan yang diterima daripada warga Singapura,” kata Sasqia.

“Asalnya saya hanya memasak secara suka-suka. Suami mempelawa rakan-rakannya ke rumah untuk mencuba masakan saya. Saya mencadangkan kami memesan piza, takut-takut mereka tidak menyukai masakan saya, tetapi rupa-rupanya mereka menghabiskan tiga ke lima pinggan laksam seorang. Baik yang berbangsa Cina mahu pun Melayu, orang Singapura gemarkan masakan ini,” ujar beliau.
Dengan galakan yang diterima, beliau mengambil keputusan meluaskan perniagaan dari rumahnya ke gerai Kelate yang mengkhusus dalam masakan asal negeri Kelantan.
TIGA ITEM DALAM MENU Demi memelihara kualiti dan keaslian, menu Kelate menampilkan hanya tiga resipi yang telah diajar oleh ibu Sasqia yang berdarah kacukan Thai-Kelantan kepada beliau.Dua hidangan utama Kelate adalah laksam yang merupakan sejenis laksa versi Kelantan, dan mi celup yang merupakan mi sup daging Thai ala Kelantan.
Laksam yang merupakan hidangan paling popular di gerai ini berharga S$4.90 (RM15.20) untuk semangkuk kecil, S$6.90 untuk saiz sederhana dan S$7.90 untuk saiz besar.
Laksam terdiri daripada mi leper dibuat daripada tepung beras yang digulung menjadi silinder dan dihidang dalam kuah santan berkrim yang kaya dengan adunan bahan dan isi ikan dikisar. Ia benar-benar membangkitkan selera.
Rasa laksam merupakan campuran rasa lemak, manis dan rempah-ratus.
Meskipun kuah putih laksam dan gulungan mi putihnya nampak ringkas, penyediaannya bukan mudah.
Mi laksam Kelate dibuat oleh Sasqia sendiri. Beliau mengambil masa kira-kira lima jam membuatnya pada waktu dinihari.
“Mi laksam perlu dikukus dan setiap aspek perlu dibuat dengan teliti termasuk suhunya, jenis pengukus yang kita gunakan dan cara kita menyimpan gulungan laksam ini. Memang laksam digemari ramai dan laku dijual, namun menyediakannya amat sukar,” kata Sasqia.
“Ada kalanya laksam sangat laku sehingga habis terjual pada jam 11 pagi. Pengunjung datang dan membeli 15 hingga 20 pek seorang. Ini bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal,” tambah beliau.
Hidangan utama yang satu lagi, mi celup, mungkin kelihatan seperti menu sampingan namun tidak kurang hebatnya.
Air rebusan hidangan mi ini dibuat daripada tulang lembu dan ayam. Ini memberikan kepekatan dan kelembutan pada rasanya. Mi ini dihidang bersama sawi jeruk dan potongan daging.
Dagingnya lembut kerana Sasqia hanya menggunakan bahagian daging yang khusus.
“Kami hanya menggunakan bahagian daging tertentu. Kami rebus daging ini dengan air rebusan yang banyak untuk menaikkan rasanya,” jelas beliau.
Harga mi celup adalah sama seperti harga laksam.
Item terakhir dalam menu adalah pembuka selera, colek malah, sejenis jemput-jemput mengandungi ikan bilis dan sayur yang dihidang bersama pencicah istimewa.
Rangup di luar dan gebu di dalam, colek malah menjadi kesukaan terutama sekali apabila dimakan secara "banjir" dengan sos cili manis berempah yang disediakan.Harganya S$4 untuk tiga keping dan S$7 untuk enam. Terang Sasqia, hidangan ini mengimbau kenangan di kampung halaman kerana ia merupakan snek minum petang yang biasa di Kelantan.“Di Kelantan, orang menuang sos ke atas jemput-jemput ini dan makan menggunakan sudu,” kata beliau.
LEPAS RINDU BAGI KOMUNITI MALAYSIA
Kelate telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung di Toa Payoh. Ada juga pelanggan yang datang dari segenap pelosok pulau Singapura ini.Sasqia amat terharu melihat gerai beliau menjadi tempat pertemuan sebahagian rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke tanah air akibat wabak COVID-19.
“Bagi sebahagian pengunjung rakyat Malaysia, hidangan kami mempunyai nilai sentimental. Menikmati laksam mengingatkan mereka kepada kisah bersama nenek atau ibu bapa serta pengalaman lain di kampung dan bandar kelahiran,” ujar Sasqia.“Apabila mereka bercerita kisah mereka, saya rasa kerja keras saya selama ini berbaloi,” kata beliau.
Salah seorang rakyat Malaysia yang mendapati makanan di Kelate mengingatkannya kepada kampung asal ialah Chia Sin Hui. Beliau berasal dari Kota Bharu di Kelantan tetapi telah menetap di Singapura selama 30 tahun.
Chia memberitahu CNA, laksam yang dipesan mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak.“Laksam di sini setara dengan apa yang ada di kampung. Memang asli,” kata beliau.
Selena Yap yang memesan mi celup turut memuji masakan di gerai ini.“Saya telah bekerja di Singapura selama lapan tahun tetapi belum pernah merasa masakan yang menyerupai apa yang biasa saya makan di bandar kelahiran,” kata beliau yang berusia 30 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Untuk bulan Ramadan, Sasqia menawarkan dua menu baharu iaitu nasi kerabu kuning, sejenis nasi berwarna kuning dicampur ulam-ulaman dan sambal tumis, dan lompat tikam yang merupakan puding beras lembut yang dimakan bersama santan dan gula melaka.Beliau juga meluaskan perniagaannya dengan membuka sebuah dapur berpusat di Clementi untuk penyediaan makanan dan membeli sebuah van syarikat untuk penghantaran.Ditanya sama ada beliau berminat membuka sebuah kafe atau restoran, Sasqia kelihatan teragak-agak.“Saya suka mengendalikan gerai kecil di pusat penjaja ini. Sebuah restoran tidak memberi kegembiraan yang sama kerana perbezaan standard. Gerai penjaja sesuai untuk semua dan memang niat saya ingin memasak untuk semua,” ujar beliau.“Saya berkawan dengan para penjaja lain di sini. Saya gembira menjadi ahli komuniti di sini dan berinteraksi dengan orang ramai, para pelanggan dan penjaja lain. Ini yang saya mahukan,” tambah beliau.
# Sumber CNA Singapore Edition.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2021 10:18 AM | Show all posts
menyelerakan sungguh makanan Kelante ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus teringin nak makan laksam tapi baru pukul 10.20. Apapun, food court Singapore best!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 10:23 AM | Show all posts
bijak sungguh sheols cari peluang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2021 10:25 AM | Show all posts
tengok gambar makanan makanan dia pun sungguh menyelerakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Very enterprising
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2021 10:32 AM | Show all posts
Bulan posa ni nmpk ape pun sdp..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aishhhh! Kenapa la pepagi aku gigih baca thread ni  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 10:54 AM | Show all posts
kat mana ni? nak rasa lah...selama ni cuma nmpk kat tv aja makanan kelantan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2021 10:56 AM | Show all posts
ira_229 replied at 6-5-2021 10:54 AM
kat mana ni? nak rasa lah...selama ni cuma nmpk kat tv aja makanan kelantan..

Lorong 4,  Toa Payoh Singapore...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 10:57 AM | Show all posts
Kalau niat nak berniaga makan lebih kepada nk jamu org makan sedap n puas hati, inshaallah they will keep coming back.
all the best for you food biz sasqia!

p/s: bagusla dh quit berlakon n focus biz
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 11:10 AM | Show all posts
baru meols tau sheols dah kawin. hahaha. penah la sekali dua tgk sheols. sheols berlakon tak kayu yah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:11 PM | Show all posts
Alhamdulillah, pandai gunakan kebolehan memasak, menggunakan ruang dan peluang.  Semoga terus maju.

dikendalikan oleh bekas pelakon, Sasqia Dahuri.Model yang berasal dari Malaysia

Rilex aje letak title bekas pelakon.

Yang lain-lain tu pun silalah gunakan title bekas pelakon sebab dah tak berlakon lagi.  

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka tengok muka dia..cantik, tinggi,nama unik, berlakon pun okay. Tapi tak famous sebab takde cheap kontroversi kot. Tahniah Sasqia... semoga dipermudahkan urusan kedai makan dan berpanjangan bisnes ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:22 PM | Show all posts
sejujurnya..aku penah makan apa yg dia masak ..takde taste Kelate pun  sebab fusion sgt..
aku teringin nasi kerabu..bila mkanan tu sampai ..aku raasa hmmmmmm je laaa...
tapi geng geng sporean aku semua ckp..sedap sedap....

cumanya bagus laa dia ambil peluang nak jual makanan kelate tu...so kalau korang nak makan..jgn high expectation sgt  yg taste kerabu tu mmg mcm malaysian made yer....so bila  korang makan tu takde la kecewa..macam aku rasa hahahahha

nasi kerabu dia mmg kaler kuning and cili yg atas rice tu xpedas pun , and dia serve ayam goreng sekali dgn ikan goreng je ..

kalau laksam pulak..okay la rasa dia..takde kecewa pun  cuma kadang2 taste dia lari la.. yg laksam ni aku repeat order la  hahahahah  kerabu tu once je
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:04 PM | Show all posts
dah tak berlakon la ye dia ni? lawa..takde tergedik2 sangat dengan cheap2 kontroversi..alhamdulilah, rezeki dia dalam bisnes..mudah- mudahan terus berjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah rajin...semoga murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai dia cari peluang kat sana sebab kat sana rare masakan ni. Confirmed laku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanan dia buat nampak sedap.. lagi satu, ayat wartawan ni.. aku rasa wartawan ni orang lama kot... Sedap dibaca..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jemput2 3biji 4sgd...rasa nak nangis baca..
esok buka nk buat jemput2 lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.091483 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list