CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6481|Reply: 91

[Tempatan] KKM jangka berlaku lonjakan lagi kes baharu COVID-19

  [Copy link]
Post time 19-5-2021 06:27 AM | Show all posts |Read mode
KKM jangka berlaku lonjakan lagi kes baharu COVID-19
Astro Awani
Mei 18, 2021 19:49 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di banyak negara lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ia disebabkan penularan virus SARS-CoV-2 dalam komuniti terutama melibatkan beberapa Variant of Concern (VOC) di negara ini yang amat membimbangkan.
Dr Noor Hisham menjelaskan VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.

"Peningkatan kes-kes secara mendadak ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.
"Kes harian COVID-19 melebihi empat digit dengan kes aktif ketika ini sudah melebihi 40,000 kes menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan mahupun swasta, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara telah hampir mencecah kapasiti maksimum.

"Keadaan lebih membimbangkan apabila semakin banyak kes positif yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sokongan alat bantuan pernafasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini," katanya dalam kenyataan harian COVID-19 pada Selasa.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan makin meningkat saban hari.
Justeru beliau juga menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 06:35 AM | Show all posts
macam2 varian yg masuk india la, afrika la, Uk la.....soalannya siapa yg bagi masuk?  salah rakyat marhaen jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 07:46 AM | Show all posts
bukan pintu sempadan di tutup ?  macam mana boleh terlepas masuk nie ? PRU sabah adalah pencetus lonjakan kes.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
at least ade alasan utk geng muhyiddin panjangkan darurat, lg panas hati geng cluster mahkamah, panas hati jugak anwart yg xsabar2 nak jd pm..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 08:03 AM | Show all posts
msamyrazi replied at 19-5-2021 07:46 AM
bukan pintu sempadan di tutup ?  macam mana boleh terlepas masuk nie ? PRU sabah adalah pencetus lon ...

pintu sempadan tutup untuk pelancongan aja...
macam rakyat malaysia yg tersadai kat mana2 negara tu boleh balik..
macam businessman boleh masukk..
macam tenaga2 kerja professional boleh aja masuk..
hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 19-5-2021 07:52 AM
at least ade alasan utk geng muhyiddin panjangkan darurat, lg panas hati geng cluster mahkamah, pana ...

Sebagai rakyat sendiri we are good no matter how long it takes before dewan rakyat dibuka semula kheunz?

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2021 08:14 AM | Show all posts
hari2 bagi berita yg buat org ramai panik. tolong percepatkan vaksinasi utk rakyat!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Crystars replied at 19-5-2021 06:35 AM
macam2 varian yg masuk india la, afrika la, Uk la.....soalannya siapa yg bagi masuk?  salah rakyat m ...

Border x tutup..aku penah persoalkan nape bagi jugak keluar masuk border..abis aku kene kecam dgn set2 kayangan yg keje oversea..dorang kate dorang warganegara ada hak nak balik malaysia bila2...anjirrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
parlimen perlu dibuka. najib nk buat undi x percaya kat abah din tu dia punya pasal.  biar kita tgk menteri kesihatan kena gasak. bnyk isu2 pasal kkm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 19-5-2021 08:15 AM
Border x tutup..aku penah persoalkan nape bagi jugak keluar masuk border..abis aku kene kecam dgn  ...

JIM & GOMEN yang harus di pertanggungjawabkan kerana lemah!!!
Hang jangan cakap depa2 yang kijer kat oversea tu set2 kayangan coz nanti kembang setaman b****t depa
Sebelum pandemik ni melanda seluruh dunia, aku sering kena travel ke oversea tapi aku tak rasakan hebat mana pun kena pi travel untuk kijer di oversea dengan kata lain golongan kayangan coz aku rasa lagi berat tanggunjawab aku di sebabkan kena selesaikan beberapa issue yang membabitkan branchs di oversea
Sekarang ni di sebalik huru hara dunia dek kerana Covid ni sebenarnya ada terselit hikmahnya iaitu buat masa sekarang aku tidak perlu pi travel ke oversea di sebabkan pandemik so semua urusan yang berkaitan issue di oversea dah ada yang incharge di sana so just kena pantau dari sini dan depa di sana kena sentiasa update dan yang paling penting aku dapat meluangkan banyak masa dengan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 19-5-2021 08:47 AM
JIM & GOMEN yang harus di pertanggungjawabkan kerana lemah!!!
Hang jangan cakap depa2 yang kijer  ...


Sokong..kawalan pintu negara lemah. Simply keluar masuk, sampai macam2 varian tersebar kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 19-5-2021 09:00 AM
Sokong..kawalan pintu negara lemah. Simply keluar masuk, sampai macam2 varian tersebar kat malay ...

Amat mengecewakan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:04 AM | Show all posts
artis langgar SOP. menteri langgar SOP. rakyat langgar SOP. yg jadi mangsa frontliner kesihatan.  
ibarat menangguk air dari sampan bocor.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mysterio replied at 19-5-2021 09:04 AM
artis langgar SOP. menteri langgar SOP. rakyat langgar SOP. yg jadi mangsa frontliner kesihatan.  
...

frontliner pun ada langgar sop
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekod79 at 19-5-2021 09:12 AM

VOC yg detect negative walaupun dah kritikal tu xde method lain ke nk detect? Kalau variant ni yg dominate nnt dgn xde lansung simptom biase, mcm susah dah nk curb.

Dah sama kes zaman PH kasi masuk warga asing yg tercetusnya COVID di malaysia dulu, PN pun 2 x 5 malah lebih teruk bolosnya kemasukkan VOC!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lista replied at 19-5-2021 09:07 AM
So..apa perancangan seterusnya?? Apa tindakan kerajaan dalam krisis mcmni? Apa penyelesaiannya dari  ...

ye sokong kn ada tindakan srastik bukan tutup buka sempadan daerah negeri je. n asyik suruh rakyar haga sop tp sampai bila???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka xphm awat xbuat lg full pkp..
Xcukup lg lesson learnt dr sept lepas ke..
Masa tu kes naik 500 sehari.. And we do nothing
Less than 6months now its almost 10x..
takkan nk tunggu 10k sehari baru nk buat..

The blood is in Abah n KKM hands
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesah la border bukak utk kayangan nk keje ulang alik sekalipun. Tp sepatut diorg semua kene kurantin wajib dipusat yg ditentukan selama 10-14 hari. Seingat i varian UK dulu masuk ke malaysia ole seorg pengembara??? What the hek pengembara nk cuti2 keliling donia
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:24 AM | Show all posts
mana tak naik..

kewling india mari konon atas urusan bisnes, kasi masuk..

gagak afrika datang konon ada set up syarikat, kasi masuk..

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 19-5-2021 09:17 AM
Kaka xphm awat xbuat lg full pkp..
Xcukup lg lesson learnt dr sept lepas ke..
Masa tu kes naik 50 ...

HARD up sangat kau dgn total lockdown kheunz?

Kahkahkahkahkah

Lepas total lockdown,bila ramai rakyat kena layoff....pastuh? Merintih for i pelangi pulok?

Kau tak kesian keww kaum senasib kau diluar sana?nak membesarkan anak anak sorang diri, kena layoff....

Aku ingat rata2 kaum yahudees aja yg zalim....rupanya yg dlm negara kita pun ada sekor yg terlepas dikalangan kita...?

Kahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.407094 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list