View: 8707|Reply: 25
|
[Pelbagai]
SIMPANAN MAMPU MEMBINA KEKAYAAN
[Copy link]
|
|
Melabur dan merancang kewangan adalah perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seseorang bagi memastikan anda dapat membina kehidupan sejahtera. Melalui perancangan kewangan, kita dapat mengenal pasti cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa tertentu. Ia dijadikan sebagai panduan untuk membantu anda mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan. Ini antara 3 simpanan yang anda boleh buat.
1) Simpanan Jangka Pendek
Simpanan ini berbentuk tunai dan bertujuan untuk kecemasan dan kegunaan keperluan jangka pendek serta jumlah simpanan biasanya antara 3 hingga 6 bulan gaji bulanan. Contoh, jika berpendapatan sebulan RM1,500, maka simpanan jangka pendek antara RM4,500 hingga RM9,000 di tempat yang mudah dikeluarkan seperti bank.
2) Simpanan Jangka Sederhana
Simpanan digunakan sebagai modal membina dan memperoleh harta. Simpanan ini dilakukan dalam jangka masa 1 hingga 2 tahun sahaja. Contoh, simpan RM500 sebulan selama 2 tahun dan berjaya simpan sebanyak RM12,000. Duit boleh digunakan untuk mulakan perniagaan, beli saham dan lain-lain harta.
3) Simpanan Jangka Panjang
Simpanan bukan dalam bentuk tunai tapi harta. Simpanan ini disimpan sampai bila-bila hingga berjaya capai objektif. Simpanan dapat hasilkan pendapatan berterusan dan memperoleh harta. Contoh, simpan 20% daripda gaji selama 5 hingga 10 tahun. Duit yang berjaya disimpan boleh digunakan untuk beli harta.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info....tgh usaha utk tingkatkan simpanan jangka panjang |
|
|
|
|
|
|
|
setuju simpanan penting. didik diri untuk tidak jadi hamba duit. duit letak kt tangan bukan hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Musim2 covid ni banyakkan menyimpan duit ataupun emas ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama sama! Okay teruskannn ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sgt..akaun kecemasan ngn long term mmg kene ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Illayana at 12-7-2021 02:19 PM
Ni khas utk yg mkn gaji beshe2, geng bukan senang nk cari duit nak oiii:
Apa2 pun paling penting, simpan duit dulu. Jangan boros asik nak berbelanja atau buat loan sana sini. Dan disiplinkan diri untuk tidak berbelanja lebih daripada pendapatan. Bila dah simpan cukup utk backup kita jika kita hilang sumber pendapatan (at least 6 months worth of our salary), baru boleh start saving utk jangka masa panjang, mcm beli emas ke, aset ke.
Jangan terlalu ghairah nk kumpul aset dgn berhutang dan tanpa savings for rainy days. Tak payah berlumba sapa dpt beli rumah ms umur 20 thn. Mmg la rumah aset, tp selagi ampa utang, kira mcm liabiliti kewangan jugak nak2 yg beli 2,3,4 bijik rumah dan tujuan utk bg sewa, kalau nauzubillahiminzalik ampa tak dpt bekerja, sakit nk cover bln2. Tambah parah, time ekonomi meleset or jaman covid mcm ni, maybe pendapatan drpd rumah sewa ampa tak mampu nk cover the loan itself. Jgn salah priority sampai makan bercatu semata nk membela aset.
Kita hidup pun tak lama, jadi janganla hidup kerjaaa saja utk bayar mcm2 hutang. Rugi la hidup sibuk mengumpul harta tp tak sempat nk menghayati dań enjoy kehidupan. Last2 mati, yg enjoy reta ampa org lain. Bak kata pepatah, the money is not yours until you spend it on you. Hidup bersederhana aman2 itu lebih baik tp ikut ampa la mcm mana nk corak hidup ampa. Ahkak cuma nasihat ikut pengalaman dan pemerhatian akak.
Duit kalau nk simpan passive, buh la dlm ASB, TH, Public Mutual trust dan akaun2 pelaburan yang sewaktu dengannya biar dia beranak byk skit dr akaun simpanan biasa. Jangan terpedaya dgn pelaburan yg melabur hari ni 24jam kemudian dh dpt pulangan. Duit bkn senang nk dpt ooiiii jd jagalah ia sebaik2 mungkin supaya bermanfaat pada kita.
Apa2 pun, mana yang baik ambil sebagai panduan, yang tak elok jadikan sempadan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penting uninstall shopeeee lajadah grab food panda mcd kfc dsbnya.
Lagi elok dapat gaji buat2 lupa gaji masuk.
Lagi satu duduk di rumah parents.lagi jimat.
|
|
|
|
|
|
|
|
info yg menarik..ni tempat keje iolllss pun da start bayar gaji lambat sminggu ni..alasan dlm akaun bank ofis takdak duit padahal bos and anak bos memasing tukar kete baru..cam yall |
|
|
|
|
|
|
|
Simpanan vs sedekah.. Nak kena balance antara dua ni. Dua-dua pun tak boleh buat berlebihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sis teringin sgt nk melabur..modal tu adela sikit tap tu la cuak jugak la nk melabur takut terduduk |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit2 lama2 jadi bukit |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Paling penting ikut kemampuan diri
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk permulaan, sis boleh cuba melabur di ASB ataupun Tabung Haji. Lebih selamat walaupun dividen sikit. Kalau ada lebih, boleh cuba melabur Emas.
|
|
|
|
|
|
|
|
MuhdAisy replied at 30-7-2021 04:33 PM
Untuk permulaan, sis boleh cuba melabur di ASB ataupun Tabung Haji. Lebih selamat walaupun dividen ...
Da buat lama yg ni..ada x plaburan yg mmg terjamin n patuh syariah |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat gaji terus saving. Jgn terlibat dgn apa2 scam, loan esp masa baru2 kerja. xda jalan pintas untuk dpt duit yg banyak kecuali kalau dh dilahirkan dalam dulang emas. sekali terciduk kena scam, merana untuk tempoh yg panjang. avoid beli brg2 bayar ansurans guna credit card. Jd pengguna credit card yg bijok. tak payah kejar beli rumah pertama etc masa muda. xpe beli lewat pun. beli masa dh betul2 stabil nak duduk kawasan situ. tak untung mana pun pelaburan hartanah ni kecuali korang mmg btul2 bernasib baik (sekadar pandangan). cash lg penting sekarang dari dlm bentuk property. property takes time utk untung silap2 boleh bankrup. sekian, dari makcik yg menghampiri usia 40an. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|