CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

[Dunia] Ikea Perancis bersalah intip kakitangan. Didenda 1 juta euro (RM5 juta)

[Copy link]
Post time 15-6-2021 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Ikea Perancis bersalah intip kakitangan
Jun 15, 2021 @ 10:13pm


PARIS: Mahkamah Perancis hari ini memutuskan syarikat peruncit produk perabot dan rumah Sweden, Ikea, bersalah kerana mengintip ratusan pekerja dan pemohon kerja selama beberapa tahun.

Mereka didapati membangunkan sistem pengintipan haram itu dengan menggunakan detektif persendirian termasuk sumber polis.

Unit Perancis syarikat berkenaan didenda 1 juta euro (RM5 juta) sementara bekas ketuanya, Jean-Louis Bailot, dijatuhi hukuman penjara dua tahun selain diperintah untuk membayar denda 50,000 euro (RM249,344).

Mereka didapati bersalah kerana menerima data peribadi dengan cara penipuan, namun hukumannya tidak seberat yang diminta oleh pihak pendakwa, berasaskan tuduhan Ikea melakukan pengawasan besar-besaran secara tidak sah.

Baillot, yang pernah menjadi ketua di syarikat berkenaan antara 1996 hingga 2002, menafikan melakukan kesalahan semasa perbicaraan bermula pada Mac lalu di pinggir bandar Versailles di Paris.

Lelaki itu terkejut dengan keputusan berkenaan dan memohon pertimbangan rayuan, kata peguamnya, Francois Saint-Pierre kepada AFP.

Perbicaraan menumpukan kepada dakwaan mengintip dalam tempoh bermula 2009 hingga 2012, tetapi pendakwa raya berkata sistem itu dirancang sekitar awal 2009 di bawah pemerhatian Baillot.

Bekas ketua pengurusan risiko Ikea, Jean-Francois Paris, yang dituduh menjadi dalang perancang sistem pengintipan itu, dijatuhi penjara 18 bulan dan denda 10,000 euro (RM49,868).

"Ikea melindungi data rakan sekerja dan pelanggan dengan serius sekali," katanya syarikat berkenaan selepas keputusan mahkamah.

Menurut Peruncit Ikea Perancis, pihaknya mengecam keras amalan berkenaan dan memohon maaf serta akan melaksanakan tindakan besar-besaran untuk mencegah perkara sama berulang.

"Kami sekarang akan meneliti keputusan mahkamah secara terperinci dan mempertimbang apakah langkah tambahan yang diperlukan," katanya.

Sebilangan daripada kira-kira 120 plaintif yang mendapat bayaran daripada Ikea iaitu masing-masing antara 1,000 (RM4,986) hingga 10,000 euro (RM49,868), tidak berpuas hati dan mendakwa hukuman terhadap syarikat itu terlalu ringan.

"Jumlah ini tidak cukup untuk memaksa Ikea atau syarikat lain mengubah tingkah laku mereka," kata seorang peguam ahli kesatuan Ikea, Alexis Perrin. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.630215 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list