CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2392|Reply: 7

Selesa Dengan Michael Ang Tapi Zul Ariffin Tak Nak Terlalu 'Manja'

[Copy link]
Post time 17-6-2021 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Zul Ariffin mengakui selesa bekerja bersama pengarah, Michael Ang lebih-lebih lagi menerusi drama terbaru berjudul Love, Elsa.


Jelas Zul, Michael merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan dia juga menghormati setiap permintaan para pelakonnya.




Kredit foto: IG




“Michael Ang seorang pengarah yang bagus. Tak boleh disangkal lagi. Ramai yang tak tahu, dia seorang yang sangat menghormati polisi setiap pelakon dia, seperti apa yang mereka selesa dan apa yang tidak.


“Dia sangat memahami dan memberi ruang kepada para pelakon. Dia akan mengambil kira mengenai apa sahaja berdasarkan situasi.


“Apa yang saya paling suka mengenainya, dia selalu memudahkan setiap perkara di set pengambaran meskipun kita berdepan dengan pelbagai masalah,” katanya kepada MH.




Kredit foto: Curi Curi Klik




Tambah Zul, sepanjang berlakon di bawah arahan Michael, dia tidak berasa terlalu tertekan kerana segala urusan mereka akan dipermudahkan.


“Sebagai pelakon saya rasa seperti tiada tekanan dan lebih relak. Saya dah berkerja dengan Michael ni lama. Dia akan bagi segalanya.


“Saya percaya sesiapa sahaja pelakon yang bekerja dengan dia, pasti mereka ingin kembali berkerja bersamanya satu hari nanti,” jelasnya lagi.


Pelakon berusia 34 tahun itu berkata sedemikian ketika majlis sidang media drama, berjudul Love, Elsa secara virtual pada Rabu.




  



Bagaimanapun, Zul berpendapat, setiap pengarah memiliki cara kerja berbeza dan kerana itu dia sebolehnya tidak mahu terbawa-bawa dengan keselesaan yang telah diberikan oleh Michael.



“Kadang kala saya perasaan, bila kita selalu berkerja di bawah arahan Michael, nanti kita akan terbawa-bawa kerana dia akan beri banyak keselesaan. Jadi bagi saya, kita kena rasa pengalaman berkerja dengan orang lain juga.




Kredit foto: Curi Curi Klik




“Bila Michael selalu memudahkan segalanya, nanti kita akan fikir produksi lain juga begitu, namun setiap set berbeza. Sebagai pelakon, kita juga kena merasai cara kerja, kreativiti dan vibes orang lain,” ujarnya lagi.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MA kan ibu peri pelakon2 sampai ke jinjang pelamin.. mungkin bamjul cuba try nasib
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah... Zul ripin memang suka berdikari sebab tu taknak jadi manja, dia nak berusaha utk lebih berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex ni kalau julripin semua boleh. Kalau heroin dia habis kena maki
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakigojes at 17-6-2021 07:50 PM
Kurex replied at 17-6-2021 04:40 PM
Takpelah... Zul ripin memang suka berdikari sebab tu taknak jadi manja, dia nak berusaha utk lebih b ...


Aduhh… kenapa dengan mata aku ni, aku baca “selera” dengan Mich……….
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang berkenan kat bamjol nie tang lakonan aje..seb baik x kayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2021 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tua dah ZA ni...rimas tgk dia berlakon..mulut tu berat je nak bukak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pung pang pung pang last2 keluar benda lebih kurang jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.478751 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list