CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1248|Reply: 0

[Tempatan] Segera kuat kuasakan akta gangguan seksual

[Copy link]
Post time 20-6-2021 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Segera kuat kuasakan akta gangguan seksual


ROZIANI MAAROF

Oleh Media Mulia   20 Jun 2021, 5:07 pm

PETALING JAYA: Akta gangguan seksual yang dibentangkan pada Persidangan Parlimen sebelum ini perlu segera dikuat kuasakan segera bagi membendung masalah tersebut yang semakin meningkat.

Pejuanita Muda,  Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menggesa kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  supaya  memainkan peranan membantu mereka yang menjadi mangsa supaya lebih berani dan tampil bersuara sekiranya menjadi mangsa apabila akta itu berkuatkuasa kelak.

Menurut Naib Ketuanya, Roziani Maarof jenayah  gangguan seksual kebiasaannya bermula daripada gurauan dan sekiranya isu ini dianggap enteng, tidak mustahil statistik jenayah seksual akan meningkat.

“Lebih membimbangkan kata beliau  laporan pelajar mengenai kes tidak bermoral ini tidak diambil serius.

“Sebagai masyarakat yang prihatin, isu gangguan seksual terhadap wanita harus diberi perhatian dan tindakan perlu diambil dengan segera, “ ujarnya kepada Utusan Online

Sikap masyarakat yang hanya menyalahkan pelapor gangguan seksual harus dikikis agar keadilan dapat dilaksanakan tanpa prejudis.

Selain itu jenayah sosial bukan hanya merugikan negara, tetapi berpotensi untuk negara kehilangan generasi muda yang merupakan pelapis pemimpin pada masa akan datang.

Beliau merujuk kepada kes yang tular di media sosial melibatkan seorang pensyarah yang mengajar di sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Selangor didakwa telah melakukan pengantunan seksual (sexual grooming) dan mengganggu bekas pelajarnya.

Seramai 15 mangsa tampil menunjukkan perbualan secara peribadi dengan pensyarah tersebut yang membuat dan menghantar komen seksual berbaur lucah terhadap mereka.

Selain itu, terdapat juga kes gangguan seksual yang berlaku di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan oleh pelajar sebelum ini.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku di institusi pendidikan tinggi yang dianggap sebagai gedung ilmu dan tempat melahirkan anak-anak muda yang bakal mencorak masa depan negara, “ ujarnya.

Ini kerana katanya, pendidik telah diberikan sepenuh kepercayaan oleh ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kejayaan berada di dalam genggaman anak-anak mereka kelak.

Tindakan tidak bermoral yang dilakukan pensyarah-pensyarah ini hanya memburukkan imej pendidik.

Justeru Kementerian Pengajian Tinggi perlu segera mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penjenayah seksual bagi membendung masalah sosial ini daripada menjadi racun dalam sistem pendidikan tinggi negara.

“Pejuanita Muda Malaysia akan sentiasa memberi sokongan moral dan bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan kepada wanita-wanita muda ini kerana berani untuk tampil menyatakan kebenaran demi mempertahankan hak asasi sebagai seorang wanita, “ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.114598 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list