CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 915|Reply: 1

Orang Kelantan Minta Dibenar Buat Korban

[Copy link]
Post time 5-7-2021 04:32 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Kerajaan negeri serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) diminta supaya mempertimbangkan untuk membenarkan ibadat korban secara persendirian pada Hari Raya Aidiladha ini.


Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, pelbagai pihak berpendapat kelonggaran itu wajar dipertimbangkan apabila mengambil kira Kelantan kini antara negeri yang sudah beralih kepada fasa kedua Program Pemulihan Negara (PPN).


Setiausaha Persatuan Petani dan Penternak Negeri Kelantan (PPNK), Muhd. Mahfuuzh Said berkata, kebenaran melakukan korban di lokasi terhad, iaitu di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan masjid tertentu  membebankan rakyat.


Foto: Utusan




Menurut beliau, larangan ibadat korban secara persendirian itu juga diumumkan ketika kebanyakan pemilik haiwan korban yang sudah mengeluarkan modal besar untuk membayar permit penyembelihan dan kos vaksin haiwan masing-masing.


“Kami harap Maik mempertimbangkan memberi kelonggaran sebagaimana di Terengganu yang membenarkan ibadat korban secara persendirian sama ada di kawasan lapang serta rumah sembelihan kerajaan dan swasta, asalkan mematuhi SOP.


“Tahun lepas kita di Kelantan juga melaksanakan peraturan sama seperti Terengganu dan semua berjalan lancar, malah rakyat juga mematuhi SOP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Muhd. Mahfuuzh juga memberitahu, jika Maik tidak memberi kelonggaran, antara beban ditanggung rakyat ialah terpaksa membayar kos pengangkutan, selain ada masjid tertentu mengenakan caj tambahan untuk tenaga kerjanya.


Penduduk Kampung Saring, Pasir Puteh, Abdullah Awang, 50, pula berkata, dia berharap dapat melakukan ibadat korban di rumahnya bersama ahli keluarga sebagaimana dirancang kerana  mereka sudah membeli haiwan tersebut.


“Kami sepakat membeli seekor lembu kampung berharga RM3,500 atau RM500 untuk satu bahagian sejak sebulan lalu, sebelum mengupah orang membelanya sehinggalah tiba Hari Raya Aidiladha.


“Jika peraturan ibadat korban ini tidak dilonggarkan, terpaksalah kami batalkan hasrat dan jual semula lembu tersebut kepada orang lain untuk elak kerugian. Lagipun sekarang kos membela lembu semakin mahal kerana harga dedak naik,


Penduduk Kampung Gong Kulim, Mamat Awang Lah, 44, pula berkata, sudah menjadi tradisi rakyat Kelantan melakukan ibadat korban dengan keluarga masing-masing dan jika ia dilakukan oleh mereka yang tinggal serumah atau lokasi sama, sepatutnya tidak menjadi masalah.


“Kalau nak bawa lembu ke rumah sembelihan atau masjid yang ada kelulusan Maik, kami kena tanggung kos pengangkutan pula.


“Selepas saya semak, tidak semua masjid mukim mendapat kebenaran Maik untuk buat ibadat korban kali ini. Kalau ada pun jaraknya jauh dari rumah kami,” ujarnya.- CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 04:58 PM | Show all posts
tahun 2021 ni kira dah terlebih modern sepatutny korban ni dihandle olej pro saja.

buka main tangkap lembu lepas tu sembelih tampa ambil kira kebersihan dan sbnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.037267 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list