CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 1

[Sarawak] Seludup minuman keras

[Copy link]
Post time 26-7-2021 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Minuman keras seludup, lima diberkas


Antara individu yang ditahan berkaitan minuman keras seludup



KUCHING: Tiga wanita dan dua lelaki ditahan bersama 27,840 tin minuman keras serta 26,780 batang rokok seludup pelbagai jenama keseluruhan berjumlah RM144,556 sebelum cukai dalam satu operasi di dua lokasi berbeza di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, tangkapan serta rampasan minuman keras dan rokok seludup itu direkodkan pada 21 dan 22 Julai 2021.

"Pihak polis Daerah Kuching telah menjalankan satu operasi bersama dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Balai Polis Tabuan telah berjaya merampas sebanyak 27,840 tin minuman keras dan 26,780 batang rokok seludup pelbagai jenama bertempat di dua lokasi yang berbeza iaitu di Jalan Tabuan Laru dan di sebuah premis perniagaan di Stampin.

"Hasil operasi tersebut telah membuat tangkapan seramai lima orang melibatkan dua lelaki dan tiga perempuan tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, kesemua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching untuk tujuan permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Kesemua suspek direman tiga hari untuk polis menjalankan siasatan selanjutnya," jelasnya.
Tambah Ahsmon, kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang 10 ganda nilai barangan atau RM100,000 (yang mana lébih tinggi) dan tidak lebih daripada 20 ganda nilai barangan atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau memberitahu polis mengalu-alukan orang awam memberi maklumat sebarang kegiatan penyeludupan.

oleh Rusnan Mustafa






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2021 09:26 AM | Show all posts
ikan bilis jer kena ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053876 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list