CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3085|Reply: 14

Shiha Zikir ni dah kenapa ek....? ditegah rakam video siapa pulak?

  [Copy link]
Post time 3-8-2021 04:07 PM | Show all posts |Read mode

SHIHA agak terkejut dengan tindakan petugas PPV yang menghalang dirinya membuat rakaman video ketika divaksin.

Shiha persoal hak, ditegah rakam video ketika cucuk vaksin

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir mempersoalkan adab dan tindakan petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tidak membenarkan dirinya mnerakam video ketika disuntik vaksin dos kedua semalam.

Berang dengan insiden yang berlaku ke atasnya, Shiha menerusi hantaran Instagram juga mengakui keliru apabila tidak dibenarkan merakamkan sebarang video sedangkan kerajaan menerusi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin membenarkan sydah secara jelas membuat pengumunan rakaman suntikan vaksin adalah dibenarkan.

“@khairykj dah cakap dibenarkan ambil video tambahan memang niat nak galakkan orang atau pengikut untuk ambil vaksin.

“Sekurang-kurangnya beradablah sikit jika nak cakap dengan penerima dan janganlah bagi alasan yang tak masuk akal. Bukannya tak percaya dekat doktor pun,” katanya.

Menurutnya, tiada isu yang seharusnya timbul apabila penerima merakam video kerana perkara tersebut menjadi bahan bukti kepada kedua-dua pihak sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Pada hantaran sama, penyanyi yang gemar memuat naik video kelakar itu turut berkongsi kenyataan media MOSTI, sekali gus membuktikan tindakan merakam video ketika mendapat suntikan adalah dibenarkan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan seleberiti menyokong kenyataan Shiha dan berpendapat tidak perlu timbul larangan mengenai rakaman video.

“Sebelum ni sumpah saya memang takut dan antivaksin, tapi selepas tengok idola saya, Kak Shiha pergi ambil vaksin sebelum ini, terus saya kemas kini MySejahtera awal bulan lepas dan alhamdulillah dah dapat dos pertama.

“Kak Shiha saya setuju, tiada masalah dan isu pun kalau nak rakam video sebab boleh didik rakyat dan orang lain untuk sama-sama ambil vaksin,” tulis pengikut.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, penerima vaksin dibenarkan merakam video suntikan masing-masing bagi mengelak keraguan berhubung isu vaksin kosong yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Pada masa sama, petugas kesihatan di PPV turut diarahkan supaya menunjukkan picagari yang sudah diisi kandungan vaksin kepada penerima sebelum dan selepas disuntik. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 04:17 PM | Show all posts
howdy, your websites are really good. I appreciate your work.        먹튀검증
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
I xsmpi hati nk amik video. Sbb process dia cepat sgt.
Tp td i pandang la dia cucuk smpi siap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kj bagi kan
so apa mslhnya.
kalau betul suntik semua so xde prob pn
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 06:09 PM | Show all posts
dah blh record tak bagi pulak.. pening aku..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh tgk dgn mata kepala sendiri je ke masa suntik tu. Tu lg meyakinkan kalau kosong ke tak tekan ke boleh ckp terus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2021 07:38 PM | Show all posts
boleh buat aduan formally... nak rakam muka sendiri jah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Time kena cucuk vaksin, staff tu plak yg suru tengok. Melambatkan proses sj la dh la sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 07:36 AM | Show all posts
Yg tukang cucuk penat kot tu yang mood swing.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tengok kes jab separuh masak, aku sokong yang rakam. At least ada bukti dah jab atau tak. Bukannya rakam muka tukang bagi jab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:00 AM | Show all posts
patutnya tunjuk syringe plus ubat lepas cucuk tunjuk syringe kosong..takdelaah orang sibuk nak rakan..iols haritu nak tengok syringe kosong tapi dia dah buang cepat gila..satu hal iols macam ragu ragu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 05:47 PM | Show all posts
I found your this post while searching for information about blog-related research ... It's a good post .. keep posting and updating information.        voyance telephone gratuite
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ambipur at 5-8-2021 06:02 AM

Bukan ke thread ni dah ada?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 06:50 PM | Show all posts
Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. Big thanks for the useful info.        7starhd
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah!! Apa payah nak merakam-rakam??? Masa misi tu nak enjet ko, ko tengok je lah.. takyah baknacah2 takut konon nak pejam mata bagai!! Aku nak pegang fon pun tak sempat lah! Cepat sgt prosesnya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.391143 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list