CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4908|Reply: 26

Osama Bin Laden Masih Hidup, Kantoi Akibat Jemuran Baju

  [Copy link]
Post time 4-8-2021 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Islamabad: Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan lokasi persembunyian Osama Laden diketahui melalui jemuran baju oleh isterinya.


Jemuran baju itu juga menguatkan lagi risikan CIA untuk menemui rumah lelaki yang dianggap buruan paling penting ketika itu.


Perkara itu didedahkan selepas bekas produser CNN, Peter Bergen menerusi buku ditulis The Rise and Fall of Osama bin Laden yang dijual bermula hari ini.


Foto: Agensi




Osama dikatakan individu bertanggungjawab dalam serangan 9/11 yang mengorbankan 2,977 mangsa menyebabkan keluarga besar Osama berpecah.


Osama dikatakan bersembunyi di pergunungan Afghanistan dan utara Pakistan.




Pada 2004, ketika AS disibukkan dengan perang di Afghanistan dan Iraq, Osama menyedari pemburuannya sudah reda.




Dia memerintahkan pembantu peribadinya, Ibrahim Saeed Ahmed Abd Al Hamid untuk membeli tanah, mengupah arkitek, membina rumah besar untuk menampung keluarga besar yang disatukan kembali di Abottabad, Pakistan.


Ibrahim lalu memulakan misinya dengan membeli tanah bernilai AS$50,000 (RM211,265) atas namanya dan merancang membangunkan rumah mengikut spesifikasi diberikan bosnya.


Rumah tiga tingkat itu dibangunkan dengan empat bilik tidur di tingkat satu, empat lagi di tingkat dua, masing-masing dengan bilik mandi.


Tingkat paling atas adalah bilik mandi, bilik tidur, ruang belajar dan balkoni untuk Osama.


Mereka turut menerapkan protokol keselamatan ketat supaya tidak dikesan.


Malah, mereka membuat panggilan penting di bandar besar sebelum mencabut bateri daripada telefon bimbit supaya tidak boleh dikesan.


Keluarga Osama jarang meninggalkan rumah kecuali Amal El Sadah yang juga isteri ketiga Osama, yang dua kali ke hospital setempat untuk melahirkan bayi mereka menggunakan nama samaran.


Ia menunjukkan surat identiti palsu dan berpura-pura pekak untuk mengelak soalan mencurigakan.


Pada 2010, CIA mendapat petunjuk baharu apabila seorang pemberi maklumat di bandar Peshawar, Pakistan, melihat lelaki disyaki sebagai Ibrahim, pengawal setia Osama.


Ejen CIA mengikutinya dan pada Ogos 2010 jip putih Ibrahim membawa CIA ke rumah setinggi 5.4 meter dengan kawat berduri di sekelilingnya.


Rumah itu pelik kerana tiada jaringan komunikasi atau internet, padahal untuk rumah sebesar itu pasti pemiliknya sangat kaya.


Rumah utamanya besar, ada beberapa tingkap dan balkoni terbuka di tingkat atas yang dikelilingi tembok tinggi di semua sisi.


"Siapa yang memasang dinding peribadi di keliling balkoni," kata Pengarah CIA ketika itu, Leon Panetta kepada anak buahnya.


CIA lalu mendirikan rumah persembunyian berdekatan tempat tinggal pemimpin Al-Qaeda itu.


Mereka meneliti kehidupan penduduk sekitar dan menemui perkara menarik.


Jiran tetangga membuang sampah seperti biasa, tetapi ada satu rumah yang selalu membakar sampah sendiri.


Rumah itu juga dikelilingi tembok kebun kecil untuk menanam epal, sayuran, anggur, madu, malah ayam dan lembu juga dipelihara.


CIA yakin itu rumah Osama ketika mengamati pakaian dijemur setiap hari.


Menurut kiraan pakaian dibasuh setiap hari, pakaian itu milik seorang lelaki dewasa, beberapa wanita dewasa dan sekurang-kurangnya sembilan anak.


Sesuai dengan profil poligami Osama yang memiliki tiga isteri, lapan anak paling bongsu, empat cucu termasuk bayi berusia dua hingga tiga tahun.


Pada 14 Disember 2010, Panetta menyerahkan bukti diperoleh CIA kepada Presiden Barack Obama.


Tiada gambar Osama diperoleh CIA untuk membuktikan dengan jelas itu lokasi persembunyiannya, tetapi juga tiada bukti lain yang menyangkal penemuan, tulis Bergen.


Obama yakin dengan pendedahan itu sebelum mengarahkan Navy Seal AS melakukan operasi yang akhirnya pada 1 Mei 2011 membunuh Osama ketika berusia 54 tahun. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 11:38 AM | Show all posts
zaman 3g, 4g ni kalau takde bukti gambar video layak masuk tong sampah.

lagi2 ops military US yg sentiasa ada body cam.. takkan la takde langsung video.

konon musuh US no. 1 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cerita dongeng hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana pulak masih hidup. Dalam artikel kata dah meninggal tahun 2011 masa serangan tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala sama je plot movie

Asal crisis kat mana mesti us jadi hero penyelamat dunia
Tapi tertinggal part Russian spy kalau nak rating Tinggi sebab unsur suspense plot thickens
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ohhhhhhh haa ko. banyak kali aku baca. hahahaha
rupanya diceritakan kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2021 11:52 AM | Show all posts
saja cipta cerita nak serang Afghanistan dan utara Pakistan pula ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:56 AM | Show all posts
Asal makin hangat je keadaan block belah sana mulalah ada je cerita macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 12:13 PM | Show all posts
Obama yakin dengan pendedahan itu sebelum mengarahkan Navy Seal AS melakukan operasi yang akhirnya pada 1 Mei 2011 membunuh Osama ketika berusia 54 tahun. -CARI
ler...  cerita lama rupanya...  ingatkan osama laden hidup n keluar balik dari laut...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
afghanistan dekat ngn pakistan rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni 2021, ye Tuan Puan kut ada yg lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk tu mcm haper je....org tu dah meninggal lama kot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I ingtkn hidup lg...hissshhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah. Kalo ye pun dia hidup biar lah dia hidup. Yg nak bg dia mati sgt apa hal?

Lg 1 ntah ye ntah x dia yg perancang 11 sept
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang x bca prenggan ketiga le teww....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanya tajuk clickbait.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa isu semasa nya?
Pegi lah buka tred kt bod sejarah sna...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol.. beria baca sampai abeh ingatkan masih hidup bersembunyi.. rupanyerrr
Reply

Use magic Report

Làlisá This user has been deleted
Post time 4-8-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol.. aku ingatkan memang hidup lagi.. tapi rasanya memang hidup pun sebab watak yang US create je kan si Osama ni.. pastu acah-acah dah bunuh.. tapi takde pun video ke apa ke.. masa WTC tu runtuh ada pulak video nya.. time bunuh Osama ni takde video.. pelik
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa kali mati dah Osama ni kemudian hidup balik kemudian mati lagi......hujung2 hidup balik. Ini semua cerita wayang Amerika nak bom Pakistan atau Afghanistan je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.649682 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list