View: 1341|Reply: 1
|
KBS kekal kerjasama bersama SIC
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan kerjasama bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) biarpun gergasi minyak negara, Petronas memutuskan untuk tidak lagi menyambung kontrak penajaan.
KBS dalam satu kenyataan mengambil maklum berhubung keputusan itu dengan kontrak bersama SIC Petronas akan berakhir penghujung tahun ini.
"KBS menghormati keputusan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Petronas atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan terhadap pembangunan sukan permotoran tanah air.
"Namun kami di KBS percaya bahawa kerjasama strategik bersama Petronas masih boleh diadakan semula ada satu masa kelak," katanya.
KBS memaklumkan, atas kepentingan pembangunan sukan permotoran tanah air, KSB bersama SIC akan terus komited meneruskan program pembangunan bakat dengan objektif asal pembentukan program sukan permotoran dua roda.
Tegas KBS lagi, berikutan keadaan industri permotoran yang terkesan dengan penularan Covid-19, KBS dan SIC sedang merangka pelan keseluruhan bagi pelumba negara di kejohanan antarabangsa.
Katanya, perbincangan lanjut antara KBS dan SIC masih diteruskan untuk mencari jalan terbaik dalam menentukan hala tuju yang sesuai untuk tahun mendatang.
"Adalah menjadi harapan KBS dan SIC supaya negara dapat melahirkan lebih ramai bakat sukan permotoran tanah air yang kompetitif untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
"Ketika ini pelumba negara masih memberi tumpuan penuh pada baki perlumbaan untuk musim ini.
"KBS menyeru supaya rakyat Malaysia terus memberi sokongan pada kepada pelumba negara untuk terus kekal fokus dan dapat memberikan yang terbaik dalam kejohanan yang disertai," katanya.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Litar Antarabangsa Sepang |
|
|
|
|
|
|
| |
|