View: 1314|Reply: 1
|
Martin catat rekod di MotoGP Austria
[Copy link]
|
|
Spielberg bei Knittelfeld, Austria: Jorge Martin merampas kedudukan utama bagi minggu kedua berturut-turut di Red Bull Ring ketika dia mencatat rekod dalam sesi kelayakan Grand Prix Austria, hari ini.
Dalam aksi terpantas litar di MotoGP, pendahulu kejuaraan Fabio Quartararo kelihatan sudah mengesahkan kedudukan petak utama apabila dia berjaya mencatat rekod yang dicipta minggu lalu oleh rakan senegara dari Perancis, Johann Zarco hujung minggu lalu di Grand Prix Styria.
Masa yang dicatat Quartararo satu minit 22.677 saat adalah kedua terpantas apabila sembilan minit kemudian Martin mencatat salah satu masa kelayakan di hujung saingan.
Dia mengambil kesempatan di atas kelekaan rakan sepasukan Ducati-Pramac, Zarco untuk merampas petak utama.
"Apabila saya berada di sektor pertama, saya begitu kagum, saya terfikir 'Oh! saya mampu berada di petak utama," kata pelumba rookie dari Sepanyol itu.
"Tapi saya melakukan kesilapan pada pusingan terakhir dan saya berasa ragu-ragu.
"Posisi utama ini sukar dipercayai," kata Martin yang memenangi hanya enam permulaan di MotoGP minggu lalu.
"Saya mempunyai impian. Saya sayangkan motosikal. Kami mengharungi detik hebat."
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin (kanan) pamer belang di Austria. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|